RINGKASAN HUJAHAN KES JALANAN




1) Pembukaan

a) Beban pendakwaan- kes prima facie; ‘credible evidence proving each ingredient of the offence which unrebutted or unexplained would warrant a conviction’. Cara menentukan keterangan credible itu telah diputuskan di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85.

b) Elemen pertuduhan- makna robbery di bawah Seksyen 390 (KK).

c) Definisi gang robbery di bawah Seksyen 391 KK;

“When two or more persons conjointly commit or attempt to commit a robbery, or where the whole number of persons conjointly committing or attempting to commit a robbery, and of persons present and aiding such commission or attempt, amount to two or more, every person so committing, attempting, or aiding, is said to commit "gang-robbery".”

d) Pendakwaan perlu buktikan samada OKT commit, attempt atau aid perbuatan samun yang didakwa.

e) Adalah menjadi asas dalam kes jenayah perlunya elemen actus reus dan mens rea; actus non facit reum nisi mens sit rea (an act does not make a person legally guilty unless his mind is legally blameworthy).

2) Analisa kes pendakwaan

a) Pembuktian elemen pertuduhan

§ Keterangan SP1 hanya menunjukkan peranan OKT setakat menunggang motorsikal, manakala SP5 yang membuat segala perbuatan samun (pergi ke arah SP1, keluarkan pisau, ambil barang dari SP1). Keterangan SP3 juga menunjukkan hanya salah seorang saspek yang membuat perbuatan samun, manakala seorang lagi di atas motorsikal

§ Menurut kedua-dua saksi, kejadian berlaku pantas, tiba-tiba lebih kurang 1 minit. Tiada langsung keterangan bagaimana keadaan OKT semasa tempoh kejadian samun ini, apakah conduct beliau sehinggalah disergah oleh SP1.

§ Keterangan SP1; dalam jarak 3-4 meter 2 lelaki Melayu masih tak perasan kehadiran beliau, akui beliau jerit kuat dan penunggang motorsikal terkejut.

§ Hujah; berdasarkan keterangan SP1 dan SP3 sendiri hanya berjaya tunjukkan bahawa OKT hadir di lokasi kejadian tanpa apa-apa overt act.

§ Hujah; tak mencapai tahap commit atau attempt mahupun aid; bolehkah tindakan OKT menunggang motorsikal dan melarikan diri dianggap sebagai aiding?

§ Hujah; conduct melarikan diri adalah neutral dan munasabah bagi seseorang yang panic. SP1 kata beliau sergah, SP1 juga kata beliau kejar dengan laju jarak 1 ½ ke 2 meter saja. SP5 juga kata beliau dan OKT melarikan diri apabila ada seorang awam kejar.

§ Keterangan SP5 menafikan terus pengetahuan dan penglibatan OKT dalam perbuatan samun sekaligus kes pendakwaan hancur (collapse).

§ Menurut SP5 dalam EIC lagi; kejadian berlaku secara spontan dan tidak dirancang, beliau seorang lakukan rompakan, beliau dan OKT tidak ke tempat kejadian untuk tujuan samun, SP5 suruh OKT berhenti bila nampak lelaki cina dan OKT tidak tahu apa-apa. Beliau juga kata beliau yang acukan pisau, ambil barang dari SP1, letakkan barang atas kotak plag dekat apartment.

§ Dalam cross; akui tiada rancangan atau perbincangan dengan OKT untuk samun, beliau tak beritahu OKT kenapa suruh berhenti motorsikal, beredar kerana dikejar seorang awam dan keadaan panik masa itu, pisau beliau punya, setuju OKT kebetulan sahaja berada di situ sebab itu ditangkap.

§ Hujah; jelas penglibatan OKT dengan kejadian telah dinafikan oleh saksi pendakwaan sendiri (SP5). Untuk mengaitkan OKT dengan tindakan bersama-sama (Seksyen 391KK) juga tidak boleh kerana tiadanya apa-apa conduct OKT dan juga ketiadaan mens rea. Tanpa mens rea dan pengetahuan tidak boleh dikatakan OKT liable terhadap kejadian samun apatah lagi dituduh di bawah Seksyen 395 bersama-sama SP5 dan bukannya berasingan. Keadaan mungkin berbeza jika OKT dituduh berasingan dan ada keterangan menunjukkan conduct beliau melakukan perbuatan samun.

§ Fakta SP5 juga dituduh dalam kes sama dan disabitkan adalah relevan sebagai evidence of bad character; Seksyen 54 EA Explanation 2.

§ Pendakwaan gagal memperbaiki keterangan SP5 ini dalam re-exam malahan dalam re-exam SP5 telah merosakkan lagi kes pendakwaan apabila SP5 katakan maksud kebetulan ialah OKT tidak tahu apa-apa sebab beliau pun secara spontan membuat jenayah.

§ Pendakwaan juga tidak pernah cuba cross examine atau impeach SP5 untuk cuba memperbaiki keterangan beliau. SP5 juga tidak pernah dibuktikan sebagai saksi yang berkepentingan. PP v Foong Chee Cheong [1970] 1 MLJ 97.

§ Hujah; keterangan SP5 adalah sebahagian daripada kes pendakwaan dan jelas menafikan terus penglibatan OKT samada dalam actus reus samun dan lebih utama lagi terhadap mens rea OKT.

b) Percanggahan material dalam kes pendakwaan

§ Pertama; SP1 mengatakan bahawa SP5 yang membonceng serta melakukan perbuatan samun dan OKT hanya menunggang motorsikal. Sebaliknya, mangsa (SP3) mengatakan OKT pula yang membonceng motorsikal dan melakukan perbuatan samun. SP3 malah camkan OKT dalam kawad cam dan di mahkamah sebagai orang yang turun dari motorsikal

§ Kedua; SP1 menceritakan secara detail peranan beliau, jarak dekat, sergah dan sebagainya. Sebaliknya, SP3 tidak langsung ceritakan adanya SP1 di tempat kejadian, mustahil beliau tak nampak. SP3 malah kata tak minta tolong pun dengan sesiapa.

§ Ketiga; SP3 mengatakan tidak boleh cam kedua-dua lelaki Melayu sebab kawasan terlalu gelap. Sebaliknya beliau mengatakan kemudian dapat cam pula OKT sebagai orang yang melakukan samun (membonceng) dalam kawad cam dan dapat cam juga di mahkamah.

§ Keempat; menurut SP1, polis dapat ambil pisau setelah polis suruh 2 orang saspek pergi ke atas bangunan dan ambil pisau itu. Manakala polis, Ganeson dan saspek pergi ke atas. Ini adalah sama dengan SP4 (IO kes) mengatakan 1 orang awam yang menyaksikan kejadian yang menangkap saspek. Manakala keterangan polis (SP2) kata masa sampai semua tangkapan dan serbuan sudah selesai dan pengadu (SP1) yang serahkan saspek2. SP2 malah kata SP1 beritahu barang kes jumpa pada saspek2.

§ Hujah; percanggahan ini menimbulkan keraguan atas kredibiliti saksi pendakwaan. Percanggahan ini juga terutamanya yang melibatkan isu siapakah yang sebenarnya melakukan perbuatan samun; telah menyebabkan wujudnya 2 versi dalam kes pendakwaan dan benefit of the doubt hendaklah diberikan kepada OKT.

§ PP v Roslizam Abdul Azis & Anor [2004] 1 LNS 196;

c) Lompang dalam kes pendakwaan

§ Kegagalan memanggil saksi bernama Ganeson. Rujuk kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492. Panduan juga boleh dilihat dalam kes Ti Chuee Hiang v PP [1995] 2 MLJ 433.

§ Saksi Ganeson adalah material- menurut SP1 Ganeson lihat dalam CCTV, dia yang tangkap kedua-dua saspek, dia juga periksa, dia juga jumpa barang kes, dia hubungi polis, dia sahaja boleh cerita bagaimana tangkapan, apakah conduct OKT semasa tangkapan

§ Narrative kes pendakwaan tidak unfold menyebabkan wujudnya gap. PP v Nordin Awang [2000] 1 LNS 288.

§ Hujah; kegagalan pendakwaan memanggil saksi Ganeson adalah fatal dan bukanlah tugas pembelaan mengisi gap ini. Apatah lagi tiada langsung usaha oleh pihak SP4 untuk mengesan saksi ini.

d) Mutu penyiasatan yang mengecewakan

§ Kelemahan penyiasatan daripada keterangan SP4 seperti berikut;

i. Tak pasti siapa pengadu,

ii. Tak ingat siapa nama 2 orang saspek,

iii. Tak pasti nama orang awam,

iv. Tak boleh cam 2 orang saspek,

v. Tak boleh cam pengadu,

vi. Tiada penyiasatan mengenai CCTV malah tak tahu pun ada rakaman CCTV,

vii. Tiada usaha kesan saksi bernama Ganeson,

viii. Bertukar ke IPK Selangor pada 1/6/2010 tetapi tak pasti siapa ambil alih kes ini.

§ Hujah; penyiasatan yang bersifat melepaskan batuk di tangga ini menyebabkan banyak persoalan tidak terjawab. Kecuaian pihak polis tidak wajar ditanggung oleh OKT.

3) Penutup

a) Terlalu banyak kelemahan dan gap daripada keterangan pendakwaan yang mana tidak mungkin mahkamah ini untuk memanggil OKT membela diri. Rujuk kes Abdullah Zawawi v PP [1985] 2 MLJ 16 m/s 6.

b) Pohon OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA