DARI DPP KE LOYAR = DARI DARK SIDE KE JALAN YANG BENAR?



Salam,

Saya bersahaja (purposely) memilih untuk memposkan pos kali ini dalam bahasa Melayu untuk mengelakkan dari anggapan blog ini adalah berbahasa pengantar Bahasa mat salleh. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan menarik dari sahabat baik saya saudara asyraf mengenai persoalan di atas.

Jawapannya adalah ya dan juga tidak. Saya mengatakan ya kerana saya sendiri mengalami peralihan itu yakni daripada seorang DPP menjadi seorang loyar cabuk. Kelebihan pernah berada di 2 alam ini menjustifikasikan saya untuk mengesahkan persoalan di atas. Cuma, apakah yang dimaksudkan dengan "dark side" itu? Pada saya "dark side" itu bukan bermaksud pihak yang salah atau pihak yang jahat.

Saya lebih gemar memilih untuk mengatakan ia bermaksud kehidupan (life) yang terikat, tidak bebas, kurang diberi penghargaan, laju dihentam apabila melakukan kesilapan dan wujudnya budaya yang saya tidak gemari. Contohnya budaya anfusana anfusini, politik pejabat, tikam menikam serta budaya menurut perintah tanpa batasan (yang maha setia).

Sebab itulah saya bersetuju saya beralih dari "dark side" itu ke dunia lain yang lebih bebas, memuaskan hati, tenang, rewarding (kalau duit matlamat anda) walaupun lebih mencabar. Namun, saya amat-amat menghargai tenure saya sebagai dpp kerana zaman itulah yang transform saya sehingga menjadi saya yang sekarang. Tanpa melalui zaman tersebut, tak mungkin saya berada di tahap ini sekarang. Dan saya masih mengingati kenangan2 manis semasa menjadi DPP bersama kawan2 dan senior2 seperti Tuan Iskandar, Tuan Salim, Datin Nik Sarina, Tuan Sallehuddin, Tuan Kamaruzaman, Azar, Asyraf dan ramai lagi mereka2 yang hebat dan berdedikasi.

Di sebaliknya, saya juga tidak bersetuju dengan persoalan di atas yang selalu diungkitkan oleh peguam2 yang tidak pernah merasai jerit perih dan kepayahan hidup menjadi seorang DPP. Mereka dengan mudah saja menuturkan kata2 di atas tanpa mereka sedar mereka mengguris hati DPP yang benar2 berkhidmat dengan jujur dan gigih.

Pada saya, mereka bersifat prejudis terhadap DPP yang pada mereka selain menjalankan prosecution, turut menjalankan persecution. Benar atau tidak telahan mereka wallahua'lam. Mereka mungkin ada pengalaman buruk mereka sendiri yang menjustifikasikan anggapan mereka. Namun untuk generalize dan membakulsampahkan semua DPP adalah tidak wajar sama sekali dan tidak bertanggungjawab (saya pun terasa).

Sebagai penutup, dalam pihak mana pun kita berada, kita sebenarnya berenang dalam lautan sistem keadilan yang sama. Cuma peranan kita berbeza; ada yang menjadi kelasi, ada yang menjadi kapten jack sparrow dan ada yang menjadi mat kacau (loyar la tu). Enjoy with your work and treat it as an ibadah apart from seeking for a halal rezki; insyaallah you dont need to worry much. You'll be rewarded insyaallah. Wassalam.

Comments

  1. envy no others and enjoy you life - Mede

    ReplyDelete
  2. mede my good friend; indeed its true

    ReplyDelete
  3. Arif said "kehidupan (life) yang terikat, tidak bebas, kurang diberi penghargaan, laju dihentam apabila melakukan kesilapan dan wujudnya budaya yang saya tidak gemari. Contohnya budaya anfusana anfusini, politik pejabat, tikam menikam serta budaya menurut perintah tanpa batasan (yang maha setia)"..kalo begitulah tafsirannya ambo hundred percent setuju.tapi ambo tok setuju nama ambo dimasukkan sekali dgn dpp2 yg hebat spt dirujuk.mungkin sifu lebih bermaksud untuk berdoa barangkali...amiiiinnn

    ReplyDelete
  4. Asyraf, ke mana tidak tumpah kuah kalau bukan ke dalam mangkuknya...demo deserved it, cuma jangan makan angin lama sangat di maritim.

    ReplyDelete
  5. sekali sekala rindu juga nak pakai baju kot ada name tag.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA