GOOD COP BAD COP
Salam, Jika anda pernah menonton filem "The Rock" lakonan mantap Nicolas Cage dan Sean Connery, anda pasti ingat babak di mana Cage cuba membawa watak "good cop" memujuk Connery infiltrate alcatraz dari kawalan "pengganas" diketuai Ed Harris. Namun dalam filem The Pink Panter pula Steve Martin atau Inspektor Jacques Clouseau menjadi kedua2nya sekali!; "good cop" dan "bad cop" sekaligus terhadap saksi yang sama. Jika loyar dicop dengan panggilan loyar buruknya, polis juga ada panggilan2 manjanya oleh orang awam. Antaranya "anjing kerajaan", "barua", kaki sapu dan macam2 lagi. Sehingga ada seorang blogger (bukan saya) yang telah menukarkan lambang PDRM dgn lambang anjing sedikit masa dahulu. Saya bercakap hasil pengalaman saya ter-kerjasama (maknanya kerjasama yang terpaksa) dengan pihak polis semasa bergelumang sebagai seorang dpp sehinggalah sekarang sebagai seorang loyar. Dalam apa jua profesion, wujud golongan ber...