HUJAHAN PENUH KES BUNUH
PEMBUKAAN
1) Orang kena tuduh pertama (OKT) dalam kes ini telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dikatakan telah melakukan satu pembunuhan iaitu menyebabkan kematian kepada si mati sepertimana dalam pertuduhan.
2) Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180 (1) KAJ, pada penutup kes pendakwaan, Mahkamah perlu menimbangkan samada satu kes prima facie terhadap tertuduh telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
3) Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperincikan dalam kes Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85 (m/s 87)[TAG 1].
PERTUDUHAN YANG DIKEMUKAKAN
1) Hujahkan pertuduhan yang dikemukakan adalah cacat dan defektif. Tarikh 31hb April 2011 bukanlah tarikh kejadian mahupun kematian yang dikemukakan melalui keterangan iaitu masing-masing pada 31 Mac 2011 dan 3 April 2011. Hujahkan kesilapan ini bukan semata-mata kesilapan menaip. Berdasarkan Seksyen 153 (1) Kanun Prosedur Jenayah; butir-butir mengenai masa, tempat dan orang hendaklah terkandung dalam pertuduhan. Tarikh dalam kes ini adalah essential part of the alleged offence. Rujuk kes Law Kiat Lang v PP [1966] 1 MLJ 215;
2) Selanjutnya dihujahkan pertuduhan juga tidak disclose apa-apa kesalahan kerana si mati meninggal dunia pada 3 April 2011 dan bukannya seperti dalam pertuduhan iaitu pada 31 April 2011. Jika sekalipun dihujahkan tarikh sebenar adalah 31 Mac 2011 sekalipun, masih lagi tidak dislose apa-apa kesalahan bunuh kerana si mati hanya meninggal 3 hari kemudiannya. Bagaimana boleh berlaku kesalahan bunuh tanpa ada kematian terlebih dahulu? Rujuk kes PP v Chung Tshun Tin & Ors [2007] 10 CLJ 527;
3) Pertuduhan yang tidak disclose apa-apa kesalahan tidak boleh diubati oleh peruntukan Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah. Rujuk kes Shawal bin Hj Mohd Yasin v PP [2006] 4 MLJ 334;
4) Walaupun Seksyen 158 Kanun Prosedur Jenayah membenarkan mahkamah mengubah atau menambah pertuduhan, Ia hendaklah tidak memprejudiskan OKT. Di dalam kes ini pertuduhan memasukkan butiran tarikh yang jelas silap dan sebarang pindaan akan memprejudiskan OKT. Kegagalan pendakwaan mengemukakan keterangan yang menyokong pertuduhan as per charge adalah fatal kerana masa adalah essentials of the charge dan perlu dimasukkan seperti peruntukan Seksyen 153(1) Kanun Prosedur Jenayah. Rujuk kes Dato Seri Anwar Ibrahim v PP [2004] 3 MLJ 405 Mahkamah Persekutuan menegaskan;
5) Akhirnya, pertuduhan juga memasukkan nombor mykid si mati di dalam pertuduhan. Tiada keterangan langsung yang dikemukakan mengenai identiti si mati berdasarkan mykid ini. Oleh kerana pendakwaan sendiri memilih untuk memasukkan mykid di dalam pertuduhan; maka pendakwaan hendaklah bertanggungjawab membuktikannya. Pendakwaan juga tidak pernah mengemukakan sijil kelahiran sebagai menyokong identiti si mati. Rujuk kes Jamaluddin Hashim v PP [1999] 3 CLJ PP;
6) Dihujahkan seperti surat beranak yang menjadi kewajiban untuk dikemukakan dalam kes statutory rape, dalam kes bunuh sijil kelahiran atau mykid juga adalah sama pentingnya untuk dikemukakan. Kegagalan pendakwaan mengemukakannya adalah fatal.
ELEMEN PEMBUKTIAN
1) Di akhir kes pendakwaan, keterangan perlulah mencukupi untuk establish kesalahan bunuh seperti dalam Seksyen 300 Kanun Keseksaan. Rujuk kes Yeap Boon Hai v. PP [2010] 2 CLJ 338 [TAG 2] berkenaan perbezaan antara Seksyen 300 dan Seksyen 299 Kanun Keseksaan;
2) Rujuk kes Mohd Haikal Mohd Khatib Saddaly & Ors v PP [2011] 5 CLJ 369 (p.406)[TAG 3] elemen pertuduhan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan;
1. Bahawa si mati telah meninggal dunia pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan,
2. Bahawa si mati mati akibat dari kecederaan yang dilakukan oleh OKT,
3. Bahawa OKT telah mendatangkan kecederaan dengan niat bunuh seperti dalam Seksyen 300 Kanun Keseksaan;
i) to cause the death, or
ii) to cause such bodily injury as the accused knew to be likely to cause the death, or
iii) to cause bodily injury which in the ordinary course of nature is sufficient to cause the death, or
iv) with the knowledge that such acts were so imminently dangerous that it must in all probability cause death or such bodily injury as is likely to cause death, and the accused committed such acts without any excuse for incurring the risk of causing death or such injury as aforesaid.
ANALISA KETERANGAN PENDAKWAAN
Elemen Pertama;
1) Elemen ini tidak dicabar oleh pihak pembelaan.
Elemen Kedua;
1) Diteliti secara keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adalah jelas tiada keterangan terus (direct evidence) yang menunjukkan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 telah dilakukan oleh OKT. Maka, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada “circumstantial evidence” untuk membuktikan kes. Rujuk kepada prinsip di dalam kes Karam Singh v PP [1967] 2 MLJ 25 (m/s 2 [TAG 4]);
2) Dalam kes Jayaraman & Ors v PP [1982] 2 MLJ 306 (m/s 2) [TAG 5];
3) Rujuk juga kepada kes PP v Syed Muhamad Faysal bin Syed Ibrahim [2004] 6 MLJ 302 [TAG 6];
4) Hujah; tidak wujudnya motif, preparation dan prior conduct. Berdasarkan keterangan pendakwaan, tidak wujudnya sebarang motif di pihak OKT untuk membunuh si mati. Tiada pertengkaran atau apa-apa perbuatan si mati yang begitu grave yang boleh trigger OKT. Apa yang wujud hanya saksi mengatakan si mati ditangkap kerana mencuri dan OKT dikatakan memarahinya. Keterangan SP6 mengatakan pada pagi 31/3/2011 si mati datang mengadu kepadanya dan menangis kata OKT marah.
5) Keterangan SP22 pula mengatakan pernah lihat OKT marah si mati. Namun, keterangan tergantung setakat itu; marah bagaimana, bila, kenapa dimarahi dan sebagainya tidak pernah ditanya. Begitu juga keterangan yang tidak relevan iaitu bahawa SP22 sendiri pernah dimarahi oleh OKT di mana OKT angkat kaki SP22 letak di bahu dia dan kepala di bawah. Keterangan ini tidak pernah ditanya kaitannya dengan si mati atau pertuduhan. Jika admissible sekalipun, tidak pernah ditanya apa kesan kepada SP22 melainkan rasa takut. Oleh itu bersifat neutral at most dan juga highly prejudicial.
6) Tidak juga wujud persediaan di pihak OKT untuk membunuh. Keterangan saksi kanak-kanak mengatakan apa yang berlaku pada malam 31/3/2011 adalah rutin dan sama seperti malam Jumaat yang lain. OKT tidak ada contohnya membawa si mati ke tempat yang tersembunyi, mengarahkan pelajar beredar dan sebagainya.
7) Keterangan juga menunjukkan hal keadaan (circumstances) bilik di mana kejadian didakwa berlaku juga adalah terdedah dan bukannya tersembunyi. Bilik kejadian hanya besebelahan dengan dorm yang didiami oleh 5 pelajar termasuk SP9 dan hampir juga dengan bilik SP6. Bilik kejadian juga senang diintai atau didengar dari luar di mana dindingnya jenis plywood dan rendah, tombol pintunya juga berlubang.
8) Tiada juga sebarang kelakuan yang dahulu (prior conduct) OKT yang mahkamah boleh infer beliau ada niat membunuh. Bahkan keterangan saksi termasuk ahli keluarga simati sendiri mengesahkan hubungan baik antara OKT dan simati. Si mati bahkan adalah pelajar kesayangan OKT dan banyak keterangan menunjukkan OKT memang menyayangi si mati seperti memberi hadiah dan sebagainya. Menurut SP2, OKT ada membelikan baju sukan dan jam tangan kepada si mati. Menurut SP8 pula, OKT baik dengan budak-budak dan selalu bawa petang-petang naik motor.
9) Hujahkah berdasarkan Seksyen 8 Akta Keterangan; motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu adalah relevan. Namun, dalam kes kita, kesemua aspek tersebut tidak wujud sama sekali. Walaupun motif bukanlah elemen pertuduhan, kewujudannya sudah tentu akan membantu menguatkan kes pendakwaan. Apa yang ada hanyalah berbentuk spekulatif semata-mata. Rujuk kes PP v Sarjit Kaur a/p Najar Singh [1998] 1 MLJ 184 [TAG 7];
10)Hujah; keraguan wujud berkenaan actus reus di pihak OKT. Keterangan SP22 hanya nampak jam lebih kurang 5 petang OKT panggil si mati masuk ke asrama. Cara bagaimana si mati masuk asrama adakah keadaan baik atau tidak tidak pernah ditanya.Beliau juga mendakwa malam itu si mati ada dalam bilik OKT dan tidak hadir baca Yasin.
11) Tiada keterangan dikemukakan bila si mati masuk ke dalam bilik OKT (bukan asrama). Tiada keterangan jelas juga bagaimana cara si mati masuk ke bilik OKT pula. Keterangan SP22 mengenai si mati ada dalam bilik OKT juga meragukan diteliti soal-balas. SP22 tidak tahu mengapakah si mati dipanggil oleh OKT ke dalam asrama.
12) Keterangan SP9 juga mendakwa tahu si mati berada di dalam bilik OKT kerana semasa baca Yasin si mati tiada. Beliau juga kata sebelum baca Yasin ada dengar si mati teriak semasa hendak ambil air sembahyang. SP9 dan SP6 adalah saksi pertama yang lihat simati dalam bilik OKT tengah malamnya. Namun dalam soal-balas SP9 mengatakan beliau sebenarnya tidak boleh cam suara siapakah yang menangis itu.
13) Hujahkan mahkamah tidak dapat membuat penemuan fakta bahawa OKT adalah orang terakhir dilihat bersama si mati semasa beliau masih hidup (the last person seen with the victim alive). Tiada apa-apa keterangan kukuh dari pendakwaan bermula dari bilakah si mati masuk ke dalam bilik OKT, adakah sepanjang masa sehingga tengah malam si mati di dalam, adalah suara teriak yang didengar oleh SP9 adalah benar-benar si mati? Mengapakah SP24 dan juga saksi lain tidak mendengar apa-apa semasa membaca Yasin sehinggalah tengah malam sedangkan mereka membaca Yasin sebelah sahaja bilik OKT?
14) Dalam keadaan tiada keterangan positif dikemukakan, mahkamah tidak dapat membuat penemuan fakta bilakah si mati mula masuk ke dalam bilik OKT dan dalam keadaan bagaimana. Tambahan pula keterangan SP9 juga mengatakan selepas membaca Yasin beliau pergi pula ke kelas malam. Tidak pernah juga ada keterangan bahawa OKT pernah berada berdua sahaja di dalam bilik, sehinggalah SP6 dan SP9 lihat si mati dipangku oleh OKT di dalam bilik pada tengah malamnya.
15) Tiada juga keterangan bilik OKT berkunci, lubang pintu ditutup, pelajar diarah berbuat apa-apa yang luarbiasa untk menyembunyikan sebarang tindakan yang OKT ingin buat. Bahkan keterangan SP22 OKT ada datang baca Yasin pada malam tersebut walaupun tak baca habis.
16) Dibandingkan dengan keterangan pathologist (SP24) bahawa kecederaan pada si mati berusia antara 2 ke 3 hari. Ini adalah bersifat umum dan tidak terbatas kepada tempoh si mati didakwa berada di dalam bilik OKT sahaja.
17) Hujahkan berdasarkan circumstancial evidence yang wujud, tidak konklusif bahawa kecederaan dilakukan oleh OKT. Apa yang dikemukakan melalui keterangan adalah evidence of opportunity semata-mata, Itupun, evidence of opportunity di pihak OKT adalah kabur. Tanpa keterangan jelas dan kepastian si mati benar-benar berada dalam bilik OKT; apa yang wujud adalah lebih dari satu inferens. Tanpa keterangan jelas bilakah si mati masuk ke dalam bilik OKT; mahkamah tidak dapat membuat penemuan fakta bahawa kecederaan terjadi semasa si mati berada di dalam bilik OKT. Rujuk kes Aziz Muhamad Din v PP [1997] 1 CLJ Supp 523 [TAG 8];
18) Keterangan lain yang tinggal adalah apa yang diceritakan oleh OKT kepada SP6 dan SP8. SP6 mengatakan OKT bagitau ada marah, denda dan tampar si mati sebab mencuri. SP8 pula mengatakan OKT bagitau ada rotan, ikat setengah jam, mungkin pukul di bahagian hujung kepala dan ada buat bentuk tangan dalam bentuk besar. Begitu juga keterangan SMS di mana OKT mengatakan ada tibai si mati.
19) Dihujahkan keterangan mengenai cerita OKT kepada saksi SP6 dan SP8 serta kandungan SMS adalah dibuat at the earliest opportunity sebelum tangkapan dibuat lagi. Keterangan ini menimbulkan lebih dari satu inferens dan tidak konklusif menunjukkan adanya perbuatan mendatangkan kecederaan dengan niat bunuh, dibezakan dengan pengakuan yang jelas contohnya. Inferens yang memihak kepada OKT iaitu apa yang berlaku adalah hukuman beliau kepada si mati dan kecederaan yang wujud adalah tidak disengajakan hendaklah dipilih oleh mahkamah. Rujuk kes PP v Roslizam Abdul Azis & Anor [2004] 1 LNS 196 [TAG 9].
20) Hujahkan keterangan mengenai cerita OKT ini bersifat kabur dan tidak jelas. Dengan bergantung kepada keterangan ini semata-mata untuk menunjukkan perbuatan OKT tentulah tidak mencukupi apatah lagi apa yang diceritakan juga konsisten dengan bentuk hukuman. Tidak ada keterangan circumstancial yang mencukupi untuk disimpulkan hanya OKT yangs inflict kecederaan. Tidak pernah siasatan dibuat samada kesan tekanan pada leher si mati adalah berpadanan dengan tangan OKT contohnya.
21) Rujuk kes Azhar Che Wil v PP [2010] 8 CLJ 905 [TAG 10]. Di dalam kes ini juga si mati dicederakan dan hanya meninggal lebih kurang 9 hari kemudian. Mahkamah hanya mensabitkan tertuduh pertama di dalam kes ini yang mana wujud keterangan eye witness yang jelas bahawa beliau telah mendatangkan kecederaan yang fatal kepada si mati. Walaubagaimanapun, 6 lagi tertuduh dibebaskan walaupun ada keterangan mereka turut mencederakan si mati sebelumnya. Hujahkan hanya keterangan bersifat jelas sebegini sahaja yang mencukupi untuk mengaitkan OKT dengan pertuduhan. Malangnya seperti yang dihujahkan, keterangan circumstancial dalam kes kita kabur dan tidak mencukupi.
Elemen Ketiga;
22) Jika sekalipun mahkamah mendapati keterangan circumstancial mencukupi untuk adanya actus reus OKT, adakah keterangan menunjukkan adanya niat membunuh (mens rea) di pihak OKT?
23) Kedudukan mengenai keperluan mens rea dalam pembuktian kes Seksyen 302 adalah settled. Rujuk kes PP v Halim Din [1999] 4 CLJ 15 [TAG 11];
24) Membuktikan wujud actus reus tanpa membuktikan elemen mens rea adalah jauh dari mencukupi untuk mensabitkan OKT. Di dalam kes PP v Mohan Dass Ganesan [2007] 8 CLJ 23 [TAG 12];
25) Berdasarkan keterangan juga, limb di bawah Seksyen 300 yang terpakai adalah limb c iaitu kecederaan yang diakibatkan itu sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Hujahkan lanjut limb lain termasuk limb d tidak terpakai. Ini jelas daripada ilustrasi di bawah Seksyen 300.
26) Panduan boleh dilihat melalui kes Mohd Haikal Mohd Khatib Saddaly & Ors v PP [2011] 5 CLJ 369 held 3 bagaimana untuk infer niat;
27) Pertamanya, niat boleh dilihat pada hasil semulajadi perbuatan seseorang seperti jumlah pukulan, sifat pukulan tersebut dan bahagian yang dipukul. Dalam kes ini kecederaan yang fatal itu hanya satu sahaja dan itupun secara sendirinya bukanlah fatal sebaliknya menjadi penyebab kepada keadaan lain (halang oksigen ke otak) yang akhirnya mendatangkan kematian kepada si mati. Ia hendaklah dibezakan dengan sifat pukulan yang jelas seperti tikaman, pukulan ke kepala dengan benda tumpul, tendangan ke bahagian penting organ dan sebagainya.
28) Tiada keterangan berapa kali tekanan pada leher si mati telah dilakukan. Tiada keterangan untuk menunjukkan sifat pukulan yang berbentuk violence seperti wujudnya kesan darah yang banyak pada pakaian ataupun tempat kejadian. Keterangan ahli kimia (SP15) sahkan kesan darah sangat kecil dan lebih konsisten dengan ketiadaan elemen keganasan. Kesan darah pada baju 3 sahaja dan kecil kurang dari 5 cm, kesan darah pada cadar 4 sahaja, sedikit dan kecil juga.
29) Tiada juga sebarang kesan rupture atau pecah atau patah pada si mati seperti di leher, kepala dan sebagainya. Walhal, si mati hanya kanak-kanak berusia 7 tahun yang sudah tentu akan wujud kecederaan sebegini jika sufficient force digunakan. Begitu juga dengan bahagian yang mendapat kecederaan juga bukan pada vital organ. Tiada juga sebarang penggunaan senjata berbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan serius seperti pisau, tukul dan sebagainya.
30) Keduanya, niat juga boleh dianggap dari tindakan atau kelakuan penyerang dan hal-hal lain berkaitan kes ini. Menurut Seksyen 8 Akta Keterangan, kelakuan yang kemudian (subsequent conduct) juga adalah relevan.
31) Daripada keterangan yang dikemukakan, tindakan atau kelakuan OKT sejurus selepas kejadian yang didakwa adalah tidak konsisten dengan orang yang mempunyai niat bunuh. OKT yang memanggil SP9 dan SP6. Beliau yang cuba merawat si mati semasa terkena tarik dengan memangku dan menyapu minyak. OKT yang meletakkan bulu ayam di mulut si mati untuk mengelakkan tergigit lidah. Beliau yang membawa si mati ke hospital. Beliau juga yang menghubungi dan mengambil ayah angkat si mati. Beliau juga yang meredah banjir mendukung si mati di Hospital Kangar. Pendek kata beliau yang bersungguh-sungguh cuba menyelamatkan si mati.
32) Beliau juga menunggu di sana dan juga orang pertama hadir ke Hospital Alor Setar menaiki motorsikal dan terus menunggu di sana. Beliau mengaku kepada doktor ada memukul si mati. OKT juga meminta maaf dengan bapa angkat si mati (SP4) di hospital. Beliau tidak cuba melarikan diri, bahkan tidak dispose pun tali, rotan dan pakaian beliau.
33) Ketiganya, niat boleh dilihat dari jenis kecederaan. Daripada keterangan SP24, hanya satu kecederaan sahaja yang membawa kepada kematian iaitu hypoxic sequelae due to compression to the neck. Kecederaan lain tidak fatal in nature. Jenis kecederaan ini juga bukanlah yang berbentuk direct atau mudah untuk disimpulkan niat pelakunya seperti tikaman dengan senjata, blunt force trauma ke kepala dan sebagainya.
34) Kecederaan tersebut juga bukanlah menyebabkan kematian secara instant yakni serta merta. Sebaliknya ia menyebabkan berlakunya seperti apa yang dinyatakan oleh SP24 sebagai delayed death sehingga berlakunya kematian.
35) Hujah; meneliti setiap aspek keterangan; jelas tiada niat bunuh di pihak OKT sejak dari awal lagi. Tindak tanduk dan perbuatan OKT memberikan lebih dari satu inferens dan lebih berat kepada seseorang yang tidak sengaja mendatangkan kecederaan kepada si mati. Orang yang berniat bunuh sudah tentu akan melarikan diri, dispose barang kes dan cuba mengelak serta tiada sebarang belas kasihan kepada si mati.
36) Daripada keterangan juga adalah tidak jelas hanya satu keadaan sahaja yang wujud iaitu yang menunjukkan kepada guilt of OKT. Kewujudan kemungkinan circumstances lain selain bunuh tidak dapat diketepikan.
37) Circumstances yang berkemungkinan juga wujud adalah kebarangkalian apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Ini berdasarkan fakta OKT dari awal lagi tiada motif untuk membunuh si mati. Alasan tunggal yang wujud adalah OKT selaku warden bertanggungjawab menghukum si mati yang dikatakan terlibat dalam kes curi. Menurut SP8, OKT boleh menghukum sendiri pelajar yang melakukan kesalahan. Hujahkan sebab ini bukanlah begitu besar atau compelling seperti pertengkaran, dendam atau tindakan menjatuhkan maruah dan sebagainya hingga boleh menyebabkan OKT ada sebab untuk membunuh si mati.
38) Kemungkinan tidak sengaja ini juga dikuatkan dengan keterangan bahawa si mati hanya meninggal dunia 3 hari kemudian. Si mati dibawa ke hospital kerana diserang tarik dan fakta ini disahkan oleh ramai saksi pendakwaan termasuk SP6 dan SP9 yang menyaksikan dan dapat describe keadaan si mati yang terkena tarik. Begitu juga keterangan doktor di Hospital Kangar (SP10 dan SP11) yang mengesahkan menerima si mati dalam keadaan tarik dengan suhu 39 ke 39.5 darjah celcius. History yang diberikan kepada doktor oleh OKT juga konsisten dengan kemungkinan tidak sengaja.
39) Tambahan pula, kesan kecederaan di leher si mati tidak langsung kelihatan sejak awal melalui keterangan lisan saksi-saksi, keterangan perubatan mahupun gambar yang diambil. SP1 yang merakamkan gambar walaupun ambil gambar kecederaan bawah dagu, namun tidak nampak apa-apa kesan. Keterangan SP2, SP3 dan doktor di Alor Setar (SP12) juga mengesahkan tidak nampak apa-apa kesan kecederaan di leher si mati.
40) Ini hendaklah dibezakan sekiranya si mati mati serta-merta (instant death) maka bolehlah diketepikan kemungkinan tidak sengaja. Jika dibuktikan sekalipun OKT yang mengakibatkan kecederaan pada leher si mati, adalah inferens yang munasabah bahawa kecederaan itu tidak berbahaya pada pandangan OKT. Kecederaan itu juga tidak menimbulkan sebarang kesan yang visible pada leher dalam masa beberapa hari dan tidak mengakibatkan kematian serta-merta. Kecederaan juga (yang tidak fatal) wujud di banyak tempat tunjukkan fokus bukan semata-mata di leher si mati.
41) Ini adalah selari dengan keterangan SP24 yang mengesahkan bahawa sebab kematian adalah adanya tekanan pada leher si mati. Tekanan ini menurut beliau adalah sekejap dan tidak sampai kepada tahap adanya niat untuk membunuh. Keterangan SP24 yang crucial;
42)Hujahkan keterangan SP24 mengenai sebab kematian sendiri telah rule out kemungkinan niat bunuh kerana degree kecederaan yang fatal iaitu tekanan pada leher itu tidak mencukupi untuk menyebabkan kematian secara terus. Ini bermakna, tekanan tersebut adalah sekejap dan tidak cukup kuat untuk membunuh. Tiada langsung keterangan dikemukakan oleh pendakwaan berapa lama tekanan mungkin berlaku, berapa kuat dan sebagainya yang boleh membantu mahkamah.
43) Walaupun beliau mengatakan kecederaan ini adalah irreversible dan si mati akan tetap mati, mana mungkin OKT mengetahuinya? Bagaimana orang awam hendak tahu tekanan bagaimana yang memadai untuk menghalang oksigen sampai ke otak dan menyebabkan ia irreversible? Doktor yang merawat si mati semasa koma pun gagal mengesan sebarang kecederaan di leher. Ketidakwujudan kesan visible di leher dalam tempoh itu juga menyokong inferens bahawa tekanan itu tidak kuat. Tiada sebarang rupture atau pecah pada bahagian leher atau halkum mengukuhkan lagi bahawa tekanan tersebut tidak kuat hingga tiada doktor yang dapat mengesan kesannya dalam masa 2 hari. Oleh itu adalah lebih munasabah tekanan itu dilakukan tanpa sengaja dan sudah tentu tanpa niat untuk membunuh.
44) Tambahan juga keterangan SP24 mengesahkan tekanan ini menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak dan menyebabkan berlakunya symptom tarik yang berlaku pada si mati. Oleh itu kecederaan yang bukan bersifat direct atau memberikan kesan serta-merta ini sudah tentu berbeza dengan kecederaan yang jelas berbiat bunuh seperti tikaman, hentakan atau pukulan pada vital organ.
45) Teori SP24 mengenai kecederaan yang irreversible ini adalah meragukan kerana gagal diterangkan sedikit pun di dalam laporan post morterm beliau. Apatah lagi beliau menyediakan laporan berdasarkan standard sendiri di mana beliau hanya bergantung kepada history yang dibekalkan oleh pihak polis. Tiada langsung dinyatakan beliau mengambilkira si mati diserang sawan yang berpanjangan (prolonged seizure), mempunyai suhu 39 darjah celcius, wujudnya delay dalam membawa si mati ke hospital, apakah langkah rawatan first aid yang secukupnya telah dibuat dan sebagainya.
46) Teori irreversible ini didakwa oleh SP24 sebagai tidak boleh berundur lagi, bersifat retrosepctive dan si mati tetap akan mati walau apa tindakan menyelamatkan dibuat. Jika begitu, apa weight keterangan doktor yang merawat si mati di Kangar dan Alor Setar? Bukankah mereka bertungkus lumus memberikan pelbagai rawatan dan cuba menyelamatkan nyawa si mati? Teori irreversible ini sudah tentu in direct conflict dengan keterangan saksi doktor yang lain. Bahkan mereka mengatakan si mati masih boleh diselamatkan jika rawatan awal diberikan.
47) Keterangan SP10 mengatakan jika si mati tidak dirawat dalam 15 minit boleh mengundang kepada kecederaan otak. Keterangan SP12 contohnya mengatakan keadaan si mati kritikal dan perlu support dan ubat untuk menguatkan jantung diberikan. Beliau berkata si mati diserang tarik lagi semasa beliau lawat jam 8 pagi dan beliau turut diagnosis si mati dengan status epilepticus.
48) Tindak tanduk OKT yang cuba menyelamatkan si mati sejak awal serangan tarik sehinggalah di hospital mengukuhkan lagi inferens bahawa kemungkinan apa yang berlaku tidak disengajakan. Apakah kesannya sekiranya ada kemungkinan yang lain seperti tidak sengaja boleh berlaku?
49) Rujuk kes PP v Mohan Dass Ganesan [2007] 8 CLJ 23 (held 3);
50) Di bawah Seksyen 300 (c) adalah tidak mencukupi untuk membuktikan kecederaan yang wujud mencukupi in the ordinary cause of nature to cause death. Pendakwaan perlu go one step further membuktikan ia adalah kecederaan yang diniatkan oleh OKT. Ini adalah persoalan fakta. Berdasarkan fakta adalah tidak mungkin mahkamah dapat menyimpulkan kecederaan tekanan pada leher adalah yang diniatkan oleh OKT. Rujuk kes PP v Megat Shahrizat Megat Shahrur [2011] 5 CLJ 608 [TAG 13] (disahkan oleh Mahkamah Persekutuan[2011] 8 CLJ 893)[TAG 14] ;
51) Dalam keadaan tiadanya eye witness, surrounding citcumstances dan insiden sebelum dan selepas kecederaan berlaku adalah penting. Dihujahkan tidak boleh disimpulkan itulah kecederaan yang diniatkan oleh OKT kerana at most OKT hanya mempunyai sebab untuk memarahi dan menghukum si mati kerana dakwaan mencuri. Melalui keterangan, mahkamah tidak boleh rule out kemungkinan accidental atau unintentional.
52) Tiada keterangan dikemukakan berapa lama tekanan pada leher telah dilakukan. Ataupun berapa kuat tekanan yang diaplikasikan. Ataupun berapi kali tekanan dibuat. Dalam keadaan ketiadaan keterangan-keterangan ini; keterangan pathologist bahawa tekanan tersebut tidak lama mahupun kuat yang tidak sampai kepada niat bunuh adalah terpakai. Jika dalam kes seperti kes Megat Shahrizat di atas yang mempunyai eye witness menyaksikan actus reus tertuduh pun masih tidak mencapai tahap mens rea kes bunuh jika wujud keraguan atas kecederaan sebenar yang diniatkan; apatah lagi bagi kes kita yang bergantung sepenuhnya dengan keterangan circumstancial dan kecederaan yang fatal pada leher juga tidak bersifat jelas atau direct.
53) Hujahkan based on totality of evidence, mahkamah tidak dapat membuat penemuan fakta bahawa mens rea yang wujud dalam Seksyen 300(c) berjaya dibuktikan. Oleh itu pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan hendaklah gagal dibuktikan pada tahap prima facie.
54) Secara alternatifnya, sekiranya mahkamah tidak sependapat dengan hujahan di atas, dihujahkan keterangan yang dikemukakan menunjukkan hanya mens rea di bawah Seksyen 299 Kanun Keseksaan berjaya dibuktikan pada tahap prima facie. Degree kecederaan yang fatal termasuk dalam kategori “probable” seperti skop Seksyen 299 berbanding “most probable” seperti skop Seksyen 300. Jenis kecederaan dan degree yang tidak menyebabkan instant death mewajarkan finding ini. Rujuk kes PP v Megat Shahrizat Megat Shahrur [2011] 5 CLJ 608;
55) Sebagaimana dihujahkan sebelum ini bahawa tidak wujudnya mens rea OKT untuk Seksyen 300 Kanun Keseksaan, dihujahkan tidak wujud juga mens rea untuk Seksyen 299 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Ini memandangkan kedua-duanya melibatkan mens rea yang sama (adanya niat untuk mendatangkan kematian) cuma dibezakan dengan degree kecederaan yang berbeza. Rujuk kes Tham Kai Yau v PP [1971] 1 MLJ 174 [TAG 15].
56) Mengambilkira jenis kecederaan yang fatal pada leher dan keseluruhan fakta kes adalah dihujahkan ia termasuk dalam kategori perbuatan yang dilakukan dengan knowledge that such act is likely to cause death di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.
PENUTUP
1) Berdasarkan penilaian secara maksimum (maximum evaluation) terhadap keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adalah dihujahkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT sepertimana yang digariskan dalam kertas pertuduhan bagi pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
2) Memang benar satu nyawa telah hilang dalam insiden ini. Namun, untuk mengambil satu lagi nyawa yang tidak terlibat juga akan menyebabkan satu lagi kezaliman yang akan berlaku mengambilkira keterangan yang tidak mencukupi. OKT hanya boleh dipanggil membela diri jika wujud keterangan yang mencukupi setelah satu penilaian maksimum dibuat. Tugas mahkamah hanyalah untuk memutuskan berdasarkan “available evidence” sahaja. Rujuk kes PP v Saimin [1971] 2 MLJ 16 [TAG 17]
Sekian, terima kasih,
……………………………………
Peguambela tertuduh.
13 Februari 2012.
Pening baca bahasa hujahan loyar ni huhu
ReplyDeletePening takpa mutamima asal berisi. Terima kasih sudi membaca moga ada manfaatnya
ReplyDeleteinfo yang menarik :D
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawat
ReplyDeletecik sekiranya ada kelapangan kalau cik dapat buat entry berkenanaan panduan menulis hujahan bertulis 4 criminal case...agak membantu sebagai rujukan...sy sendiri asyik di condemn master sbb hujahan yg masih 'messy'
ReplyDeleteInsyaallah akan saya usahakan, agak kesuntukan masa akhir2 ini
ReplyDeleteHUJAHHUJAH LOYARBERJURUS PENUH BERMAKNA ....DAN DAPAT DI TERIMA ...DAN ADA BENARNYA....TERIMA KASIH
ReplyDeletesalam tuan, saya ingin bertanya..adakah tuan tahu tentang seorang yang bernama Halim Din kalau tak silap saya...kes ini dia menembak seorang sehingga mati, dan hampir-hampir nak dihukum gantung...sekarang dia telah berkahwin dgn wanita thailand dan tinggal di sana...adakah tuan pernah mendengar kes ini?? mohon perjelasan tentang kes ini...maafkan saya jika tersalah
ReplyDeleteAssalam cik eisyah,
ReplyDeleteMaaf saya tiada pengetahuan tentang itu.
salam..apa kesudahan kes ni..cikgu tersebut dibeaska ke tuan
ReplyDelete