KEHIDUPAN YANG HIDUP
Assalam,

Sebagai pemilik FB yang berstatus pembaca senyap and pengelike kepada status-status kawan-kawan FB; ada saya bertembung dengan status-status yang mempersoalkan kehidupan empunya diri yang dilalui. Contohnya; bangun pagi balik petang, masuk gaji habis bayar hutang, sampai bila hidup begini? Ada juga sahabat yang saya bertugas semasa PRK Sungai Limau tempohari juga mengutarakan persoalan hampir sama; beliau terasa kosong dan tanpa arah tuju dalam karier walaupun bergaji agak selesa di usia masih 20-an.

Saya perhatikan ramai kalangan kita yang bekerja keras tetapi jiwa makin kusut. Ada yang bergaji besar atau berjawatan tinggi tapi masih juga mengeluh. Ada juga yang tiba-tiba baru tersedar; eh aku sudah masuk ke usia 40 tapi kenapa hidupku terasa banyak yang tidak pernah cukup. Adakah rutin harian kita seperti masuk ofis, pergi mahkamah, tersangkut dalam jem, keluar subuh balik maghrib itu akhirnya memamah usia kita tanpa kita merasa kita sedang menjalani hidup yang bermakna dan tidak kosong semata-mata?
Mari kita sama-sama ikhtiar untuk menjalani hidup yang bermakna. Hidup yang saban hari terasa penuh dengan sumbangan dan kepuasan. Sarat dengan pemberian berbanding dengan keluhan. Biar kita rasa masa kita tidak mencukupi bukan kerana bebanan kerja tetapi kerana terlalu singkat masa untuk melakukan segala kebaikan. Mungkin dengan cara begini tidaklah kita mengeluh, keluh kesah dan serabut dengan kerjaya dan kehidupan sekaligus menjadikan kita seperti robot yang terperangkap dalam rutin harian yang sama dan membosankan.
Setiap orang ada cara sendiri untuk memenuhkan kehidupan. Bagi saya, priority dalam hidup perlulah betul. Kerjalah sekuatnya namun kita bukannya hendak menongkat langit. Tetapkan had dan batasan yang munasabah agar kita ada masa berkualiti untuk beribadah, berkeluarga, bermasyarakat dan berehat. Contohnya saya sendiri agak keberatan mengganggu masa dengan keluarga di hujung minggu untuk berjumpa anakguam kerana sudah tentu masa dengan keluarga akan dikorbankan. After all, kita yang dicari mereka dan bukannya sebaliknya.
Berpada dengan apa yang ada berbanding sentiasa murung dengan kelebihan orang lain juga boleh menjadi tonik menenangkan diri. Apa guna membandingkan dengan kelebihan orang jika bukan untuk memotivasi diri kita. Hakikatnya kita hidup dalam lautan nikmat dan melihat kepada orang yang kurang bernasib baik berbanding kita boleh menyedarkan kita betapa lebihnya kita dibanding dengan orang lain. Pendek kata, terimalah apa yang ada seadanya tetapi jangan pula sampai hilang semangat untuk melonjakkan kehidupan ke tahap yang lebih baik.
.jpg)
Akhir sekali, aspek santai dan riadhah boleh membantu. Aktiviti seperti berfutsal, berbasikal, berbadminton mahupun berlari-lari anak mampu memberikan sedikit kerehatan dari tekanan kerja dan rutin yang serba boring tu. Selain peluh jantan dapat dikerah keluar dengan segala toksiknya, masa begini juga kita dapat melupakan kerja buat sementara dan membantu tubuh badan menjadi lebih sihat walafiat. Jangan berikan alasan sibuk atau tak ada masa untuk bersantai dan bersukan dengan rakan-rakan kerana alasan begitu sangat remeh dan anda sebenarnya menipu diri sendiri. Hargailah kehidupan kita semua. Wassalam.
Sungguh bernas nasihat En. Ariff. Rindu sungguh dengan En. Ariff, dengan gaya yang selamba. Moga saya hidup dengan kehidupan yang hidup. Doakan saya En. Ariff.
ReplyDeleteMohd Solieheen. Alumni USIM, ex-student criminal law I.
Assalam Mohd Solieheen,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca blog saya dan mendoakan saya. Saya huga doakan saudara istiqamah dan berjaya dalam hidup.