GOOD COP BAD COP




Salam,

Jika anda pernah menonton filem "The Rock" lakonan mantap Nicolas Cage dan Sean Connery, anda pasti ingat babak di mana Cage cuba membawa watak "good cop" memujuk Connery infiltrate alcatraz dari kawalan "pengganas" diketuai Ed Harris. Namun dalam filem The Pink Panter pula Steve Martin atau Inspektor Jacques Clouseau menjadi kedua2nya sekali!; "good cop" dan "bad cop" sekaligus terhadap saksi yang sama.

Jika loyar dicop dengan panggilan loyar buruknya, polis juga ada panggilan2 manjanya oleh orang awam. Antaranya "anjing kerajaan", "barua", kaki sapu dan macam2 lagi. Sehingga ada seorang blogger (bukan saya) yang telah menukarkan lambang PDRM dgn lambang anjing sedikit masa dahulu.

Saya bercakap hasil pengalaman saya ter-kerjasama (maknanya kerjasama yang terpaksa) dengan pihak polis semasa bergelumang sebagai seorang dpp sehinggalah sekarang sebagai seorang loyar. Dalam apa jua profesion, wujud golongan berjurus dan wujud juga the dark side (ba ba black sheep). Polis juga sama, ada yang baik (ramai yang baik sebenarnya) dan ada juga yang samseng kampung dusun. Oleh itu, sebagai orang yang waras, dan munasabah, adalah tidak adil untuk membakulsampahkan semua polis, pin point sahaja yang teruk itu dan leave the rest yang baik pula.

Saya tak pernah jadi polis. Malah saya juga tak pernah bercita2 hendak jadi polis. walaupun saya minat menonton siri "Chips" semasa saya kecil. Tapi sedikit sebanyak saya tahu bahawa ramai yang tak tahu kesusahan dan jerit perih menjadi seorang polis. Tidak sedikit pula anak guam saya merupakan anggota polis.

Saya bagi contoh, pagi ini semasa mengendalikan kes oral sex Pegawai JAIS, pegawai penyiasat kes dilihat dalam keadaan blurr dan kepeningan (ini belum saya cross ni). Apabila hakim interrogate (tidak sehingga jam 3.45 pagi sudah pastinya), nyatalah bahawa saksi polis ini sudah tidak tidur lebih 24 jam dan baru selesai menyiasat satu kes yg besar. Hakim yang penuh budiman membenarkan kes ditangguh atas alasan kemanusiaan ini.

Pendek kata, polis juga manusia dan bukannya robot atau scarecrow. Sering berlaku di mahkamah adalah polis diserang dari 3 penjuru. Serangan dari segelintir hakim yang obses mengejar KPI seperti ugutan waran tangkap, krtikan2 tak membina dan sesi memalukan polis di dalam mahkamah akibat kekurangan yang berlaku dlm kes seperti saksi yang ghaib. Serangan juga daripada segelintir DPP yang terlalu setia berkhidmat dan mempunyai hobi memaki hamun polis lagak seperti cikgu bedah. Serangan juga daripada loyar2 buruk yang memperlekehkan polis ini di kandang saksi seolah2 mereka ini manusia paling bahlol (bak kata P. Ramlee) di dunia.

Jadi, pada saya kita kena jadi munasabah di sini. Jika kita tak mahu diperlekeh atau dimalukan, polis juga tak mahu begitu. Jika kita berhadapan dengan saksi polis yang jujur contohnya, be gentleman with them. Loyar tak perlu ambil kesempatan. Tapi, kalau ada saksi polis yang cuba menjadi raja lawak, silakan guna apa teknik untuk grill mereka sampai hangus. Begitu juga kalau mereka ni bagus, jujur dan tak menyeleweng, berilah penghargaan sewajarnya (bukan duit kopi radix ye). Give what is due to them.

Having said that, kita tak nafikan seperti dalam profesion lain, wujud pencemar2 duli yang merosakkan keseluruhan susu dalam belanga kepolisian. Saya sendiri pernah bergaduh dengan saksi polis berpangkat ACP (bukan prebet tawil) yang terlalu ego dalam menjawab soalan dan memandang loyar penuh prejudis seperti sampah. Hasilnya, beliau telah terkena jurus sniper atau penembak tepat saya atas batang hidung beliau.

Saya limitkan setakat itulah contoh2 keburukan yang ada dalam bidang kepolisian ini. Lain2 samalah seperti loyar, dalam polis ada juga loyar buruknya. Pokok pangkalnya mudah sahaja; berlembutlah dengan yang baik itu namun bersilatlah dengan yang buruk itu. Nescaya anda akan dapat menghargai profesion lain selain profesion anda yang mungkin tidak seempuk profesion anda sendiri. Pandangan peribody saya terhadap polis; presumed them as good cop unless they show that they are the rottten ones. Wassalam.

Comments

  1. salam imam

    aku tak amik kisah sgt pasal good cop or bad cop or even robocop! yang aku tau tau aku takut polis. tatau la kenapa. jadi mcm phobia gitu. walaupun jurus legal aku ni dah diamalkan dekat sepuluh tahun! ada tak istilah phobia polis?

    nak pulak bila dah ada dalam profession ni, we know they could do anything under the sun if they want to. ada sahabat2 seloyer kita yang kata PDRM is no longer suitable as Polis Diraja Malaysia as it is now Plis Raja di Malaysia in which I sincerely have no objection against it!

    btl la peribahasa melayu, kerana nila setitik rosak susu setrailer... aku berusaha utk kikis perception tu dari minda aku tapi ternyata jurus2 aku blm cukup ampuh. nak wat camana imam? wat bodo je la kut...

    ReplyDelete
  2. Salam saudara doremon,

    Memang sukar untuk mengikis tanggapan buruk terhadap polis. Apatah lagi track rekord mereka sejak dua menjak ini tak berapa comel. Sebagai loyar kita tak patut takut sebab kita tahu apa batas yang polis boleh buat. Kalau ada yg melampaui batas tu dah di luar kawalan kita. Berani mati tak mati doremon. Saudara doremon kalau nak berbicara lebih panjang ttg hikmat2 dgn saya bolehlah add saya di facebook. TQ

    ReplyDelete
  3. kawe dok reti paka lg FB tu. juruh dok sapa lg ime, tapi kawe ada account FB jugok he he he. dok tahu guno jah...

    ReplyDelete
  4. Salam saudara doremon,

    Mula2 memang agak susah sikit tapi lama2 ketagih jadinya FB ni. Senang sikit berinteraksi dan boleh masuk unsur2 kekomikan.

    ReplyDelete
  5. POLIS ...OOOO.....POLIS

    EH.... NAK BODEK NI LOYAR BERJURUS NIH....

    SAYA TELAH MENELITI KATA-KATA LOYAR BERJURUS DARI ETIKEL BERTAJUK GOOD COP BAD COP......ADA YANG BETULNYA KATA-KATA BELIAU Saya tak pernah jadi polis. Malah saya juga tak pernah bercita2 hendak jadi polis. walaupun saya minat menonton siri "Chips" semasa saya kecil. Tapi sedikit sebanyak saya tahu bahawa ramai yang tak tahu kesusahan dan jerit perih menjadi seorang polis. Tidak sedikit pula anak guam saya merupakan anggota polis....
    APA-APA KETERANAGAN YANG LOYAR BERJURUS SAMPAIKAN ADALAH SATU KEHIDUPAN ZAMAN SEKARANG ..ZAMAN METROPOLITAN..IAITU ZAMAN MENGUNAKAN KUASA POLITIK UNTUK MENDAKWA SESEORANG ..DISINI SAYA TAK INGIN BERUCAP BEHUJAH PANJANG LEBAR DENGAN APA YANG LOYAR BERJURUS KATAKAN HANYA UNTUK MEMBERI NASIHAT KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA KERANA TIADA SIAPA YANG DAPAT MENJAGA DIRI ANDA JIKA ANDA DI DAKWA HANYA ANDA SAJA YANG DAPAT MENJAGA DIRI ANDA POLIS HANYA MENJALANKAN TUGASNYA MEREKA DI ARAH MUNGKIN KERANA TERPAKSA ..JANGAN SALAHKAN POLIS INI SEBENARNYA YANG HENDAK DI PERKATAKAN LOYAR BERJURUS....
    TENUNG-TENUNGKKANLAH FIKIR-FIKIRKAN LAH DAN MERENUNG ..

    DARI PENGERAN CIKPUAN MUDA SHAMSIAH (ADMIN SANUSI SUN)

    ReplyDelete
  6. Salam admin sanusi sun,

    Terima kasih atas feedback anda. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA