Loyarberjurus

hanya untuk yang berjurus sahaja

Thursday, July 30, 2009

GOOD COP BAD COP




Salam,

Jika anda pernah menonton filem "The Rock" lakonan mantap Nicolas Cage dan Sean Connery, anda pasti ingat babak di mana Cage cuba membawa watak "good cop" memujuk Connery infiltrate alcatraz dari kawalan "pengganas" diketuai Ed Harris. Namun dalam filem The Pink Panter pula Steve Martin atau Inspektor Jacques Clouseau menjadi kedua2nya sekali!; "good cop" dan "bad cop" sekaligus terhadap saksi yang sama.

Jika loyar dicop dengan panggilan loyar buruknya, polis juga ada panggilan2 manjanya oleh orang awam. Antaranya "anjing kerajaan", "barua", kaki sapu dan macam2 lagi. Sehingga ada seorang blogger (bukan saya) yang telah menukarkan lambang PDRM dgn lambang anjing sedikit masa dahulu.

Saya bercakap hasil pengalaman saya ter-kerjasama (maknanya kerjasama yang terpaksa) dengan pihak polis semasa bergelumang sebagai seorang dpp sehinggalah sekarang sebagai seorang loyar. Dalam apa jua profesion, wujud golongan berjurus dan wujud juga the dark side (ba ba black sheep). Polis juga sama, ada yang baik (ramai yang baik sebenarnya) dan ada juga yang samseng kampung dusun. Oleh itu, sebagai orang yang waras, dan munasabah, adalah tidak adil untuk membakulsampahkan semua polis, pin point sahaja yang teruk itu dan leave the rest yang baik pula.

Saya tak pernah jadi polis. Malah saya juga tak pernah bercita2 hendak jadi polis. walaupun saya minat menonton siri "Chips" semasa saya kecil. Tapi sedikit sebanyak saya tahu bahawa ramai yang tak tahu kesusahan dan jerit perih menjadi seorang polis. Tidak sedikit pula anak guam saya merupakan anggota polis.

Saya bagi contoh, pagi ini semasa mengendalikan kes oral sex Pegawai JAIS, pegawai penyiasat kes dilihat dalam keadaan blurr dan kepeningan (ini belum saya cross ni). Apabila hakim interrogate (tidak sehingga jam 3.45 pagi sudah pastinya), nyatalah bahawa saksi polis ini sudah tidak tidur lebih 24 jam dan baru selesai menyiasat satu kes yg besar. Hakim yang penuh budiman membenarkan kes ditangguh atas alasan kemanusiaan ini.

Pendek kata, polis juga manusia dan bukannya robot atau scarecrow. Sering berlaku di mahkamah adalah polis diserang dari 3 penjuru. Serangan dari segelintir hakim yang obses mengejar KPI seperti ugutan waran tangkap, krtikan2 tak membina dan sesi memalukan polis di dalam mahkamah akibat kekurangan yang berlaku dlm kes seperti saksi yang ghaib. Serangan juga daripada segelintir DPP yang terlalu setia berkhidmat dan mempunyai hobi memaki hamun polis lagak seperti cikgu bedah. Serangan juga daripada loyar2 buruk yang memperlekehkan polis ini di kandang saksi seolah2 mereka ini manusia paling bahlol (bak kata P. Ramlee) di dunia.

Jadi, pada saya kita kena jadi munasabah di sini. Jika kita tak mahu diperlekeh atau dimalukan, polis juga tak mahu begitu. Jika kita berhadapan dengan saksi polis yang jujur contohnya, be gentleman with them. Loyar tak perlu ambil kesempatan. Tapi, kalau ada saksi polis yang cuba menjadi raja lawak, silakan guna apa teknik untuk grill mereka sampai hangus. Begitu juga kalau mereka ni bagus, jujur dan tak menyeleweng, berilah penghargaan sewajarnya (bukan duit kopi radix ye). Give what is due to them.

Having said that, kita tak nafikan seperti dalam profesion lain, wujud pencemar2 duli yang merosakkan keseluruhan susu dalam belanga kepolisian. Saya sendiri pernah bergaduh dengan saksi polis berpangkat ACP (bukan prebet tawil) yang terlalu ego dalam menjawab soalan dan memandang loyar penuh prejudis seperti sampah. Hasilnya, beliau telah terkena jurus sniper atau penembak tepat saya atas batang hidung beliau.

Saya limitkan setakat itulah contoh2 keburukan yang ada dalam bidang kepolisian ini. Lain2 samalah seperti loyar, dalam polis ada juga loyar buruknya. Pokok pangkalnya mudah sahaja; berlembutlah dengan yang baik itu namun bersilatlah dengan yang buruk itu. Nescaya anda akan dapat menghargai profesion lain selain profesion anda yang mungkin tidak seempuk profesion anda sendiri. Pandangan peribody saya terhadap polis; presumed them as good cop unless they show that they are the rottten ones. Wassalam.

Tuesday, July 28, 2009

PRELUDE KEPADA INQUEST MENDIANG TEOH BENG HOCK




Salam,

Pada hari Rabu, 29 Julai 2009, sekali lagi Kompleks Mahkamah Shah Alam akan dikerumuni oleh orang ramai. Berbicara dengan pak guard yang setia menghalang kereta2 untuk naik apabila parking full dengan lambaian keramatnya; beliau meramalkan inquest ini akan mengalahkan kes C4 dari segi keramaiannya. Betul juga, saksi SPRM sudah berpuluh2, peguam dan pembantu juga berpuluh2, wartawan2 juga berpuluh2, ahli keluarga dan penyokong pihak2 berkepentingan juga akan ramai sekali.

Saya tidak berminat untuk terheret sama dengan para penulis lain mengulas mengenai maksud dan peruntukan undang2 yang sudah sedia termaktub mengenai inquest. Saya juga tidak ingin turut serta menghentam Peguam Negara berkenaan alasan bijaksana beliau mengapa perlunya ada sampai 2 forum iaitu inquest dan Suruhanjaya (bukankah less is more?), walaupun saya masih mencari2 wisdomnya penjelasan itu di mana. Biarlah saya berkongsi mengenai inquest ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengendalikan beberapa inquest sebelum ini dan juga pengamatan saya akan keberkesanan (atau ketidakberkesanan?) sesuatu inquest.

Pertamanya, inquest bukanlah satu perbicaraan. Ini bermakna trio yang terlibat bukannya hakim, pendakwaan dan pembelaan. Takda dakwa dakwi sini saudara saudari. Sebaliknya ia merupakan suatu siasatan untuk mengetahui punca kematian dan sebab2 yang membawa kepadanya. Jadi, pihak yang terlibat bukanlah bersifat "adversarial" atau berlawanan sebaliknya bersifat "inquisitorial" atau saya maknakan sebagai bersiasat-siasatan. Trio yang terlibat adalah koroner, DPP yang membantu koroner dan peguam yang mewakili pihak-pihak yang berkepentingan.

Antara contoh inquest yang saya sendiri terlibat adalah berkaitan 2 orang awam yang ditembak mati oleh polis ala2 alcapone sedangkan dadah yang disyaki dibawa tidak dijumpai dan inquest seorang doktor yang mati akibat denggi tetapi ahli keluarganya mengesyaki beliau telah diracuni oleh suaminya sendiri. Antara contoh inquest yang popular pula adalah melibatkan Francis Udayapan yang terjun ke dalam Sungai Klang.

Persoalannya, secara praktikal atau relitinya apakah yang benar2 berlaku di dalam sesuatu inquest? Watak utama dalam inquest adalah koroner, sebab itulah pemilihan koroner sangat penting. Sefaham sayalah, orang yang sepatutnya menyoal saksi2 yakni menjadi tukang menanya adalah koroner sendiri manakala pihak lain hanya membantu. Praktikalnya, its the other way around. Koroner hanya membisu sepanjang prosiding dan membenarkan watak2 extra menguasai gelanggang. Pengalaman saya juga ada koroner mengendalikan inquest seperti menjalankan kes2 harian yang rutin.

Ini tidak boleh berlaku. Walaupun majistret itu kurang pengalaman sekalipun dan tidak pernah menjadi DPP, sekurang2 nya beliau mesti tahu nature sebenar sesuatu inquest dan bagaimana hendak mengawal suasana. Apatah lagi, inquest biasanya akan dizoomkan setiap zarah oleh media dan pemerhati2 dan biasanya pihak2 yang terlibat samada DPP atau peguam adalah mereka yang senior, pakar dan sudah tentu berjurus.

Koroner tidak boleh menjadi tukang penjaga masa on the bench. Kawalan yang tegas dan adil terhadap semua pihak mesti dilaksanakan. Jika tidak inquest akan menjadi panggung anak wayang atau cerekarama nanti. Terkadang juga wujud isu2 yang highly technical dan luar dari skop undang2 seperti medical, ballistic, forensic, dll. Antara isu teknikal yang pernah saya lalui dalam inqest adalah perkembangan virus denggi dari A to Z dan simptom2nya serta apa yang dinamalan prinsip ricochet berkenaan peluru yang ditembakkan. Jadi kalau tidak banyak, sedikit pun mestilah koroner ini mempunyai ilmu atau sekurang2 nya nampak berilmu (learned or seen to be learned?!) Bukan mudah bukan menjadi koroner?

Selalunya di dalam inquest akan wujud pertembungan antara peguam pihak2 yang dikatakan berkepentingan itu. Mana tidak, kepentingan masing2 bertembung di antara satu sama lain. Masing2 akan melancarkan jurus masing2 seperti pucuk yang dilancar dan saling bercakaran untuk menegakkan benang basah sendiri. Kadang2 di sebalik inquest juga wujudnya civil suit terhadap pihak kerajaan atau pihak polis oleh keluarga si mati. Ini semua mewujudkan drama di dalam inquest. Selalunya aksi2 atau the mini battles yang berlaku ini menyimpang dari asas sesuatu inquest itu dijalankan sendiri.

Seperkara lagi pada pengamatan saya, ramai peguam yang bulldoze sahaja berkenaan hak dalam mewakili pihak2 berkepentingan. Selalu yang berlaku adalah peguam2 watching brief ini bertelagah sesama sendiri walhal dpp dan koroner sendiri sekadar menjadi penonton setia anda. Keadaan ini bolehlah dianggap seperti pelakon ekstra cuba menjadi hero. Sebenarnya hanya pihak2 yang benar2 berkepentingan sahaja yang wajar diberi "right of audience" yang memberi hak menanyakan soalan kepada saksi dan akses kepada dokumen terlibat. Sebaliknya, peguam2 yang lain bolehlah diberi hak sebagai "watching brief" yakni seperti namanya adalah untuk datang mencukupkan korum sahaja; lihat (watch) dan sekejap (brief). Malangnya, apa yang pernah saya tempuhi adalah koroner sendiri tidak faham perbezaan ini, loyar yang menangguk di air keruh dan DPP yang banyak menggunakan jurus play safe. Maka apa yang terhasil bukanlah inquest tetapi satu lagi babak dalam drama perbicaraan yang berlaku di mahkamah saban hari.

Jadi, untuk inquest Teoh Beng Hock yang akan bermula esok, harapan saya agar koroner yang dilantik akan mengendalikannya dengan penuh kesabaran, ketegasan, kewarasan dan kesaksamaan untuk mengelakkannya menjadi satu pengalaman yang menyeksakan, menyakitkan, menakutkan atau memalukan. Dan saya yang akan terlibat secara langsung sebagai salah seorang peguam mewakili Bar Council berharap inquest yang akan berlangsung kelak akan menjadi satu wadah untuk mencari keadilan yang ditagih oleh keluarga mendiang dan seluruh pencinta keadilan, dan bukannya satu lagi episod sandiwara atau PR exercise oleh pihak berwajib.

Sebagai penutup cukuplah saya quote kata2 YA Suriyadi dalam penghakiman beliau terhadap rayuan ke atas keputusan koroner di dalam kes tembakan Kg Neting yang saya hadiri semasa chambering dahulu;

"Expanding from there, I was quite stunned by the format of the magistrate's decision as it bordered on the preparation of the defense of the police over zealousness. In fact it was not a decision that could be construed as a verdict but a ground of decision, based on a non-verdict. At worst he could have merely recorded that the deaths were caused by misadventure, as a result of multiple shot wounds on the heads and bodies, but unfortunately had failed to do so. It must be borne in mind that if there were to be uncertainty on certain parts of the inquiry, like when or where he died etc. but with there being sufficient evidence to record how he died, a verdict of misadventure must be handed down. If in the case of Re Davies (dcd) [1967] 1 All ER 688 death caused by sleep-walking hence an accident, could justify a verdict of misadventure, surely in this case it was more than qualified to be categorized as such. Even the very basis of the finding, that no criminal act had been committed seemed to be founded on shaky grounds, as that conclusion went against the grain of the evidence. As dissected earlier, there was no cogent proof to confirm of any shots having been fired from the van vis-a-vis the accurate shots of the police."

Kes asal boleh dilihat di sini.

Wassalam.

Monday, July 27, 2009

TRAGEDI SEEKOR BABI DI PUTRAJAYA



Salam,

Penulis buku "Buat Duit Dengan Blog" ada mengingatkan penulis blog agar tidak menulis perkara peribadi untuk membuat duit melalui blog. Katanya, ia hanya mampu memberi kelegaan jiwa kepada penulis tetapi kurang diminati pembaca. Tapi saya bukan hendak membuat duit dan saya memang perlukan sesuatu untuk melegakan jiwa saya.

Kira2 3 jam lepas, saya terlibat dengan satu kemalangan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Saya terlanggar seekor babi yang tiba2 memecut melintas jalan. Kereta viva sebelah saya berjaya mengelak tetapi saya bertembung dengan babi itu. Alhamdulilah saya berjaya mengawal kereta yang terbabas. Hasilnya; satu nyawa melayang (babi) dan satu kereta mengalami kecederaan hampir parah di depan.

Apa signifikannya tragedi berdarah ini? Bagi saya seorang individu muslim, ini satu rahmat dari Allah kepada saya. Mudah untuk kita menganggap yang negatif; kenapalah aku ikut jalan ni, kalaulah aku balik lambat sikit, berapa ribu lah nak baiki kereta aku, esok nak kena samak lagi dan macam2. Kita patut melihat yang "nasib baiknya" itu; mujurlah bawa kereta slow, mujurlah babi tu tak terlalu besar, mujurlah otak sempat fikir nak kawal kereta yang terbabas, mujurlah kereta viva tu tak "swerve" ke arah kereta aku dan macam2 lagi. Lantas seperti yang ibu saya nasihatkan melalui telefon tadi, sampai sahaja di rumah, terus mandi dan sembahyang serta sujud syukur.

