Loyarberjurus

hanya untuk yang berjurus sahaja

Saturday, July 25, 2009

AIR MATA KEINSAFAN?




Salam,

Payah menjadi loyar jenayah ini. Anda dipanggil loyar buruk (standard), mata duitan, dikatakan pembela penjenayah dan juga dikatakan penyumbang kepada peningkatakan kadar jenayah negara. Saya percaya seorang peguam jenayah sahaja yang kerjayanya adalah; semakin anda bagus maka semakin ramai pula yang tidak menyukai anda. Seorang ahli politik termasuk dalam exception to this general rule.

Jadi, apakah yang menjadi pengubat jiwa yang manjalara bagi seorang peguam jenayah? Fees yang tinggi? Kereta yang besar? Isteri yang tidak berapa besar? Pergi ke mahkamah dipandu oleh supir? Menjadi seorang penyabit di padang2 ragut (golf la tu) terkemuka? Dapat melalak atau melolong di kara-tak-ok langsung? Semua itu mungkin ya bagi orang lain tetapi tidak bagi saya. Banyak lagi perkara yang membuatkan anda puas hati, tersenyum puas dan menyanyikan lagu hindustan di dalam kereta (walaupun anda benci filem hindustan).

Hari ini, berlaku lagi saat2 yang magic itu. Saya berada di mahkamah untuk satu hujahan di akhir kes pendakwaan. Namun selepas selesai pihak2 berhujah, tanpa apa2 sebab atau tekanan dari CJ yang baru, hakim telah serta-merta memberikan keputusan untuk membebas dan melepaskan anakguam saya. Ketika itulah terdengar suara tangisan dari galeri awam dari keluarga OKT diiringi ucapan alhamdulillah, terima kasih, ya Allah. Apabila saya berpaling saya lihat mereka berpelukan kegembiraan dalam tangisan itu. Salah seorang ahli keluarga OKT (yang lelaki la) terus bersalam dan memeluk saya tanda terima kasih.

Reaksi OKT pula? Tersenyum sambil menahan sebak. dalam keadaan tergezut itu. Sebelum mahkamah bermula beliau ada meminta kepada saya dicepatkan tarikh agar dapat beraya di rumah tahun ini (sudah 3 tahun beraya di kem motivasi Sungai Buloh). Selepas bersalam dengan saya, beliau hanya berkata mungkin ini berkat doa dan sembahyang saya.

Apa yang saya sebagai seorang peguam jenayah dapat? Gembira rekod tanpa kalah saya berterusan? Risau sebab ada lagi fee saya yang belum dijelaskan? Bangga sebab terasa diri hebat dan terjulang? Bukan, saya hanya berasa puas hati sebab dapat memberikan peluang untuk seorang itu kembali ke pangkuan jalan, balik bersama keluarga dan cuba menjadi orang dan bukannya menjadi setan.

Jika usaha saya menyebabkan OKT telah benar2 berubah, maka saya bersyukur dapat membuka jalan keinsafan itu. Jika sebaliknya, maka saya rasa puas kerana telah menjalankan tanggungjawab saya memastikan pihak pendakwaan membuat kerja mengemukakan keterangan yang cukup untuk mensabitkan OKT tanpa membulldozekan sesiapa. Juga saya telah memastikan sistem perundangan yang tidak Islamik dan penuh dengan ruang2 kezaliman ini, ditegakkan seadilnya. Fortunately seperti kes-kes yang lain juga, keterangan yang ada adalah tempang untuk berdiri sendiri bagi mencapai satu sabitan. Dan saya akan tetap dapat tidur dengan nyenyak tiap2 malam alhamdulillah. Wassalam.


4 comments:

  1. salam,
    membaca tulisan sdr saya tidak dapat tidak berkongsi sentimen yang sama.ya,tidak dinafikan duit perlu,tetapi yang lebih penting ialah apabila kita dapat menyumbang sedikit dalam membentuk semula the so-called okt sebagai manusia dan insyaAllah sebagai insan yang baik.pun begitu saya juga punya pengalaman setelah 3 bulan dibebaskan-d&a-keluarga client datang semula kerana client kembali ditangkap atas pertuduhan yang sama seperti sebelumnya.
    saya selalu percaya setiap orang perlu diberikan peluang kedua.
    http://lanailestari>blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam saudara ahmad nizam,
    Benar komen saudara itu. Jika kita bekerja sebagai peguam bermatlamatkan wang semata2, maka wanglah yang kita akan dapat. Jika matlamat kita adalah ibadah dan beramal, insyaallah ada kepuasan dalam kerja kita.

    ReplyDelete
  3. salam..
    saya terpanggil untuk menulis di ruangan blog saudara ini setelah terbaca post "loyar buruk detector" di laman Bar Council.

    FIY,saya juga seorang peguam jenayah yang baru berjinak2 dlm arena ni.Selama ini saya banyak bercampur dengan penjenayah2 tidak kira tegar atau pun tidak.

    Pada pengamatan saya, seseorang penjenayah sememangnya harus diberi peluang kedua tetapi pengajaran juga harus diberikan di atas kesalahan yang telah dia lakukan. Bagi saya, untuk mengelakkan dia mengulangi kesalahan, saya akan nasihatkan dia mengaku salah dan mohon mitigasi.

    Dengan cara itu saya rasa dapat memberi sedikit keinsafan kpd dia agar tidak mengulangi kesalahan. Saya ada 2 pengalaman, yang pertama OKT telah dilepaskan dan dibebaskan (kes S.12(2) DDA). Yang kedua OKT dilepaskan dibawah S. 173A CPC (kes S.15(1)(a) DDA). Kedua2 OKT tersebut telah mengulangi kesalahan yang sama dan keluarga OKT dtg blk berjumpa dgn saya. Saya terus katakan kepada keluarga OKT yang saya takkan membela OKT sekiranya benar dia melakukan kesalahan sebaliknya hanya akan mohon pengurangan hukuman. Alasan saya ialah OKT telah diberikan peluang untuk berubah tapi tidak guna peluang tu dgn sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Salam saudara anonymous,

    Tahniah anda sanggup bergelumang menjadi peguam jenayah yang banyak pandangan serong orang ramai. Benar, perlu ada keseimbangan antara memeberi peluang dan juga mendidik menjadi seorang yang betul2 insaf. Inilah yang membezakan kita sebagai peguam muslim dengan mereka yang bukan. Cuma pada saya walau kepada repeated offenders, kita masih perlu membela mereka namun mereka harus difahamkan akan akibat tindakan tidak berjurus mereka mengulangi kesalahan dan ini menyebabkan peluang mereka makin gelap.

    ReplyDelete