MONOLOG PEGUAM JALANAN
Salam,
Kekesempatan bertemu dan bertukar-tukar fikrah dan minda dengan beberapa orang pelajar universiti jurusan undang-undang memberi sedikit deja vu. Teringat zaman di mana saiz seluar masih 30, those were the days, the exuberance of youth. Bagus juga sesekali mengadap wajah-wajah segar dan bersih dari pencemaran mereka ini berbanding menghadap muka-muka sama di mahkamah. Elok juga sebagai muhasabah bahawa diri ini semakin meningkat usia petua (bukan lagi pemuda) yang mana baki umur sudah semakin menyusut dalam keadaan banyak lagi cita-cita yang belum digapai.
Agak refreshing dan menerujakan dengan lontaran idea dan persoalan dari adik-adik ini yang membuatkan saya yakin dan konfiden masih ramai lagi mahasiswa yang matang, berpandangan jauh serta kritikal terhadap isu-isu sekeliling. Mereka bukan seqodar robot-robot yang memuntahkan balik apa yang diceromahkan oleh sang pensyarah. Berbeza sekali dengan insiden listen, listen, listen di UUM yang menyaksikan ramai mahasiswa (bukan semua) hanya bertepuk tangan dan tersengih kelat umpama kerang busuk apabila rakan mereka dimalukan oleh orang yang tua umurnya tapi masih berhingus adab dan karekternya.
Seperti yang diduga terkeluar juga soalan cepumas yang seringkali menjadi dilema ramai peguam iaitu berkenaan persoalan bolehkah kita membela orang salah. Saya hanya tersenyum dan bersyukur ada yang mahu tahu kenapa seorang peguam Islam sudi membela penjenayah, bersahabat dengan penjahat and to compromise or even involve with the dark side.
Saya mulakan begini, jika kita ada kerisauan samada pekerjaan kita itu halal atau tidak, betul atau bohong, sentiasa mempersoalkan samada kita sentiasa syariah compliant atau sebaliknya; ini tandanya kita seorang yang prihatin dengan persoalan keberkatan dalam mencari rezki. Nampaknya, kita sudah melepasi the first hurdle berbanding orang yang tak peduli langsung mengenai bagaimanakah mereka mencari sesuap nasi.
Sebenarnya jika peguam ingin menjadi kaya, jadilah loyer conveyancing. Jika ingin dilihat bergaya, jadilah loyer korporat. Jika ingin menjadi baik, jadilah loyer syariah. Namun jika kita ingin merasai denyut nadi rakyat marhaen, maka jadilah seorang loyer jenayah. Peluang untuk menjadi the unsung hero; a Shakir Shaari or a Gary Steven Robbat akan muncul.
Realitinya di negara kita, adalah menjadi fardu kifayah untuk peguam muslim turut sama menceburkan diri sebagai peguam jenayah. Hakikatnya juga ramai yang dituduh di mahkamah adalah saudara seislam kita, saudara sebangsa kita. Sudah tentu ada beza yang signifikan jika peguam muslim yang menjadi penyelamat bagi mereka ini. Apatah lagi jika peguam muslim itu mempunyai fikrah Islamiyah yang kuat dan seimbang (walaupun sedikit kelabu asap).
Yang membezakan antara peguam yang ramai itu adalah kepakaran mereka dan sikap timbang rasa mereka terhadap kerenah anakguam. Namun, beza dengan peguam muslim adalah kita ada peranan juga sebagai pendakwah di samping mencari rezeki. Tidak sedikit anakguam yang insaf dan ada yang menjadi hafiz di istana sangkut Sungai Buloh atau Kajang, sedikit sebanyak akibat pengaruh peguam yang membela mereka.
Beza peguam muslim juga kita menjalankan kes membela tertuduh bukan untuk mencapai kemenangan at all cost. Sikap gentlemen, tidak menipu, berusaha keras to the best of our abilities adalah antara traits yang membezakan kita dengan yang lain. Jika keputusannya masih lagi anakguam kita bersalah, maka justice is served. Begitu juga kalau anakguam bebas, justice juga is served kerana telah melalui proses pembuktian yang ketat yang transcend the test of cross examination by the defense. Hasilnya adalah keputusan yang lebih adil akan dicapai.
Seorang sahabat saya juga mengatakan tugas peguambela muslim ini juga adalah tugas nahi munkar sebenarnya kerana kita mencegah mahkamah menjatuhkan hukuman yang tidak islamik. Sedikit sebanyak saya setuju. Di sini kita berpeluang untuk upgrade level iman kita dari seqodar benci dalam hati tetapi oleh naik ke maqam mencegahnya dengan lidah mahupun kuasa (kepakaran) yang kita ada.
Contoh yang klasik adalah hukuman yang satu-satunya untuk seorang first timer yang menjadi postman menghantar dadah dengan ketua sindiket yang sudah pun mengaut jutaan ringgit; adalah hukuman gantung sahaja. Belum lagi dikira disparity in sentences melibatkan kesalahan sama but perceived as being inconsistent apabila melibatkan 'kelas' masyarakat yang berbeza. Masih ingat kes pemain bowling separa femes dibandingkan dengan beratus lagi perogol yang dijatuhkan hukuman hingga 20 tahun dek kerana mereka tidak pandai bermain bowling, sekaligus tiada masa depan yang cerah?
Ramai juga tahu bahawa a person is innocent until proven guilty. Ini selari dengan kaedah fiqh; albayyinatu 'almudda'i walyamiinu 'ala man ankara. Orang yang menuduh itu bawakanlah buktinya. Jika cukup buktinya maka akan sabitlah orang itu walau bagaimana hebat pun peguam. Walau bagaimana buruk pun pertuduhan, betapa hinanya tohmahan, seseorang itu berhak untuk mendapat pembelaan. Mahukah kita untuk waive our right to be defended jika kita yang dituduh? Sudah tentu tidak! Jadi, accord the right to the accused where its due.
Sebenarnya tidak mungkin kita memahami apa perasaan seorang OKT melainkan kita sendiri yang dituduh ataupun keluarga kita yang dihadapkan ke mahkamah. Seorang peguam yang ikhlas akan dapat menyelami perasaan ini. Di saat begini, semua pihak akan disalahkan daripada polis, kerajaan, mahkamah malah tiang gol sekalipun akan disalahkan kecuali diri sendiri yang dipertuduhkan.
Be as it may, hak kebebasan seseorang (humban ke penjara) hanya wajar direnggut dengan cara pembuktian di mahkamah. Walau tidak islamik bagaimanapun pembuktian di mahkamah kita, walau betapa ramai saksi yang fasiq (lying through their teeth) saban hari; masih lagi kita perlu dokong sistem yang ada sekarang. Apatah lagi untuk mencabut nyawa seseorang sudah tentu memerlukan pembuktian yang sangat kukuh dan melampaui keraguan munasabah. Sekali lagi peguam diperlukan disini untuk menguji kejituan keterangan yang dikemukakan samada cukup untuk menghumban OKT ke penjara mahupun ke tali gantung.
Mungkin satu hari apabila undang-undang Islam tertegak sepenuhnya, dan itu yang kita cita-citakan dan perjuangkan, peranan seorang peguam bela akan menjadi berlainan. Mungkin lebih berbentuk advisory in nature berbanding inquisitory sekarang. Mungkin ramai peguam akan beralih menjadi tukang masak, manager kelab bolasepak atau ustaz pula di kala itu.
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya monologkan, tapi biarlah saya stop dulu. Less is more. Selagi mana kita yakin apa yang kita buat itu betul niatnya, elok cara perlaksanaannya dan molek pula natijahnya, teruskanlah dan perjuangkanlah. Leave the rest to Allah, Insya Allah you' ll find the way (as per Maher Zain). Wassalam.
Syukran kathir kepada senior2 yg sudi dtg jumpa kami yg masih lg 'raw' ni..sgt memberi inspirasi kpd kami utk meng'agenda'kan amar makruf nahi mungkar dalam sosio masyarakat kita..moga Allah redha akn pertemuan ini.inshaAllah looking 4ward utk perjumpaan seterusnya utk perkongsian2 yg bermanfaat.
ReplyDeleteSyukran kathir kepada senior2 yg sudi dtg jumpa kami yg masih lg 'raw' ni..sgt memberi inspirasi kpd kami utk meng'agenda'kan amar makruf nahi mungkar dalam sosio masyarakat kita..moga Allah redha akn pertemuan ini.inshaAllah looking 4ward utk perjumpaan seterusnya utk perkongsian2 yg bermanfaat.
ReplyDeleteSalam ukhti Miftahul Khair,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menjenguk blog yang biasa ini. Ilmu itu adalah untuk disampaikan begitu juga dengan pengalaman. Insyaallah tidak ada beza antara kita kecuali mungkin sedikit pengalaman sahaja. Moga ketemu di pertemuan berikutnya.
salam..cik..
ReplyDeletetidak pula saya jangka hari ini akan bertemu blog ini....betul2 an eyeopener utk sy pupil yg msih dalam tempoh chambering ini.memandangkan master sy mmg seorang criminal lawyer...persoalan membela org salah bermain di kepala saya hari demi hari..terima kasih atas post cik ini...
salam cik..
ReplyDeletetak terduga sy bertemu blog cik hari ini..
sebagai pupil yg masih melayari tempoh chambering...entry seperti ini sangat2 berguna & really an eye opener 4 me....memandangkan master sy seorang peguam jenayah...makanya persoalan membela org slh hari2 berlegar di kotak minda..terima kasih banyak ye cik
salam..cik..
ReplyDeletetidak pula saya jangka hari ini akan bertemu blog ini....betul2 an eyeopener utk sy pupil yg msih dalam tempoh chambering ini.memandangkan master sy mmg seorang criminal lawyer...persoalan membela org salah bermain di kepala saya hari demi hari..terima kasih atas post cik ini...
Salam dorajeehan,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. Memang menjadi harapan saya agar sedikit ilmu dan pengalaman yg Allah pinjamkan ini dapat dikongsikan.
WAH...HEBAT LOYARBERJURUS BERHUJAH TABIK HORMAT..MINTA MAAF MENYAMPUK SIKIT...
ReplyDeleteSAYA TERUJA DENGAN KATA2 TUAN PEGUAM TENTANG KITA TIDAK TAHU BAGAIMANA PERASAAN O.K.T TAPI DI SINI KETERANGAN REPORT DARI ORANG YG MENUDUH MEMANG ADA BUKTI DAN CUKUP BUKTI, KITA TIDAK TAHU ANTARA SAHIHNYA BUKTI TERSEBUT ATAU TIDAK..PEGAWAI PENYASAT YANG AMBIL STAGMEN JUGA PERLU DI PERHATIKAN BAGI O.K.T TIDAK DI ANYANYAI DAN PEHAK O.K.T PERLU BUAT COVER REPORT APA YANG TERJADI PADANYA UNTUK COVER DIRI SENDIRI,MUNGKIN INI AKAN MEMBANTU PEGUAM MENANG KES..OKLAH FIKIR2KANLAH....
Terima kasih Puan srikandikplsanusi atas sumbangan idea dan saranan menarik puan.
ReplyDeletesalam...sy ingin mendapatkan sedikit pandangan dan nasihat daripada encik berhubung kes jenayah yang melibatkan ahli kluarga...jika encik kberatan utk memberi no.tel,,mohon prtimbangan encik utk sms sy di nombor 0149174655..trima kasih..
ReplyDeleteSalam Siti,
ReplyDeleteBoleh email saya di imazaffira@gmail.com terima kasih.