BUKAN KU TAK SUDI
Assalam,
Saya terbaca tulisan di alam cyber berkenaan 10 sebab utama mengapa seorang peguam tidak menjawab panggilan telefon dari seseorang anakguam. Ini juga merupakan komplen utama anakguam terhadap peguam beliau, iaitu sukarnya menjawab panggilan telefon. Menarik tulisan itu kerana ada yang sama dengan pengalaman saya dan ada juga yang tidak sama malahan yang agak kasar juga. Biar saya kongsi apa pula sebab saya sendiri tidak menjawab panggilan telefon anakguam. Walaupun saya akui komunikasi dengan anakguam sangat mustahak, terkadang tidak terangkat juga dek sebab-sebab tertentu. Inilah alasan-alasannya;

Keduanya, saya juga ada kehidupan lain dalam hidup saya iaitu keluarga saya dan juga perkara-perkara lain yang membolehkan saya ini digelar manusia yang bertanggungjawab sebagai seorang bapa, suami, anak dan juga anggota masyarakat. Pendek kata, ada masanya hidup saya ini perlu difokuskan kepada pihak-pihak lain selain anakguam semata-mata.Oleh itu, menjadi amalan saya bahawa selepas waktu kerja di sebelah malam dan juga di hujung minggu, biarlah saya menjadi hak-milik keluarga dan masyarakat setempat. Berilah juga peluang untuk saya melawat rumah Allah untuk beribadah selain lawatan rutin ke mahkamah dan penjara. Tanpa keluarga tidak ada gunanya saya sebagai peguam yang berjaya.
Ketiganya, kes tersebut tidak ada apa-apa progres pun yang perlu untuk diupdatekan. Kerisauan anakguam mahupun keluarga terhadap status sesuatu kes amat diraikan dan difahami. Namun, selalunya selepas briefing panjang lebar di awal perlantikan, kebanyakan anakguam memahami proses yang terlibat dan timeframe bagi sesuatu perkembangan kes berlaku. Kalau sekadar bercakap dengan anakguam untuk menerangkan status yang sama sahaja saban minggu sudah tentu tidak produktif dan boleh membuang masa. Saya percaya less is more. Alangkah bagusnya jika semua anakguam memahami.
Keempatnya, saya sedang berada di dunia lain. Maksudnya bukanlah saya sedang membuta atau qailulah di siang hari. Setiap orang ada cara tersendiri untuk melaksanakan kerja. Saya jenis yang mengambil masa yang sedikit sahaja tetapi masa itu perlu berkualiti dan ultra fokus diberikan. Setengah orang boleh buat cara berlainan seperti kebolehan membuat kerja sambil berFB, berwassap dan berBBM. Bagi saya jika masa terluang itu saya sedang mengerah keringat dan petirkan minda saya seperti menyediakan hujahan; maka sebarang gangguan dari smartphone saya yang bernada dering Maher Zain itu adalah tidak dialu-alukan.

Keenamnya, yang menelefon itu bukannya anakguam. Percayalah, ada ramai orang yang menelefon peguam untuk bertanya kedudukan sesuatu kes. Kadang-kadang peguam juga disoalbalas di dalam telefon oleh yang menelefon itu mempersoalkan itu dan ini. Prinsip saya mudah dan selalu saya tekankan dalam pertemuan pertama lagi. Anakguam kena percaya kepada peguam dan tanpa kepercayaan itu, akan musnahlah perhubungan peguam-anakguam. Jadi, peguam hanya answerable kepada anakguam sahaja dan orang yang melantik beliau itu. Tidak ada kewajiban untuk peguam mendedahkan apa-apa kepada pihak lain selain itu. Ini yang saya praktikkan dan Alhamdulillah workload saya berjaya dikurangkan tremendously.

Kelapannya, ada cara lain selain dari menjawab telefon bagi permasalahan itu. Percayalah bukan semua masalah atau pertanyaan sesuai diselesaikan melalui telefon. Ada yang bertanyakan sesuatu yang kompleks yang memerlukan penjelasan detail secara berhadapan dan mungkin juga secara lakaran bertulis untuk difahami. Sebaliknya, ada anakguam bertanya kan perkara yang terlalu remeh atau berulang-ulang kali perkara yang sama yang mana jawapan melalui SMS atau wassap sudah lebih dari memadai. Oleh itu, jika soalan itu jawapannya hanya berbentuk ya atau tidak, mungkin anda boleh kurangkan kekerapan peguam menjawab telefon dengan menghantar SMS.

Kesepuluhnya, panggilan dibuat menggunakan private number di mana tertera private call tanpa sebarang nombor si pemanggil. Saya sebenarnya tidak faham jika ada kalangan kita yang memilih untuk merahsiakan identiti kita di dalam telefon. Ini menimbulkan banyak wasangka berkenaan siapakah si pemanggil. Adakah ini salesmen atau SB atau makhluk mana yang membuat panggilan? Jadi, kesimpulannya selalunya panggilan dari nombor private ini akan berkahir dengan kecundang di mana saya tidak akan melayannya. Jika anda serius untuk bercakap dan menyelesaikan masalah anda, tak perlulah berselindung di balik anonymous identity.
Akhirnya, ketahuilah apabila sang peguam tidak menjawab panggilan telefon anda, rupanya banyak alasan kukuh (dan tidak kukuh) yang menjadi penyebabnya. Prinsip saya sebagai peguam adalah mudah. Sedaya mungkin akan saya usahakan untuk membantu anda, namun anda juga hendaklah membantu saya dengan mengelakkan saya dibebani panggilan yang tidak perlu agar masa saya lebih banyak ditumpukan kepada perkara yang sepatutnya. Wassalam.
Comments
Post a Comment