HUJAHAN MAHKAMAH RAYUAN (KES SAMUN)

Alasan-alasan rayuan pihak Perayu.

  1. Alasan nombor 2 Petisyen Rayuan.

  1. Hakim Mahkamah Tinggi Bicara telah terkhilaf apabila gagal untuk mendapati bahawa pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan terhadap Perayu tidak mendedahkan apa-apa kesalahan.

  1. Pertuduhan terhadap Perayu dan 3 lagi di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut;
  
  1. Saksi utama pendakwaan (SP1)  di dalam pemeriksaan utama telah memberikan keterangan yang berikut di m/s 20 Jilid 3(1) Rekod Rayuan;

 “Dalam kereta, saya diacukan pisau dan barang-barang saya dirampas. 2 lelaki Myanmar yang ambil kerana saya dapat kesan kerana mereka yang gagau saya walaupun muka saya ditutup. Mula-mula saya duduk di sebelah kanan dan selepas itu mereka suruh saya duduk di tengah. Saya pindah ke seat tengah lebih kurang 30 minit selepas bergerak. Mereka acu pisau dulu baru pindahkan saya. Saya tak nampak, tapi saya rasa mereka ambil dan rampas barang-barang saya.
Barang yang mereka ambik dari saya pada masa dalam kereta itu ialah wang sebanyak RM 2,500.00, handset, passport dan 1 kad ATM.” 

  1. Pertamanya, dihujahkan berdasarkan keterangan saksi utama iaitu SP1, wang RM 2,500, passport dan 1 kad ATM disamun di dalam kereta oleh 2 lelaki Myanmar yang tidak dapat dikesan. Manakala beliau memberikan keterangan berubah-ubah di manakah lokasi sebenar handphone beliau dirampas; samada di kedai beliau atau di dalam kereta. 

  1. Keduanya, jika diterima sekalipun versi SP1 di mana OKT 2 (Melayu tinggi) yang mengambil handphonebeliau; keraguan masih wujud kerana tidak ada apa-apa handphone yang dikemukakan di Mahkamah yang boleh disahkan diambil dari kawalan SP1.

  1. Dalam kes ini, 2 buah handphone dirampas daripada OKT 1 manakala 4 buah lagi handphone dirampas daripada OKT 2. Tidak ada apa-apa rampasan handphone daripada Perayu. Bahkan tidak ada apa-apa keterangan daripada mana-mana saksi pendakwaan bahawa Perayu ada mengambil apa-apa handphone daripada SP1.

  1. Paling mustahak adalah SP1 tidak pernah ditunjukkan dengan mana-mana handphone yang dirampas tersebut. Tiada pengecaman positif dibuat oleh SP1 terhadap mana-mana handphone yang dirampas. Oleh itu, dihujahkan tidak ada mana-mana handphone yang dirampas yang boleh dikaitkan dengan pertuduhan.

  1. Lebih memburukkan keadaan adalah kesemua handphone yang dirampas tidak pernah dikemukakan di Mahkamah. Tidak ada apa-apa penjelasan diberikan oleh pegawai rampasan (SP5) mahupun IO kes (SP6). Rujuk m/s 88 dan 92 Jilid 3 (1) Rekod Rayuan. Tidak ada juga apa-apa borang bongkar, senarai pemeriksaan mahupun borang serah-menyerah barang kes yang dikemukakan di Mahkamah.

  1. Ketiganya, inferens yang memihak kepada Perayu iaitu kejadian samun hanya berlaku di dalam kereta wajar dipilih dalam keadaan keterangan SP1 sendiri tidaklah bersifat overhelming dan tiada sebarang keraguan. Rujuk kes Mohan Singh a/ l Lachman Singh v. PP [2002] 3 MLJ 291 [TAG 1].

  1. Oleh itu, dihujahkan bahawa kejadian sebenar samun hanya berlaku di dalam kereta lebih kurang 30 minit perjalanan daripada Kedai Runcit ke hutan dan bukannya di kedai runcit itu sendiri. Oleh itu, kami berhujah pertuduhan seperti yang dikenakan kepada Perayu tidak mendedahkan apa-apa kesalahan (disclose no offence) kerana ia berlaku di lokasi lain.

  1. Hujahkan Perayu berhak untuk menggunakan apa-apa kelemahan yang wujud dalam kes pendakwaan. Hujahkan lanjut percanggahan antara keterangan dan pertuduhan tidak boleh diubati menggunakan peruntukan Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah. Rujuk kepada kes Mahkamah Agung PP v Yeong Kia Heng [1992] 1 MLJ 137 [TAG 2].

  1. Tambahan pula, kejadian yang benar-benar berlaku di lokasi Kedai Runcit adalah pertuduhan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menculik SP1. Namun, Hakim Bicara telah melepas dan membebaskan kesemua tertuduh termasuk Perayu daripada pertuduhan tersebut. 

  1. Keempatnya, isu mengenai lokasi kejadian samun yang berbeza daripada apa yang dinyatakan di dalam pertuduhan ini telah gagal dipertimbangkan sama sekali oleh Hakim Bicara. Tidak pernah ditunjukkan di mana-mana di dalam Alasan Penghakiman bahawa beliau telah mengarahkan pemiikiran beliau ke atas isu ini.

  1. Begitu juga isu yang material iaitu kegagalan pendakwaan mengemukakan barang kes handphone dan wang yang boleh dikaitkan dengan pertuduhan juga gagal dipertimbangkan oleh Hakim Bicara. Tiada apa-apa dapatan apakah kesan kegagalan tersebut kepada kes pendakwaan.

  1. Selanjutnya, isu percanggahan nilai wang didakwa disamun melalui SP1 dengan nilai yang dinyatakan dalam pertuduhan, juga gagal dipertimbangkan oleh Hakim Bicara. Keterangan-keterangan ini semuanya adalah yang memihak kepada Perayu namun telah gagal untuk diambilkira semasa memanggil Perayu membela diri.

  1. Oleh itu dihujahkan bahawa Hakim Bicara telah gagal menggunakan kelebihan audio visual yang beliau ada as a trier of fact. Ini adalah salah arah yang serius dan mewajarkan appellate interference.Rujuk kes Mahkamah Agung Gooi Loo Seng v Public Prosecutor [1993] 2 MLJ 137; di ms 142; [TAG 3]; YA Edgar Joseph Jr HMA berkata;

  1. Di peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) tidak memperbaiki kekhilafan di pihak Hakim Bicara ini. Tambah memburukkan keadaan lagi adalah tidak langsung ditunjukkan di mana-mana di dalam Alasan Penghakiman HMT bahawa beliau telah mengarahkan pemikiran beliau atas kekhilafan Hakim Bicara dalam isu pertuduhan yang tidak disclose any offence ini.

  1. Jika diteliti Alasan Penghakiman HMT secara keseluruhan, pihak HMT (dengan hormat) hanya sekadar memperturunkan keseluruhan alasan yang diberikan oleh Hakim Bicara. Tidak ada langsung apa-apa yang menunjukkan HMT telah mempertimbangkan (consider and weigh) atau mengkaji balik (review) keseluruhan keterangan yang dikemukakan pendakwaan.

  1. Kami hujahkan (dengan hormat sekali lagi) ini adalah satu salah arah yang serius. Keadaan berbeza sekiranya ada arahan pemikiran dibuat dan HMT masih lagi mendapati kekhilafan Hakim Bicara boleh diselamatkan. Salah arah ini kamu hujahkan mewajarkan campurtangan Mahkamah Rayuan ini.

  1. Rujuk kes PP v Ma’arif [1969] 2 MLJ 65 [TAG 4];

“A magistrate's decision should not be reversed on the ground of its being against the weight of evidence; however, there is no reason why this should not be done if it were found that the decision was grossly against the weight of the evidence.”

  1. Rujuk juga kepada kes PP v Vijaya Raj [1981] 1 MLJ 43 [TAG 5];

“Held:

(3) it is the duty of the court on appeal to review all evidence presented before the lower court and, if it feels that certain material facts have been missed or improperly considered by the presiding President or magistrate, than it should not hesitate from performing its duty as a judge of facts to consider and weigh those facts and decide whether those facts could have altered their judgment in one way or other;”

  1. Rujuk juga kes PP v Sah Chin Chong [2018] 6 MLJ 505 [TAG 6].


  1. Alasan nombor 4 hingga 6 Petisyen Rayuan.

  1. Hakim Mahkamah Tinggi juga telah terkhilaf apabila gagal untuk mengarahkan pemikiran kepada dapatan-dapatan Hakim Bicara yang bertentangan dengan keterangan. 

  1. Pertamanya, dihujahkan bahawa Hakim Bicara terkhilaf apabila gagal mendapati elemen “conjointly 
    atau jointly concerned” gagal dibuktikan oleh keterangan kes pendakwaan. 

  1. Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah sepertimana dinyatakan dalam kes PP v Benjee bin Aji & Anor [2012] MLJU 734 [TAG 7];

a)      Two or more persons were jointly concerned in the crime;
b)     One or more of them committed or attempted to commit robbery, and;
c)    Those who did not join in committing or attempted to commit robbery, were present and aiding such commission or attempt.”

  1. Adalah jelas daripada naratif kes pendakwaan bahawa Perayu bukan termasuk dalam kategori “person who commit or attempt to commit”. Sebaliknya Perayu dikatakan termasuk dalam kategori those who did not join in committing or attempted to commit robbery, were present and aiding such commission or attempt.”
 
  1. Keterangan yang available terhadap Perayu hanyalah beliau sekadar berdiri sahaja, tidak berbuat apa-apa dan hanya mengekori OKT 2 samada di kedai runcit mahupun semasa di dalam kereta. Ini boleh dilihat melalui keterangan SP1 iaitu mangsa di dalam kes ini di m/s 18, 19, 35 & 36 Jilid 3(1) Rekod Rayuan.

  1. Keterangan SP2 iaitu pegawai kawad cam di m/s 51-52 Jilid 3(1) Rekod Rayuan serta Laporan Kawad Cam (Ekshibit P1) iaitu dari muka surat 3 laporan tersebut di  m/s 185 Jilid 4 Rekod Rayuan, mengesahkan perkara sama.

  1. Keduanya, adalah dihujahkan berdasarkan kes pendakwaan sendiri, sekiranya diterima sekalipun adanya handphone SP1 diambil oleh OKT 2; peranan Perayu adalah pada tahap yang sangat minima.Perbuatan “hanya berdiri, tak buat apa-apa, cuma ekori lelaki tinggi” dihujahkan tidak mencapai tahap “were present and aiding such commission or attempt.”

  1. Kami berhujah selanjutnya keadaan berbeza jika ada perbuatan Perayu yang menunjukkan perbuatan membantu (aiding) tersebut seperti adanya percakapan Perayu dengan SP1, ada item yang diambil oleh Perayu atau ada apa-apa contact Perayu dengan SP1. Kesemua keadaan tersebut (active participation) tidak wujud kepada Perayu.

  1. Kami berhujah tindak-tanduk Perayu semasa kejadian di kedai runcit tersebut adalah semata-mata mere presence sahaja. Keterangan sekadar mere presence sahaja sudah tentu tidak memadai untuk mengaitkan Perayu dengan pertuduhan samun. Rujuk Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes 24thEdition Vol 2 di m/s 1895-1896 [TAG 8];

“The word ‘conjointly’ is the most important word bearing on the liability of persons accused of an offence of dacoity. While it may be true to say that common intention is no part of the offence of dacoity, the word ‘conjointly’ used in this section, manifestly refers to united or concerted action of  the persons participating in the transaction. If individual acts of persons cannot reasonably be referred to a united or concerted action of such persons, there cannot be any question of any conviction for dacoity of the group of persons concerned. Mere presence of the accused amongst the robbers is not sufficient. The accused must be shown to have conjointly committed robbery or aided such commission…”

  1. Ketiganya, jika diterima sekalipun adanya perbuatan samun oleh OKT 2 di kedai runcit, dihujahkan wujud keraguan samada SP1 mengikut OKT 2 dan Perayu ke dalam kereta dengan rela atau hasil paksaan/ugutan sebagaimana maksud rompakan di bawah Seksyen 390 Kanun Keseksaan;

  1. Sedangkan keterangan SP1 sendiri di m/s 28-29 Jilid 3(1) Rekod Rayuan mengesahkan beliau tidak pernah rasa takut dan OKT 2 serta Perayu mengajak beliau keluar dari kedai runcit secara baik.

  1. Aspek keterangan ini yang memihak kepada Perayu juga telah gagal dipertimbangkan oleh Hakim Bicara semasa membuat keputusan untuk memanggil Perayu membela diri. Tambahan pula, Hakim Bicara sendiri telah melepas dan membebaskan kesemua OKT daripada pertuduhan Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang berlaku di kedai runcit. Ini bermaksud Hakim Bicara telah berpuas hati tiada elemen SP1 diculik atau dibawa secara paksa/salah daripada kedai runcit ke dalam kereta. 

  1. Keempatnya, adalah dihujahkan bahawa elemen “conjointly” juga telah tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan apabila merujuk kepada kejadian kedua iaitu perbuatan samun oleh 2 lelaki Myanmar di dalam kereta.

  1. Dalam kes ini adalah jelas kejadian samun sebenar berlaku di dalam kereta selepas 30 minit beredar daripada kedai runcit. Tidak ada apa-apa keterangan yang menunjukkan Perayu dan OKT 2 adalah jointly concerned dengan 2 orang Myanmar yang benar-benar melakukan perbuatan samun. Kesemua tindakan terhadap SP1 di dalam kereta dilakukan oleh 2 lelaki Myanmar tersebut. Ini melibatkan perbuatan menggari tangan, menutup muka, mengacu pisau serta merampas wang dan barang-barang. Rujuk m/s 19 Jilid 3 (1) Rekod Rayuan.

  1. Bahkan menurut SP1, semasa kejadian 2 lelaki Myanmar mengambil barang-barang beliau itu; muka beliau ditutup dan beliau tidak nampak apa-apa. Beliau cuma rasa yang 2 lelaki Myanmar ada mengacu pisau dan mengambil barang-barang beliau. Pohon rujuk m/s 20 Jilid 2 Rekod Rayuan.

  1. Hujahkan dapatan Hakim Bicara bahawa mereka berdua adalah sebahagian daripada kumpulan tersebut dari awal (sebagaimana di m/s 22 Jilid 2 Alasan Penghakiman) adalah tidak berasaskan keterangan kerana tidak ada apa-apa keterangan daripada SP1 mengenai kaitan Perayu dan OKT 2 dengan 2 lelaki Myanmar yang benar-benar menyamun SP1. Tiada juga keterangan langsung mengenai pre-arranged plan dengan 2 lelaki Myanmar.

  1. Kami berhujah bahawa perbuatan Perayu dan juga OKT 2 hadir semata-mata di dalam kereta semasa SP1 disamun oleh 2 lelaki Myanmar adalah tidak memadai dan hanya tidak lebih dari sekadar suspicion. Walaupun diakui Seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak perlu dinyatakan secara jelas di dalam pembuktian Seksyen 395 Kanun Keseksaan; namun pembuktian elemen ‘conjointly’ juga adalah sama dengan pembuktian Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

18. Pohon merujuk kes Muhamad Safarudin Bin Baba & Anor v PP [2012] 4 MLJ 353 [TAG 9],

… “It is trite law that common intention within the meaning of s 34 of the code implies a pre-arranged plan and to convict an accused person of an offence applying the section it must be proved that the criminal act was done in consert in pursuant to the pre arranged plan. It is difficult if not impossible to procure direct evidence to prove intention; likewise a prior concerted plan. In most cases it has to be inferred from the acts or conduct of the parties or other relevant circumstances of the case (see the Privy Council case of Mahbub Shah v King Emperor AIR 1945 PC 116). We are of the view that although the conduct of the first appellant on that occasion and his awareness that the second appellant was carrying the box might be relevant factors in order to consider the element of common intention but the knowledge presumed by s 37(d) of the Act upon the second appellant ought not to have been imputed to the first appellant because he did not have the custody or control of the box. Those two relevant factors by themselves were not sufficient to raise the inference of common intention, although they might raise the suspicion that the first appellant was involved with such drug. Suspicion, no matter how strong, is not evidence.”

  1. Kami berhujah lanjut bahkan inferens yang memihak kepada Perayu wajar dipilih memandangkan SP1 sendiri tidak lihat apa-apa semasa kejadian samun. Inferens tersebut adalah kedua-dua Perayu dan OKT 2 tidak sedar kejadian samun di dalam kereta dan hanya berperanan membawa SP1 ke dalam kereta.

  1. Keempatnya, selain itu dapatan Hakim Bicara bahawa adanya barang kes dirampas yang mengaitkan secara langsung dengan OKT-OKT dalam kes ini adalah juga jelas bertentangan dengan keterangan. Rujuk Alasan Penghakiman di m/s 24 Jilid 2 Rekod Rayuan.

  1. Fakta yang jelas adalah tidak ada langsung sebarang barang kes yang dirampas daripada Perayu. Bagaimana Hakim Bicara boleh membuat dapatan adanya barang kes yang dirampas yang mengaitkan secara langsung dengan OKT dalam keadaan tiada barang kes dirampas daripada Perayu? Barang-barang hanya dirampas daripada OKT 1 dan OKT 2. Itupun kesemua handphone dan wang tidak pernah dikemukakan dan tidak pernah disahkan oleh SP1 sebagai benar-benar item yang dirampas daripada beliau.

  1. Hujahkan ini adalah satu salah arah yang serius. Dapatan yang dibuat oleh Hakim Bicara sebelum memanggil Perayu membela diri diasaskan pada fakta yang tidak pernah wujud (grossly against weight of evidence). Salah arah ini mewajarkan gangguan daripada Mahkamah di peringkat rayuan ini.

  1. Sebagai kesimpulannya, adalah jelas Hakim Bicara telah terkhilaf semasa memanggil Perayu membela diri. Banyak aspek keterangan yang memihak kepada Perayu telah gagal dipertimbangkan. Bahkan wujud salah arah yang serius kerana ada dapatan-dapatan yang dibuat adalah bertentangan dengan keterangan. Oleh itu dengan rendah diri kami menghujahkan adalah wajar untuk Mahkamah di peringkat rayuan ini mengganggu keputusan Hakim Bicara dan mengenepikan sabitan ke atas Perayu.

  1. Sekali lagi dengan hormatnya, HMT gagal untuk membuat sebarang pertimbangan atau arahan pemikiran ke atas dapatan-dapatan yang tidak berasaskan keterangan yang dibuat oleh Hakim Bicara. Kami dengan rendah diri menghujahkan sabitan sudah menjadi tidak selamat dalam keadaan begini.

Oleh yang demikian kami dengan rendah diri menghujahkan rayuan Perayu adalah bermerit dan wajar diterima. Pohon keputusan Hakim Mahkamah Tinggi diketepikan oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan digantikan dengan perintah perlepasan dan pembebasan atau perintah lain yang sesuai. Sekian, terima kasih.






-->


Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA