HUJAHAN PEMAKAIAN SEKSYEN 149 KANUN KESEKSAAN




ISU PEMAKAIAN SEKSYEN 149KK

Hujahan lanjut pihak kanak-kanak 1 seperti berikut;

1) Seksyen 149 perlu memenuhi 2 pra-syarat penting sebelum terpakai. Rujuk Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes m/s 581-582 para 2;

“The vicarious liability of the members of the unlawful assembly will extend only to; (1) the acts done in pursuance of the common object of the unlawful assembly, and (2) such offences as the members of the unlawful assembly knew to be likely to be committed in prosecution of that object.”

2) Hujahkan selepas 2 pra-syarat itu dipenuhi barulah kesan pemakaiannya yang menyebabkan adanya “vicarious liability” timbul. Dengan kata lain, hanya kes-kes “unlawful assembly” yang “falls within the terms” Seksyen 149 sahaja yang akan menyebabkan kesan-kesan berikut yang jauh lebih ringan pembuktiannya berbanding Seksyen 34 KK (perlunya “overt act” dan “active participation”). Rujuk Ratanlal sekali lagi sambungannya di para yang sama;

“An accused person whose case falls within the terms of this section cannot put forward the defense that he did not with his own hand commit the offence committed in prosecution of the common object of the unlawful assembly or such as the members of the assembly knew to be likely to be committed in prosecution of that object. Everyone must be taken to have intended the probable and natural results of the combination of the acts in which he joined. It is not necessary in all case that all the persons forming an unlawful assembly must do some overt act.”

3) Perlu difahami memahami “object” Seksyen 149. Rujuk Ratanlal m/s 583 dan 584;

“This section is not intended to subject a member of an unlawful assembly to punishment for every offence which is committed by one of its members during the time they are engaged in the prosecution of the common object.”

“Members of an unlawful assembly may have a community of object only up to a certain point, beyond which they may differ in their objects, and the knowledge possessed by each member of what is likely to be committed in prosecution of their common object will vary, not only according to the information at his command, but also according to the extent to which he shares the community of object, and as a consequence of this the effect of this section may be different on different members of the same unlawful assembly.”

4) Hujahkan di sini, ini bermakna walaupun elemen berada dalam satu “unlawful assembly” telah dipenuhi sekalipun, masih lagi undang-undang tidak berniat untuk menghukum semua yang terlibat di dalam “assembly” itu. Kesan pemakaian Seksyen 149 mungkin terpakai bagi sebahagian ahli sahaja. “Common object” juga boleh berubah dalam satu perhimpunan.

5) Justru, mahkamah perlu membuat satu “finding” terlebih dahulu samada dua pra-syarat telahpun dipenuhi atau tidak bagi menentukan “liability” setiap ahli di dalam “unlawful assembly” itu. Panduan kepada mahkamah bolehlah dilihat di dalam Ratanlal m/s 583;

“Under this section the liability of the other members for the offence committed during the continuance of the occurrence rests upon the fact whether the other members knew beforehand that the offence actually committed was likely to be committed in prosecution of the common object. Such knowledge may reasonably be collected from the nature of the assembly, arms or behavior, at or before the scene of action. If such knowledge may not be reasonably be attributed to the other members of the assembly then their liability for the offence committed during the occurrence does not arise.”

6) Hujahkan berdasarkan keterangan kes, pra-syarat pertama iaitu wujudnya unlawful assembly adalah diragui kerana;

a. Kawasan itu adalah kawasan pasar ramadhan di mana keterangan mengesahkan bahawa kanak-kanak 1 memang berada di situ membantu kawannya bernama Hakimi menjual air,

b. Si mati yang mencari kumpulan lelaki Melayu di kawasan lelaki Melayu berkumpul walaupun dihalang oleh SP8, dan bukan sebaliknya.

7) Selanjutnya dihujahkan bahawa pra-syarat kedua iaitu adanya “common object” atau “knowledge act likely to be committed” tidak wujud dalam kes ini kerana;

a. Kesemua saksi hanya melihat kanak-kanak 1 memukul dengan tangan/kaki. Hanya SP10 sahaja yang kata ada guna kayu itupun tak jelas dan bercanggah dengan saksi lain yang lebih “reliable” seperti SP8 yang kata kanak-kanak 1 tak buat apa-apa pun walhal beliau baru saja ditumbuk oleh kanak-kanak 1. Mustahil beliau tak cam kalau kanak-kanak 1 terlibat mencederakan si mati.

b. Jika kejadian pukul sehari sebelumnya dijadikan sandaran untuk menunjukkan motif membalas dendam sekaligus adanya satu “common object”; maka “common object” jika wujud sekalipun hanyalah setakat untuk mencederakan dengan tumbukan sahaja tanpa senjata. Ini kerana “pattern” adalah sama, SP8 juga disyaki terlibat dengan pergaduhan sehari sebelumnya. Walaupun si mati tidak terlibat tapi kemungkinan tersilap sasaran ada.

c. Jika “common object” adalah untuk mencederakan sampai mati, mungkin SP8 lagi awal-awal sudah menjadi mangsa pembunuhan tetapi itu tidak berlaku malah beliau boleh sambung pergi makan di restoren dan memanggil si mati datang. “Common object” jika wujud sekalipun “at most” untuk membalas dendam telahpun selesai pada peringkat mencederakan dengan tangan sahaja yang tidak sampai peringkat limb c Seksyen 300 KK. Perlulah dibezakan “object” untuk mencederakan sahaja dengan mencederakan sehingga boleh mendatangkan kematian (limb c Seksyen 300 KK). Dengan kata lain “object” ahli-ahli perhimpunan bukanlah bersifat “common” atau semuanya sama.

d. Tiada juga “knowledge” (limb kedua 149) kerana tiada keterangan menunjukkan kaitan antara kanak-kanak 1 dengan mereka yang berkemungkinan menyebabkan “fatal blow” itu i.e yang menggunakan kayu dan “helmet”. Bahkan mengikut saksi, kumpulan kedualah yang lebih ramai dan yang menggunakan senjata. Tiada keterangan konklusif yang kanak-kanak 1 ada dalam kumpulan kedua. Tiada juga keterangan bahawa kanak-kanak 1 mengetahui/melihat orang yang melakukan “fatal blow” itu akan menggunakan senjata. Maknanya keterangan kebersamaan kanak-kanak 1 sebagai ahli dengan kumpulan kedua itu tiada.

e. Keadaan pergaduhan yang kelam kabut dan berlanjutan antara satu tempoh masa dan melibatkan ahli yang berubah-ubah dari lokasi pertama (tumbuk SP8), lokasi kedua dan ketiga (yang melibatkan si mati). Tiada keterangan jelas bahawa kanak-kanak 1 adalah ahli kepada kesemua kumpulan itu terutamanya di lokasi terakhir. Tambahan pula, saksi-saksi awam hanya mengecam orang-orang yang mereka kenal sebelumnya termasuk kanak-kanak 1. Tiada keterangan mengenai kedudukan dan identiti yang lain samada ada kaitan dengan kanak-kanak 1 atau tidak.

f. “Subsequent conduct” yang juga relevan. Saksi pendakwaan sendiri sahkan bahawa kanak-kanak 1 masih ada di lokasi walaupun polis sudah sampai. Bahkan ada saksi yang kata kanak-kanak ini cuba pukul lagi dengan kayu dan masih polis tak tangkap. Ini mengukuhkan lagi bahawa “common object” jika ada sekalipun hanya untuk mencederakan yang tidak sampai mendatangkan kematian atau mungkin juga sekadar bergaduh sebab itu beliau tidak lari.

g. Justru, tiada keterangan mencukupi untuk mahkamah membuat finding bahawa “the other members knew beforehand that the offence actually committed was likely to be committed in prosecution of the common object”. Adalah jelas bahawa kanak-kanak 1 bukan orang yang menyebabkan “fatal blow”. Berkemungkinan lelaki yang menggunakan kayu, “object” atau “helmet” yang tidak dicamkan oleh saksi-saksi yang menyebabkannya. Tiada keterangan kaitan kanak-kanak 1 dengan mereka ini dan paling penting tiada keterangan bahawa kanak-kanak 1 tahu “beforehand” yang mereka ini akan menggunakan senjata. Ini dikukuhkan lagi bahawa semua barang kes yang dirampas adalah dari tapak pasar lama, tiada sebarang trace dan tiada senjata yang dibawa ke lokasi (pre-meditated) yang dijumpai.

h. Hujahkan lanjut apa yang berlaku dalam kes ini mungkin “object” sama pada peringkat awal iaitu hendak mencederakan si mati sama seperti mencederakan SP8. Namun, sebahagian dari ahli kumpulan telah bertukar “object” iaitu menggunakan senjata dan kanak-kanak 1 tidak termasuk dari kalangan mereka ini. Sebab itulah beliau masih berada di lokasi walaupun selepas kehadiran polis.

i. Hujahan DPP m/s 6 2 cara untuk kaitkan “liability of a member for an offence not committed by him but by another member”. Cara pertama iaitu “offence committed by another member is the direct object immediately connected with the common object of the assembly”. Hujahkan tak terpakai sebab kanak-kanak 1 pukul dengan tangan sahaja dan tindakan ahli lain menggunakan senjata bukan “direct object” dengan memukul dengan tangan.

j. Cara kedua “liable” apabila “offence committed by another member not the same which is the common object of the assembly but was such the members knew was likely to be committed”. Bagaimana hendak terpakai jika “common object” kanak-kanak 1 adalah untuk tumbuk saja? Hujahkan tiada pengetahuan itu daripada keterangan. Kalau kanak-kanak 1 juga guna senjata tapi tidak sampai mematikan dan ahli lain guna senjata yang mematikan; mungkin pengetahuan itu boleh dianggap ada.

k. Di dalam Ratanlal m/s 585, kes Jahiruddin v Queen Empress dirujuk dan merupakan “first leading decision” berkenaan cara kedua tadi;

“In that case, there was an unlawful assembly of more than five persons. Its object was to dispossess the complainant. A, one of the members of the assembly, was having a gun with him, who shot dead a person belonging to the complainant’s side. B who had no weapon with him but was also a member of the assembly and was aware that A was having a gun was also convicted under Section 302 read with Section 149 of the code.”

l. Jelas, sekadar menyertai perhimpunan haram semata-mata tidak cukup. Perlulah adanya keterangan “aware” atau pengetahuan itu. Seperti dalam kes di atas, dengan adanya pengetahuan yang A membawa pistol; B dianggap telah tahu kemungkinan satu kesalahan bunuh akan berlaku.

m. Walaupun “common object may be formed at any stage by all or some members of the assembly and the other members may join and accept it”, dalam kes kita kanak-kanak 1 hanya dilihat menggunakan tangan pada peringkat awal, dan kumpulan yang menggunakan senjata telah “join” tetapi mempunyai “object” berlainan kerana menggunakan senjata. Keadaan yang berlaku bukannya kanak-kanak 1 yang “join” kumpulan yang menggunakan senjata. Rujuk kes Mohd Haikal Mohd Khatib Saddaly & 7 ors v PP [2009] 1 LNS 292 m/s 69.

8) Sebagai penutup hujahkan Seksyen 149 tidak terpakai dalam fakta kes kita. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA