HIJACK!

Salam,

Profesion peguam adalah profesion yang sangat unik. Peguam dilarang mengiklankan diri, mempromosi diri mahupun mempoligamkan diri. Hanya warna tertentu dan saiz tertentu dibenarkan untuk dijadikan signboard pejabat peguam contohnya yang jelas menampakkan jauhnya peguam ketinggalan berbanding profesion lain yang boleh menggunakan apa saja warna pelangi atau saiz signboard mereka.

Di sebelah kekangan yang tidak masuk akal ini, tidaklah pula menjadi janggal mahupun termasuk dalam kategori mempromosi diri peguam yang masuk ke kaca tv, menjadi sponsor majlis-majlis mewah dan separa membazir dengan paksarela mahupun menjadi pengerusi majlis atau membaca doa dalam majlis perkahwinan. Sungguh ironi sekali seolah-olah menutup rapat-rapat paip agar tidak menitis air tapi dalam masa yang sama membenarkan paip utama pecah memancutkan air.

Justru, para peguam mencari dan menggunakan pelbagai cara untuk mempromosi diri dan kepakaran masing-masing. Ada yang percaya dengan kebolehan diri sendiri dan kuasa buah mulut orang sebagai promosi terbaik. Tidak perlu terhegeh-hegeh di mahkamah mahupun membelanjakan manusia-manusia  yang tamak dengan lunch atau dinner di tempat-tempat mewah semata-mata untuk mendapatkan kes. Tidak ramai yang bertuah seperti ini, selalunya mereka adalah kalangan peguam yang bagus dan sudah ada nama sedikit sebanyak di kalangan legal fraternity mahupun masyarakat setempat.

Reputasi sebegini memang sukar dicapai namun bukanlah mustahil. Ramai peguam telah membuktikannya, iaitu boleh berjaya dan bermaruah dalam satu nafas yang sama. Route yang diambil mungkin lebih panjang kerana kita hanya bergantung pada kuasa prestasi kerja, attitude dan public relation yang bagus berbanding kuasa wang ringgit.

Ada satu lagi cara yang mana sesetengah peguam menggunakannya untuk mempromosi diri iaitu melalui kemunculan di media. Bayangkan jika nama kita sebaris yang keluar dalam suratkhabar pun sudah riuh sekampung, apatah lagi jika gambar kita yang muncul sambil mengangkat tangan anakguam selepas kemenangan dicapai. Lebih memberangsangkan lagi jika berpeluang pula keluar di tv menceritakan kepakaran kita atau berkongsi kejayaan yang telah dikecapi.

Kemunculan dalam media adalah promosi percuma yang unggul untuk melonjakkan nama seorang peguam. Saya bersifat neutral dalam hal ini. Dalam kekangan melampau terhadap peguam mempromosi diri, peluang muncul di media (samada by chance atau sendiri cari) boleh direbut. Tidak salah dan tidak berdosa pun. Tapi berpada-padalah dalam mempromosi diri jangan sampai menjual diri.

Apabila sudah sampai tahap muncul hanya di akhir kes untuk mengutip hasil sedangkan orang lain yang mengendalikan  kes; itu sudah cross the line yang munasabah. Begitu juga yang lebih tidak molek apabila mencuri kredit atau hijack hasil usaha orang lain (yang mungkin timid dan tidak mahu publisiti) dengan membuat press conference contohnya seolah-olah kitalah yang bersengkang mata membuat hujahan dan bertikam lidah di mahkamah.

Peguam bersifat seperti vultures ini selalunya kosong dan tidaklah bagus mana pun. Mungkin mereka mahir mencilok, mencuri peluang atau menempelkan diri di masa sesuai dan tempat yang sesuai. Skil-skil ini sebenarnya bagus jika tidak melibatkan unsur membesarkan diri atau menghijack penat lelah orang lain untuk kegunaan peribadi.



Yang lebih penting adalah substance. Apa yang digembar-gemburkan dalam media mestilah commensurate dengan performance dan attitude. Tidak guna berpoligam di media sedangkan kita bukanlah peguam yang sebagus mana. On the other hand, tidak luak jika jika memang hebat walaupun tidak mendapat ruang di media. Sudah tentu jika magnitude prestasi kita sama hebat dengan kemunculan media kita, itu yang terbaik. Wassalam.


Comments

  1. again..sangat menarik..betul peguam mmg kerjaya yang unik...saya masih mentah dalam kerjaya ni...masih meniti latihan dalam kamar...namun bisanya dah terasa

    ReplyDelete
  2. Alah bisa tegal biasa, jika ada minat dan kesungguhan InsyaAllah akan terbuka jalan kejayaan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA