HUJAHAN KES 39B (ISU PERCANGGAHAN BERAT DAN IDENTITI)


 Isu discrepancy mengenai berat.

1)    SP7 sebagai IO kes langsung tidak membuat timbangan berat kasar dalam kes ini. Bahkan beliau mengatakan tidak perlu. Beliau hanya bergantung kepada timbangan yang dibuat oleh anggota-anggota sentry sahaja.

2)   Namun, jika dilihat dalam borang bongkar dan serah menyerah, hanya SP2 yang membuat timbangan. SP4 sebaliknya mendakwa ada membuat timbangan tetapi terlupa mencatatkannya dalam borang bongkar. Ini jelas dalam P9, P10, P11, P14 dan P15 dan disahkan sendiri oleh SP7. SP7 juga tidak membuat catitan jumlah berat ini di mana-mana.

3)   Dalam soal balas, SP7 menyatakan berat kasar dalam pertuduhan asal adalah 1357 gram dan beliau memperolehi figure ini berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh SP2 dan SP4. Pertuduhan ini ditandakan dengan D41.

4)    Namun bila dirujuk kepada satu lagi pertuduhan asal melibatkan berat kasar 990 gram, SP7 menyatakan pertuduhan ini juga melibatkan kes ini. Pertuduhan ini selanjutnya telah ditandakan dengan D40.

5)    Selanjutnya, keterangan SP7 mendakwa bahawa figure 990 gram dalam D40 diambil dari laporan yang dibuat oleh Inspektor Gan (SP1) iaitu KLIA Sepang report 9038/11. Manakala figure 1357 gram, SP7 menyatakan kemudiannya dibuat oleh siapa beliau tidak tahu, tetapi merujuk kepada KLIA Sepang report 8987/11.


6)    Kekeliruan selanjutnya apabila SP7 mengatakan report 8987/11 itu tiada dalam kertas siasatan apabila diarahkan oleh Mahkamah menyemaknya. SP7 terus contradict herself apabila mengatakan pula SP1 tidak membuat timbangan dan hanya membuat tangkapan. Beliau kemudiannya mengubah keterangan dengan mengatakan figure 990 gram ini berdasarkan jumlah dari report Kpl Awang Idris (SP2) pula.

7)    Dalam pemeriksaan semula, cubaan untuk memperbaiki dan explain gagal bahkan menimbulkan keraguan lebih besar ke atas identiti barang kes. SP7 mengatakan figure 1357 gram itu dengan merujuk kepada kertas siasatan (IP). Juga berdasarkan pertuduhan yang beliau sangkakan dari kes KLIA, tapi apabila SP7 lihat di dalam IP bukan report sebenar.

8)    SP7 sekali lagi mengatakan figure 1357 gram itu tidak tahu siapa yang sediakan sedangkan beliau akui berdasarkan kulit hadapan pada D41, jelas tertera nama beliau yang menyediakannya.

9)    Hujah- jelas wujud discrepancy serius dalam berat barang kes dadah. Wujud 3 berat berbeza bagi dadah yang dikatakan sama. Perbezaan juga bukan kecil iaitu berbeza 695.4 gram (antara pertuduhan dengan D41) dan 328.4 gram (antara pertuduhan dengan D40).

10) Tidak timbul isu typo error ataupun tertukar kes kerana SP7 sendiri mengesahkan kedua-dua D40 dan D41 memang melibatkan kes ini. Walau apapun dalam kes melibatkan capital punishment, kesilapan sebegini tidak boleh dimaafkan oleh Mahkamah.

11) Hujah- bagaimana SP7 memperolehi samada figure 990 gram mahupun 1357 gram tersebut sedangkan SP4 tidak membuat timbangan (merujuk P9, P10 dan P11) serta SP7 sendiri mengatakan SP1 juga tidak membuat timbangan? Which is which? Pertuduhan mana yang sebenarnya merujuk kepada kes ini? Tidak mungkin keduanya benar kerana beza antara keduanya juga besar iaitu 367 gram.

12) Persoalan inipun gagal diperjelaskan dalam keterangan SP7. Pendakwaan juga tidak cuba memanggil semula SP1 atau SP4 untuk menutup gap berkaitan isu timbangan ini. Walhal jika dipanggil semula, kemungkinan boleh menjelaskan D40 dan D41. Kegagalan ini tidak wajar ditanggung oleh OKT.

13) Percanggahan makin serius mengambilkira SP3 pula memberikan figure berbeza iaitu 1015.78 gram bagi berat kasar kesemua 60 kapsul bersama 6 peket plastik asal. Manakala berat bersih kesemua bahan tanpa pembalutnya pula adalah 879.9 gram.

14) Hujah- tidak mungkin adalah benar berat kasar asal dalam D41 (990 gram) yang mana SP7 bergantung pada timbangan oleh sentry officer menjadi semakin meningkat, iaitu kepada 1015.78 gram. Berat 990 gram ini juga tidak ada keterangan dari IO samada ditimbang bersama peket plastik asal atau berasingan. Mahkamah tidak boleh assume sebarang fakta dan inferen yang memihak kepada OKT hendaklah dipilih.

15) Rujuk kes Zaifull Muhammad v PP & Anor Appeal [2013] 2 CLJ 383 [TAG 14] rujuk held 1 dan 2. Keadaan yang sama wujud dalam kes kita iaitu discrepancy serius mengenai berat. Bahkan kes kita lebih buruk kerana ada 3 berat berbeza berbanding 2 sahaja dalam kes di atas. Beza berat juga hanya 80.6 gram (880 – 799.4) berbanding kes kita yang jauh lebih besar perbezaan beratnya.

16) Pra-syarat yang ada dalam kes Zaifull iaitu “unless satisfactorily explained” jelas tidak wujud dalam kes kita. SP7 bukan sahaja memberi keterangan yang berubah-ubah, malahan beliau “mencuci tangan” dengan mendakwa D41 tidak disediakan oleh beliau walaupun jelas tertera pada kulit nama beliau yang menyediakannya. Tidak mungkin keterangan bersifat sebegini mampu menyelamatkan percanggahan serius dalam berat dadah.

17) Wujud juga perbezaan lain sepertimana dalam kes Zaifull, di mana ada percanggahan samada 6 atau 2 ketulan. Dalam kes kita, keterangan saksi dan dokumentari mengatakan 60 kapsul dikeluarkan dari perut OKT. Sedangkan dalam ekshibit D37, sebanyak 57 pellets pula dimaklumkan oleh policeman incharge kepada SP3.

18) Sekali lagi, tiada apa-apa penjelasan dari mana-mana saksi mengenai percanggahan jumlah ini. SP7 tidak mengetahui apa-apa dan mendakwa officer incharge adalah SP1, tetapi kemudiannya menukar keterangan beliau kepada anggota sentry pula. Sekali lagi, tiada apa-apa percubaan oleh pendakwaan untuk memanggil semula SP1 atau mana-mana sentry officer untuk menjelaskan percanggahan ini.

19) Adalah tidak munasabah jumlah 57 pellets ini sedangkan ujian x-ray belumpun dibuat dan OKT belumpun mengeluarkan kesemua kapsul dari perut beliau. Itupun SP5 mengatakan ujian x-ray hanya boleh mengesan bendasing sahaja tanpa boleh mengetahui jumlah sebenar kapsul. Officer in charge yang dimaksudkan gagal dipanggil untuk menjelaskan isu ini.
 
20) Selain itu, dalam D37 juga mengatakan 14 pellets telahpun dikeluarkan oleh OKT dan waktu pada D37 adalah 7.52 malam pada 28/8/2011. Sedangkan berdasarkan borang bongkar P12, 14 kapsul ini hanya dikeluarkan dari perut OKT pada jam 8.15 malam 28/8/2011. Tiada juga penjelasan meyakinkan berkenaan percanggahan ini.

21) Hujah- percanggahan material yang tidak diperjelaskan ini membawa kepada persoalan identiti ekshibit dadah. Tanpa penjelasan, ianya telah menyebabkan satu keraguan munasabah ke atas identiti ekshibit dadah. Pembelaan tidak sepatutnya dipanggil on this score alone. Adalah tidak selamat untuk Mahkamah bergantung kepada keterangan sebegini untuk mensabitkan OKT.

22) Hujah- adalah salah untuk mengatakan bahawa percanggahan berat ini tidak menimbulkan apa-apa keraguan munasabah ke atas identiti barang kes kerana saksi-saksi telah positively identified ekshibit di Mahkamah. Rujuk para 34 m/s 6 kes Zaifull.

23) Pohon juga merujuk kepada kes-kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ 364 [TAG 15] serta Tan Yew Choy v PP [2009] 4 CLJ 245 [TAG 16].

24) Hendaklah dibezakan keadaan dalam kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345 [TAG 17] dan juga kes Andi Idham Mohamed @Mohamed Ali v PP [2013] 1 LNS 379 [TAG 18].


25) Tambahan pula, IO hanya menghantar barang kes dadah ke Jabatan Kimia selepas 4 bulan daripada tarikh rampasan. Bahkan beliau akui ini satu kecuaian. Sikap dan cara penyiasatan sebegini tidak wajar ditolerate oleh Mahkamah ini apatah lagi melibatkan kes yang hukumannya adalah capital punishment.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA