HARAPAN RAMADHAN
Salam,
Banyak lagu bertema raya mahupun puasa berkumandang saban hari apatah lagi Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita lagi. Harapan Ramadhan adalah antara lagu moden yang tidak bertaraf sampah atau menyakitkan hati untuk didengar, selain lagu seperti Ku Pohon Restu Ayah Bonda dan Pertama Ramadhan ini. Lagunya menginsafkan, mendamaikan dan menenangkan jiwa.
Dalam bulan puasa tahun ini saya berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan harapan. Insan-insan yang begitu berharap untuk mendapat kebebasan, pembebasan mahupun kepastian dalam hala-tuju hidup mereka. Situasi ini sering berlaku kepada tahanan reman yang dituduh dengan pertuduhan melibatkan hukuman mati (capital punishment) seperti kes bunuh, 39B dan sebagainya.
Manakan tidak mereka begitu mengharap. Hidup di penjara Sungai Buloh begitu menyeksakan. Sebagai peguam yang hanya ke sana dalam 2-3 jam mungkin 2-3 kali sebulan pun setiap kali terasa begitu sesak nafas dan meronta-ronta hati ingin segera keluar dari penjara dunia itu. Apatah lagi bahu yang memikul bebanan itu sendiri sudah tentu bertambah-tabah tekanan yang dihadapi. Selain tekanan memikirkan hukuman yang bakal dihadapi andainya mereka gagal dalam perbicaraan kes mereka, tekanan akibat 'ketidakpastian' juga sangat mencengkam.
Apakah mereka akan terus hidup atau berakhir di tali gantung? Bilakah mereka boleh menghirup udara kebebasan di luar? Bila pula mereka dapat memeluk anak-anak dan isteri? Semua persoalan-persoalan ini begitu menghantui jiwa tahanan ini menyebabkan tidak sedikit yang tewas atau "break down". Tidak kurang yang menangis teresak-esak atau mengeluh kebimbangan setiap kali berpeluang berjumpa dengan peguam bela yang mereka harapkan untuk menjadi "saviour" mereka.
Harapan juga datang dari pihak keluarga. Adalah lumrah sang isteri, ibu, bapa, pakcik dan sebagainya akan menghubungi peguam bertanyakan perkara yang sama saban minggu. Apa status kes? Bila akan keluar? Mengapa lambat sangat? Serta pelbagai lagi soalan-soalan yang akan diulang-ulang, mengharapkan sang peguam atau dipanggil "pengacara" di Indonesia, memberikan satu penawar yang mujarab.
Hakikatnya, itulah antara rencam kehidupan seorang peguam apatah lagi peguam jalanan yang memilih untuk bergelumang dengan "penjahat" dan "orang salah" ini. Benar peguam terkadang menjadi pakar rujuk merangkap kaunselor terhormat. Akses kepada anakguam di penjara hanya khas kepada peguam. Keistimewaan untuk berjumpa beberapa jam dalam bilik kecil tanpa halangan masa, cermin mahupun komunikasi terbatas kepada menggunakan telefon. Segala masalah boleh dihamburkan kepada peguam secara "direct" berbanding sekatan yang dihadapi oleh keluarga.
Ini semua membawa kepada batang tubuh peguam itu sendiri. Adakah peguam itu akan menjanjikan bulan-bintang dan menceritakan yang sedap didengar sahaja? Ataupun peguam itu berlaku jujur dan menceritakan hakikat sebenar apa yang bakal ditempuhi anakguam, termasuklah peluang, cabaran dan juga "worst case scenario" yang boleh berlaku. Ramai yang menghazaf bahagian tidak seronok ini bergantung kepada tujuan masing-masing. Ada yang risau kehilangan "arahan" atau yuran, ada juga yang "purposely or otherwise" supaya anakguam "impressed" dengan janji manis mereka.
Ada rakan peguam yang cuba menjustifikasi membohongi anak guam atau keluarga atas alasan "nanti mereka akan terkejut dan crack" jika hakikat sebenarnya seperti jaminan adalah mustahil, dimaklumkan seawalnya. Mungkin ada benarnya cubaan berbohong sunat ini mungkin boleh mengurangkan impak tekanan dan membolehkan mereka "adjust" dan "reallign" kehidupan sementara atau abadi mereka di sebalik tabir besi.
Be as it may, laughter is not the only best medicine, honesty and sincerity also qualify as the same. Tidak rugi kita jujur seawal mungkin dengan membentangkan "open table" keseluruhan kes anak guam, waima yang sedap didengar, begitu juga yang menakutkan untuk diceritakan. Bunyinya sedikit pesimis, tapi saya sentiasa yakin bahawa usaha bersikap jujur kepada anakguam adalah salah satu trait yang perlu sebagai pra-syarat seorang peguam yang berjaya, dan dihormati.
At the end of the day, yang menjadi yardstick kepada reputasi kita adalah gabungan usaha, kepakaran dan kejujuran kita dalam mengendalikan kes. Saya mempunyai seorang anak guam dari Afrika, yang telah dihukum gantung, namun tidak putus mengucapkan terima kasih dan berulang-kali mengatakan; "I believe in you Sir, God has sent you to help me". Ironinya beliau seorang Kristian namun tetap optimis dan mengharap. Wassalam.
Terbaekk!!!
ReplyDeleteTerima kasih anonymous, teruskan membaca dan menegur juga
ReplyDeleteSuka baca blog ni! (^_^)
ReplyDeleteTeruskan menulis! :)
Tak sabar nak baca post yg seterusnya.. :-D