STRESS MANAGEMENT ON THE ROAD (LOYARBERJURUS STYLE)






Salam,

Pernahkah anda berhadapan dengan road bully atau dengan seangkatan dengannya? Bagaimana dengan orang yang tiba2 hendak berlumba dengan anda di trafik light ala2 the fast and the furious? Ataupun pemandu skima yang berhenti mengejut di tengah jalan sebab hendak menjawab panggilan telefon? Bagaimana pula mereka yang tak pandai menggunakan round about yakni mengharamkan diri mereka berhenti sebaliknya jalan terus? Macamana pula pemandu yang membawa kereta 50 km/sejam di laluan laju? Pernahkah juga ada tersangkut di belakang pemandu kereta yang tidak tahupun keretanya ada back mirror dan side mirror walaupun anda dah bagi lampu berkali2 untuk memotong? Bagaimana pula pemandu rally yang nak menyondol kereta anda dari belakang dan cuba mencilok walaupun kereta yang dia pandu itu sebesar Hummer?

Percayalah, semua itu pernah saya lalui. Ini belum lagi pengalaman dipotong Q di drive tru counter di pejabat pos dan KFC. Apa yang selalu kita responskan? Diam, menyumpah dan mengetap bibir adalah antara yang standard. Hasilnya anda akan menyimpan dendam kesumat dan kebaranan anda itu dan mungkin lebih buruk anda melepaskannya kepada pihak2 lain yang tidak berdosa kemudiannya seperti kepada anak2, suami/isteri, kucing di rumah ataupun remote astro anda.

Ada beberapa cara untuk mengkesampingkan kemarahan dan kebengangan anda itu. Bak dalam tai chi mahupun aikido, ia boleh dialirkan kelain atau transformkan saja ia ke bentuk yang lain. Berikut antara cadangan dari saya untuk memastikan kecapaian maksud itu;

1) Turun sahaja dari kereta anda dan mulakan sessi taaruf dengan pemandu yang memotong Q tersebut. Mulakan dengan asal-usulnya, kerjayanya, taraf pendidikan sehinggalah dia terasa yang anda sebenarnya nak menegur dia yang telah memotong Q. Percayalah ada mereka yang seumur hidup tidak pernah ke drive tru counter, jadi tegur kena berhikmah.

2) Buka cermin kereta anda dan jenguk muka and serta tunjukkan tangan ke langit. Cara ini sesuai bagi mereka yang tanpa apa2 sebab hendak berlumba dengan anda di traffic light atau yang jenis suka menderum2kan enjin motorbot mereka. Dengan cara ini, mereka akan terasa mereka tidak berjaya mencabar anda dan anda ada perkara lain yang lebih penting untuk dijenguk iaitu di atas langit.

3) Lihat wajah insan tersayang jika mereka ada dalam kereta bersama2. Seperti kata kumpulan Westlife di dalam lagu mereka Flying Without Wings;

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete

You find it in the strangest places

Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children

Some find it in their lovers eyes
Who can deny the joy it brings

When you find that special thing

You're flying without wings


Jadi, dengan melihat wajah mereka di saat anda sakit hati dengan perangai pemandu lain dan bengangkan muka mereka yang takda sinar itu, Insyaallah anda akan merasa tenang. Kalau boleh suruh anak anda melambai2 kepada pemandu tersebut dan mesti dia pula yang akan menjadi bengang.

4) Pasanglah lagu2 yang boleh menenangkan jiwa didalam kereta anda. Ini boleh membelai jiwa dan mendamaikan perasaan. Contohnya anda boleh cuba dengar lagu selimut putih (menginsafi kematian), lagu ayah atau buatmu ibu kumpulan aeman (mengingati jasa ibu bapa) atau pasang saja lagu2 instrumental Kenny G. Jika itu juga tidak berhasil anda bolehlah pasang lagu2 batu keras (hard rock) untuk menghilangkan perasaan marah itu seperti lagu Derap Komando oleh Search ataupun lagu rock kapak seperi Kain Cinta Putih oleh Putra. Pokoknya, anda mesti melupakan insiden tadi dan bawa diri anda ke alam yang lain.

5) Kalau semua tips di atas tidak berhasil, maka anda tiada pilihan selain menggunakan jurus terakhir anda iaitu hon kereta. Percayalah dengan menghonkan mereka yang tidak berjurus ini sekurang2 10 saat tanpa henti atau pun 5 kali bertutur2 akan menghilangkan stress anda serta-merta dan kepuasan akan terbayang di raut wajah anda. Tapi berhati2 pastikan pemandu itu lebih kecil dari anda, balai polis ada berdekatan ataupun anda pasti kereta anda lebih horse power dari keretanya.

Panduan2 di atas mungkin seperti ada yang tak lojik tapi jika ada kesempatan cubalah mana2 yang bersesuaian. Mana tahu 25% hidup anda yang dihabiskan di dalam kereta anda (tersangkut dalam jem) dapat anda rasakan kepuasan dan keberbaloiannya. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA