SILA DUDUK DAN JANGAN LARI
Assalam,


Tindakan baginda yang berseloroh dalam kiasan ini juga memberi satu kejutan yang menyenangkan dan segar (pleasant surprise). Di mahkamah saban hari terutamanya dalam kes-kes jenayah, banyak terjadi kejutan-kejutan yang menyenangkan dan ada juga yang menggusarkan. Apa yang berlaku setiap hari adalah berlainan dan ada element of suprise walaupun melibatkan hakim yang sama, pendakwa raya yang sama, jenis kes yang sama mahupun peguam dan saksi yang sama. Itulah yang istimewanya menjadi peguam jenayah.
Semalam saya mengendalikan satu bicara di Mahkamah Sesyen. Ada tiga pelajar praktikal dari sebuah universiti tempatan hadir dan sempat menyaksikan saya menyoal balas pengadu dengan deretan jurus-jurus belaian jiwa dan sedikit jurus sentuhan kecundang. Semasa sessi rehat sempat saya menitipkan nasihat; jangan bercita-bercita untuk tidak menjadi peguam, kerana itulah yang berlaku pada saya. Lain yang tidak dicita, lain pula yang direzkikan. Sebaliknya, pilihlah karier berdasarkan minat dan bakat kerana itu yang akan melekat di jiwa.
Seseorang hakim di mahkamah juga umpama seorang speaker di Parlimen. Hakim perlu mengawal selia pihak-pihak dalam sistem adversarial ini dengan baik dan seimbang. Terdapat situasi di mana hakim 'membantu' pihak pendakwaan secara sedar atau tidak seperti menanyakan soalan tambahan kepada saksi dalam keadaan pihak pendakwa telah 'terlupa' membuktikan isu berkenaan. Keadaan sebegini tidak harus berlaku. Hakim hendaklah menjadi seadil mungkin dan tidak dilihat condong atau pro kepada mana-mana pihak. Jika ini dapat dielakkan, panggilan seperti 'hanging judge' atau hakim kaki gantung tidak akan timbul.

Itulah yang terjadi pada saya. Satu kes Seksyen 39B yang telah saya menang di peringkat Mahkamah Tinggi telah diterbalikkan oleh panel Mahkamah Rayuan. Masih terngiang-ngiang soalan dari Hakim Mahkamah Rayuan kepada saya; 'kes ni awak peguam bela ke hakim yang jadi peguam bela? Dia cross lagi banyak!'. Apabila ini berlaku, sukar untuk kita pertahankan penghakiman beliau apabila Mahkamah lebih tinggi berpendapat terdapat gangguan yang siknifikan oleh pihak Hakim bicara dalam perjalanan kes.
Perlu diingat, keberjayaan sesuatu kes di Mahkamah terutamanya kes jenayah bukan diukur daripada berapa banyak soalan yang dihamburkan. Bukan juga ukurannya umpama timbang kati siapa yang lebih lama soal-balas itulah yang hebat. Sedangkan yang panjang lebar itu mungkin bunga-bunga semata dan tidak ada isi pun melainkan mengisi masa lapang di mahkamah.
Pendek kata jurus mesin gun selalunya tidak ada kesan pun melainkan menarik minat dan semangat penyokong yang melihat perjalanan kes. Hakikatnya, kayu ukurnya adalah isi dan nilai sesuatu soalan itu. Sebab itulah Karpal Singh jarang bertanya banyak dalam soal-balas. Bahkan ada seorang peguam senior lebih ekstrem, selalu bertanya satu soalan sahaja sekadar untuk mencabar saksi seperti; 'apa yang awak cerita hari ini semua tak benar'. Less is more dan silent is golden.
Hakim di mahkamah juga perlulah menjadi manusia yang sabar. Sesuatu yang sukar tetapi dituntut bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan. Perasaan Hakim perlu stabil tanpa beremosi untuk mendengar sesuatu kes. Aksi-aksi peguam yang berdrama dalam mahkamah dengan suara bergegar atau gaya seperti dalam filemTamil adalah antara menuntut kesabaran yang tinggi. Peguam-peguam begini sudah tentu kurang dari segi substance dan kepakarannya, oleh itu perlu melebihkan promosi dari aspek presentation dan drama.

Akhir kalam, jalankanlah tugasan kita dengan semangat dan minat. Tidak perlu bekerja dalam tekanan melampau dan keboringan. YDPA kita telah tunjukkan kepada kita hari ini. Tugas kita boleh dilakukan dengan berkesan dan pada yang sama tidak membosankan dan boleh jadi memberi inspirasi kepada orang lain. Wassalam.
Comments
Post a Comment