Tak percaya ia berlaku di Putrajaya? Saya pun begitu, saya ingatkan orang atau ha alif nun ta wau mula2nya. Pihak polis maklumkan ini kes kedua berlaku minggu ini. Saksi di tempat kejadian Jimi Talib sempat membuat lawak yang babi itu melintas tak sabar2 nak komplen sesuatu kat pejabat gomen takut2 esok tak sempat! Tak ada papan tanda ke mengenai waktu pejabat gomen sampai pukul berapa? Bukan hari ni hari Ahad ke?

Apa yang saya dapati adalah betapa "swift" sekali tindakan pihak berwajib. Dalam masa 5 minit sahaja, pihak polis, Perbadanan Putrajaya malahan "panel" mekanik dah sampai. Nampaknya mereka mungkin tak mahu ada pemimpin negara yang "kemalu2an" esoknya akibat wujudnya bangkai babi di Putrajaya. Ini boleh jadi isu nasional! Dalam masa 10 minit babi juga telah berjaya diketepijalankan dan pihak polis senang hati sekali apabila saya beritahu yang saya tidak mahu membuat report. Mungkin mereka risau yang saya akan menyaman mana2 pihak. Ye lah ini bukannya Grik atau Jeli. Ini adalah PUTRAJAYA. Itu mereka belum tahu yang Jimi Talib adalah loyar tersohor yang baru keluar TV menyaman polis minggu lepas!

Begitulah hidup kita.Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada pengajarannya pasti ada hikmahnya pasti ada isyaratnya, walaupun ia datang daripada seekor babi. Saya bersyukur dan berterima kasih atas pengalaman ini. Wassalam.

Saturday, July 25, 2009

AIR MATA KEINSAFAN?




Salam,

Payah menjadi loyar jenayah ini. Anda dipanggil loyar buruk (standard), mata duitan, dikatakan pembela penjenayah dan juga dikatakan penyumbang kepada peningkatakan kadar jenayah negara. Saya percaya seorang peguam jenayah sahaja yang kerjayanya adalah; semakin anda bagus maka semakin ramai pula yang tidak menyukai anda. Seorang ahli politik termasuk dalam exception to this general rule.

Jadi, apakah yang menjadi pengubat jiwa yang manjalara bagi seorang peguam jenayah? Fees yang tinggi? Kereta yang besar? Isteri yang tidak berapa besar? Pergi ke mahkamah dipandu oleh supir? Menjadi seorang penyabit di padang2 ragut (golf la tu) terkemuka? Dapat melalak atau melolong di kara-tak-ok langsung? Semua itu mungkin ya bagi orang lain tetapi tidak bagi saya. Banyak lagi perkara yang membuatkan anda puas hati, tersenyum puas dan menyanyikan lagu hindustan di dalam kereta (walaupun anda benci filem hindustan).

Hari ini, berlaku lagi saat2 yang magic itu. Saya berada di mahkamah untuk satu hujahan di akhir kes pendakwaan. Namun selepas selesai pihak2 berhujah, tanpa apa2 sebab atau tekanan dari CJ yang baru, hakim telah serta-merta memberikan keputusan untuk membebas dan melepaskan anakguam saya. Ketika itulah terdengar suara tangisan dari galeri awam dari keluarga OKT diiringi ucapan alhamdulillah, terima kasih, ya Allah. Apabila saya berpaling saya lihat mereka berpelukan kegembiraan dalam tangisan itu. Salah seorang ahli keluarga OKT (yang lelaki la) terus bersalam dan memeluk saya tanda terima kasih.

Reaksi OKT pula? Tersenyum sambil menahan sebak. dalam keadaan tergezut itu. Sebelum mahkamah bermula beliau ada meminta kepada saya dicepatkan tarikh agar dapat beraya di rumah tahun ini (sudah 3 tahun beraya di kem motivasi Sungai Buloh). Selepas bersalam dengan saya, beliau hanya berkata mungkin ini berkat doa dan sembahyang saya.

Apa yang saya sebagai seorang peguam jenayah dapat? Gembira rekod tanpa kalah saya berterusan? Risau sebab ada lagi fee saya yang belum dijelaskan? Bangga sebab terasa diri hebat dan terjulang? Bukan, saya hanya berasa puas hati sebab dapat memberikan peluang untuk seorang itu kembali ke pangkuan jalan, balik bersama keluarga dan cuba menjadi orang dan bukannya menjadi setan.

Jika usaha saya menyebabkan OKT telah benar2 berubah, maka saya bersyukur dapat membuka jalan keinsafan itu. Jika sebaliknya, maka saya rasa puas kerana telah menjalankan tanggungjawab saya memastikan pihak pendakwaan membuat kerja mengemukakan keterangan yang cukup untuk mensabitkan OKT tanpa membulldozekan sesiapa. Juga saya telah memastikan sistem perundangan yang tidak Islamik dan penuh dengan ruang2 kezaliman ini, ditegakkan seadilnya. Fortunately seperti kes-kes yang lain juga, keterangan yang ada adalah tempang untuk berdiri sendiri bagi mencapai satu sabitan. Dan saya akan tetap dapat tidur dengan nyenyak tiap2 malam alhamdulillah. Wassalam.


Wednesday, July 22, 2009

ISA CREEPING INTO OUR COURTS?




Salam,

1) "Awak bagitau hakim mahkamah satu lagi yang saya nak jalan kes saya walaupun kes dia lagi lama, saya lagi senior dari hakim itu"
2) "Saya tak kira kalau peguam ada High Court ke Court of Appeal ke, kes saya saya nak jalan jugak"
3) "Saya tahu hari ni sebutan tapi saya free minggu depan dan saya nak bicara jalan minggu depan, kalau nak ikut jadual peguam tahun depan pun tak free"
4) "Saya tahu sekarang dah 5.30 petang tapi kalau sambung sampai night court pun saya tak kisah, apa masalahnya peguam teruskan"
5) "Saya dapat arahan dari orang atas untuk benarkan penangguhan sambung bicara selama 2 minggu sahaja, kenapa peguam ambil terlalu banyak kes?"

Familiar with all these remarks made by the bench lately? I'm sure some of you whether its from the prosecution or the defence that have encountered with those kinds of remarks. And surely when your polite request or explanation was thrown into the dustbin by the bench, you felt that they are using the ISA (Ikut Suka Aku).

To be fair and truly, these type of judges or magistrates represents only the few minority. Most of the people on the bench are reasonable, fair and more than willing enough to accept reasonable explanation from parties involved. But hey I'm not talking about the good ones here, (leave Puji-Pujian to Raihan Nasyeed group), after all there are also many loyar buruks and unreasonable dpps out there.

To begin with, I still can't understand why on earth that these few judges are too obsessed with statisics, KPI, and "observation" from those above them. I even had an experience where the judge ask the lawyer to ask for an adjournment although the court itself is not free, so that the record won't show that it's the court who is responsible for the delay. For the court or prosecution to record an adjournment from themselves are regarded as a major sin now.

I believe the bench must strike a balance between 2 extremes; to comply and follow the ultra-strict directions from superiors and the exercise of their own discretion fairly towards all parties. A fair judge who are willing to listen, try to weigh the reasoning given by parties as well as being tough against irresponsable lawyers; will definitley gain respect from all quarters in no time.

These kind of obsession towards preserving or potraying a clean record for statistical purposes only, will definitley lead to unreasonableness and later injustice towards parties involved. Pressing for cases to be disposed a.s.a.p is a good step forward provided parties are given reasonable time to prepare and conduct the trial.

I share the stress faced by dpps attached to these courts lately. They have to conduct cases non-stop and aren't given too much room and space even to breath. Similarly for the defence, directing cases to go on hurriedly might prejudiced the client as the lawyer might not be available. Same judges nowadays even insist on cases to proceed even when the counsel in unavailable with valid reason and has sent letter asking for adjournment.

I still believe that there are many good judges who sit on the bench always with an open mind and try their level best to perform as a judge. I also believe that to be a judge is not an easy task. Having said that, my worry is the ISA prone judges are also on the rise. After all, we are mentimuns and they are durians. Please, have some heart, be fair to others. There may come some time where the bench itself is not free, unavailable or even fell sick. Must we (the defence and dpps) then return the favour then by pressing for the case to proceed without fail? Respect is earned and not demanded. Wassalam.

Monday, July 20, 2009

STRESS MANAGEMENT ON THE ROAD (LOYARBERJURUS STYLE)






Salam,

Pernahkah anda berhadapan dengan road bully atau dengan seangkatan dengannya? Bagaimana dengan orang yang tiba2 hendak berlumba dengan anda di trafik light ala2 the fast and the furious? Ataupun pemandu skima yang berhenti mengejut di tengah jalan sebab hendak menjawab panggilan telefon? Bagaimana pula mereka yang tak pandai menggunakan round about yakni mengharamkan diri mereka berhenti sebaliknya jalan terus? Macamana pula pemandu yang membawa kereta 50 km/sejam di laluan laju? Pernahkah juga ada tersangkut di belakang pemandu kereta yang tidak tahupun keretanya ada back mirror dan side mirror walaupun anda dah bagi lampu berkali2 untuk memotong? Bagaimana pula pemandu rally yang nak menyondol kereta anda dari belakang dan cuba mencilok walaupun kereta yang dia pandu itu sebesar Hummer?

Percayalah, semua itu pernah saya lalui. Ini belum lagi pengalaman dipotong Q di drive tru counter di pejabat pos dan KFC. Apa yang selalu kita responskan? Diam, menyumpah dan mengetap bibir adalah antara yang standard. Hasilnya anda akan menyimpan dendam kesumat dan kebaranan anda itu dan mungkin lebih buruk anda melepaskannya kepada pihak2 lain yang tidak berdosa kemudiannya seperti kepada anak2, suami/isteri, kucing di rumah ataupun remote astro anda.

Ada beberapa cara untuk mengkesampingkan kemarahan dan kebengangan anda itu. Bak dalam tai chi mahupun aikido, ia boleh dialirkan kelain atau transformkan saja ia ke bentuk yang lain. Berikut antara cadangan dari saya untuk memastikan kecapaian maksud itu;

1) Turun sahaja dari kereta anda dan mulakan sessi taaruf dengan pemandu yang memotong Q tersebut. Mulakan dengan asal-usulnya, kerjayanya, taraf pendidikan sehinggalah dia terasa yang anda sebenarnya nak menegur dia yang telah memotong Q. Percayalah ada mereka yang seumur hidup tidak pernah ke drive tru counter, jadi tegur kena berhikmah.

2) Buka cermin kereta anda dan jenguk muka and serta tunjukkan tangan ke langit. Cara ini sesuai bagi mereka yang tanpa apa2 sebab hendak berlumba dengan anda di traffic light atau yang jenis suka menderum2kan enjin motorbot mereka. Dengan cara ini, mereka akan terasa mereka tidak berjaya mencabar anda dan anda ada perkara lain yang lebih penting untuk dijenguk iaitu di atas langit.

3) Lihat wajah insan tersayang jika mereka ada dalam kereta bersama2. Seperti kata kumpulan Westlife di dalam lagu mereka Flying Without Wings;

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete

You find it in the strangest places

Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children

Some find it in their lovers eyes
Who can deny the joy it brings

When you find that special thing

You're flying without wings


Jadi, dengan melihat wajah mereka di saat anda sakit hati dengan perangai pemandu lain dan bengangkan muka mereka yang takda sinar itu, Insyaallah anda akan merasa tenang. Kalau boleh suruh anak anda melambai2 kepada pemandu tersebut dan mesti dia pula yang akan menjadi bengang.

4) Pasanglah lagu2 yang boleh menenangkan jiwa didalam kereta anda. Ini boleh membelai jiwa dan mendamaikan perasaan. Contohnya anda boleh cuba dengar lagu selimut putih (menginsafi kematian), lagu ayah atau buatmu ibu kumpulan aeman (mengingati jasa ibu bapa) atau pasang saja lagu2 instrumental Kenny G. Jika itu juga tidak berhasil anda bolehlah pasang lagu2 batu keras (hard rock) untuk menghilangkan perasaan marah itu seperti lagu Derap Komando oleh Search ataupun lagu rock kapak seperi Kain Cinta Putih oleh Putra. Pokoknya, anda mesti melupakan insiden tadi dan bawa diri anda ke alam yang lain.

5) Kalau semua tips di atas tidak berhasil, maka anda tiada pilihan selain menggunakan jurus terakhir anda iaitu hon kereta. Percayalah dengan menghonkan mereka yang tidak berjurus ini sekurang2 10 saat tanpa henti atau pun 5 kali bertutur2 akan menghilangkan stress anda serta-merta dan kepuasan akan terbayang di raut wajah anda. Tapi berhati2 pastikan pemandu itu lebih kecil dari anda, balai polis ada berdekatan ataupun anda pasti kereta anda lebih horse power dari keretanya.

Panduan2 di atas mungkin seperti ada yang tak lojik tapi jika ada kesempatan cubalah mana2 yang bersesuaian. Mana tahu 25% hidup anda yang dihabiskan di dalam kereta anda (tersangkut dalam jem) dapat anda rasakan kepuasan dan keberbaloiannya. Wassalam.

Sunday, July 19, 2009

MU v MALAYSIAN XI ; LESSONS TO BE LEARNED



Salam,

I have a confession to make; I dont like MU. I even joined anti-MU fan club. Although I admit that I do admire some of MU players individually like Giggs, Cantona, Evra and mmm... thats about it. That's why the lure and hype of MU coming to our country to play against Rajagopal's team does not convinced me to go to Bkt Jalil though some friends did invite me to join them.

And when Orga, a diehard gunner fan smsed me and informed that astro (owned by pakcik ananda who denied buying my NUFC) was showing the game live; I didnt even bother to rush to the tv. Combined with my prediction that MU will at least thump our boys 5-0 with my anti MU sentiment, so at last I finally reached in front of my tv on the 30 th minute. By then it was already 2-0. But, I stayed and watched the game until the last minute of the coverage (not the last minute of the game). And I found a few lessons to be learned that can be applied in our life.



1) Size does matter but its the size of your heart that matters most. Majority of our players are even shorter than Wayne Rooney let alone to compare with Van Der Sar, Ferdinand and co. But they battled it out with their hearts out, chasing every ball and use less long ball tactics. In our life we might be handicapped or lacking in something but if we decide to give our best shot, we might achieve something rather than nothing.

2) Fear not your opponent but fear the most if you are not prepared. Rajagopal definitely has been doing some extensive homework and prepared his tactics well. He didnt try to park the bus in front of the goal buat boldly directed his boys to control possession, use short passess and allow them to express themselves. Thats why we got a Thierry Henry strike from Amri Yahyah. Thats why I believe in life there's no such thing as someone born as a winner. However intelligent you are, still without proper preparation, you might turn out to be a loser.




3) Nobody is immune or immortal, everyone has his own weakness. Its upon us to exploit our strength and take advantage of opponent's weakness. MU certainly stuggled in the scorching heat and humidity and Malaysia used some quick paced players for the good. After all when you're are at home you are at least expected not to be defensive. In our daily life, explore our strength and use it for the good. On the other hand, identify opponent's weaknesses and use it to crush them (kejam betul).

4) You may be weak but if you are compose enough you'll survive. One thing very clear from the game; the Malaysian team most of the time was very composed and confident with their game and wasn't ruffled by the megastars. By doing this, youre shifting the burden and pressure to your opponent to overcome your though they initially may have the upperhand. So, aplly it in your life. Don't simply crack under pressure. Presure is good if you can manage it as it gives you the urge to strive more.

Well, we can learn a thing or two even from a football match. Im glad that finally I did post something strictly non legal at all. Wassalam.

Friday, July 17, 2009

LOYAR BURUK DETECTOR




Seorang pakar motivasi terkenal pernah mengutarakan (kenapa tidak mentimurkan?) satu soalan mengenai loyar; bulan berapa yang loyar kurang menipu? Jawapannya ialah di bulan Februari sebab Februari ada 28 hari saja! Nah, buruk dan jelik sekali persepsi masyarakat terhadap seorang loyar itu. Untuk lebih menerukkan lagi keadaan; tag team bagi loyar adalah perkataan "buruk" di saat doktor mendapat ismadi dan inspektor mendapat sahab.

Justru, loyar berjurus dalam usaha mengikis persepsi negatif ini menyenarai-pendekkan beberapa indikator (maknanya banyak lagi) seorang loyar buruk.

1) Melenggang ke mahkamah- Mahkamah bukanlah pasar malam atau kelas tuisyen. Sila bawa beg yang sesuai sebagai seorang loyar. Elakkan beg pengakap, beg ahli payung terjun mahupun beg plastik. Imej hendaklah dijaga. Kalau ini pun tidak mampu dibuat, maka bagaimana hendak menjaga profesionalisme sebagai loyar?

2.Amalan menyuruh anakguam MOB (mention on behalf)- Anak guam adalah anak guam walaupun beliau seorang loyar sekalipun. Sikap suka mengular (snaking) dari menghadiri mahkamah ini sangat buruk (kan dah buruk dah) dan memberi tanggapan samada loyar itu terlalu tamak, tidak bertanggungjawab ataupun selalu bangun lambat. Ayat standard bagi loyar begini yang keluar melalui mulut anak guam ialah; loyar bilang dia tak senang.

3.Tabiat suka berjanji palsu- Insaflah bahawa loyar bukanlah ahli politik yang boleh menjanjikan langit dan bumi kepada anakguam. Adalah normal bagi loyar ditanya adakah boleh menang kes. Saya selalu menjawab; selagi hakim tidak ketuk tukulnya selagi itulah kita belum tahu. Di sini, kelas sastera yang dipelajari semasa sekolah dulu amat berguna sekali. Jawablah dengan penuh prosa kata yang berbunga2 yang menunjukkan kita yakin boleh menang jika betul2 kita yakin, dan sebaliknya jika tidak yakin. Tak serik ke dengar cerita kereta loyar buruk kena simbah asid dengan anakguam?

4.Mengaku mengenali semua orang- Sangat mudah untuk mencekup loyar buruk jika beliau mewar2kan bahawa beliau kenal semua pihak yang terlibat dengan mahkamah. Daripada hakim kepada dpp kepada suami hakim kepada isteri dpp kepada orang bukit aman kepada datuk so and so. Loyar yang perlu berpaut di dahan rapuh dengan mengadaptasi kedudukan orang lain untuk mendapat sesuatu kes bukanlah loyar yang bagus mahupun berjurus.

5.Hobi suka mengugut tarik diri- Kelebihan loyar jenayah adalah proses menarik diri daripada mewakili anak guam adalah semudah menggunakan kad kredit untuk bershopping. Jadi, loyar2 begini selalunya gemar meminta bayaran muka (face payment?) yang tinggi dan kemudiannya mencari alasan untuk bergaduh dengan client sehingga client menjadi fed up dan senanglah untuk menarik diri. Teknik licik ini dikenali sebagai jurus membangkitkan marah dan mengghaibkan diri.

6.Mempunyai free akses- Jika kita melihat seorang loyar itu dengan mudah masuk ke dalam pejabat mahkamah, lokap polis dan mendapat privelege seperti seorang hakim, maka beware mungkin itu adalah umpama trojan horse. Selalunya mereka ini hendak menunjukkan kepada anak guam yang mereka ada direct link dengan pihak yang berautoriti. Kawan2 dalam service hati2lah jangan sampai mereka menjual nama kita sampai kering kontang kemarau sahara jadinya. Juga perhatikan semasa mahkamah bersidang loyar begini dengan sukacita boleh bergerak bebas daripada meja loyar ke meja jurubahasa ke kandang OKT sekalipun.

7.Mempunyai 1001 alasan nak pospon kes- Percaya atau tidak ada berpuluh2 alasan boleh dikemukakan oleh loyar untuk pospon kes mereka? Yang terkini dan legal pulak tu adalah dengan bersandarkan kepada Seksyen 51A CPC padahal sebelum ada seksyen ini pun tak pernah dibisingkan pun jika dokumen tidak diserahkan lebih awal. Loyar begini antaranya bolehlah dipanggil loyar sebutan, loyar reman atau non-bicara punya loyar. Bukannya tidak boleh kalau kita tidak ingin maju dan membataskan karier kita setakat peringkat pre-trial sahaja. Namun, janganlah berjanji berdegar2 kononya hebat seperi Karpal Singh atau Azizzul Shariman semasa hendak mendapatkan kes itu.

Jadi loyar2 sekalian serta bakal loyar, berhati2 di jalan raya. Elakkan sikap2 di atas dan jika perasan mana2 antara satu yang mula menyelinap ke dalam sanubari kenalan kita maka sekehlah dia sekali untuk mengembalikan dia ke jalan yang lurus. Wassalam.

Wednesday, July 15, 2009

SAKSI YANG MENYEKSAKAN




Salam,

Bagi yang tidak terlibat dengan arena kemahkamahan, kehadiran di mahkamah mungkin dianggap sesuatu yang menakutkan. Ini adalah sesuatu yang normal. Percayalah, para peguam yang hebat bagaimanapun akan berasa kecut perut apabila berada di lokasi yang bukan gelanggang mereka seperti di hospital atau klinik gigi.

Jadi, wujud pelbagai jenis saksi yang boleh dilihat di mahkamah. Ada yang melucukan, ada yang menyakitkan hati, ada yang boleh membuat anda tersenyum dan ada pula yang anda kesian terhadapnya. Berikut antara kategori saksi yang terlintas di minda separa sedar saya;

1) Saksi penghafal skrip
- Kebiasaannya saksi-saksi begini melibatkan saksi polis. Kita boleh lihat sebelum mahkamah bersidang mereka biasanya tekun menghafal report, statement atau ID masing-masing. Yang pernah berlaku adalah mereka memberi keterangan mengenai kes yang lain kerana terlalu banyak skrip untuk dihafal. Pernah berlaku di zaman dahulu kala, saksi2 ini diberikan soalan dan jawapan sekali untuk dihafal. Para dpp yang melatih mereka bolehlah dianggap setaraf dengan the spesel one; jose mourinho.

2) Saksi profesional yang tidak berapa profesional
-Wujud kalangan saksi profesional samada dari pihak polis atau sebagainya yang ada sifat tidak profesional walaupun mereka adalah saksi profesional. Selalunya mereka tidak akan bersetuju dengan apa sahaja cadangan peguam walaupun pada perkara yang terang dan nyata. Contohnya mereka lebih rela menjawab "saya memilih untuk tidak menjawab soalan peguam" daripada bersetuju dengan peguam. Saksi2 seperti ini mungkin pernah bercita2 hendak menjadi seorang peguam semasa di sekolah rendah.

3) Saksi yang...eh sapa pulak loyar ni nak mengajar aku apa hal
-Kita sedia maklum bahawa ramai di kalangan peguam bukanlah top scorer atau best student semasa di sekolah atau universiti. Mereka yang cemerlang biasanya mengambil jurusan sains dan menjadi doktor, ahli kimia dan sebagainya. Tetapi apabila dipanggil ke mahkamah, bekas top scorers ini cuba ditunjuk ajar atau dicucuk hidungkan oleh peguam yang biasanya lemah dalam matematik itu?! Hasilnya terjadilah adegan tarik tali dan saling menjegilkan mata antara peguam dan saksi yang menganggap diri mereka terrorist ini.

4) Saksi yang gabra tahap gaban
-Kategori ini biasa wujud di kalangan saksi awam yang tidak pernah mengalami suasana yang menyeramkan di mahkamah. Dengan hakim yang garang, dpp yang baru saja sound mereka dengan suara ala2 jeneral serta loyar yang menunggu2 peluang untuk mengkoyak-rabakkan mereka; bunyinya memang menakutkan. Selalunya saksi sebegini akan mengeluarkan sound efek seperti bercakap 100 km/sejam, meminta mengulangkan soalan sekurang2nya 4,5 kali, meminta ke tandas setiap 15 minit atau meminta minyak angin dari hakim kerana sudah fenin lalat.

5) Saksi overacting
-Di dalam sesuatu perbicaraan, saksi utama adalah pengadu. Dalam kes rogol contohnya pengadu adalah mangsanya manakala dalam kes dadah pula pengadu adalah anggota serbuan. Namun, ada segelintir saksi pak pacak atau tukang pegang tombak ini memberi keterangan melampaui keterangan pengadu sendiri. Kadang2 wujud unsur2 dramatis atau penglipurlara umpama cerita sivaji lagaknya. Saksi extra ini selalunya nampak, dengar atau lihat kejadian lebih dari orang yang berada di tempat kejadian. Saksi sebegini boleh dipanggil saksi dengan kebolehan 6th sense juga.

6) Saksi yang amnesia atau saksi skema
-Sesetengah saksi mudah dijangkiti virus hilang ingatan apabila berada di kandang saksi. Virus ini anehnya hanya menyerang apabila ditanya perkara2 yang menguntungkan pihak lawan. Antara simptom2 virus berbahaya ini ada kegemaran menggunapakai jawapan yang skema iaitu "saya tak pasti". Simptom yang lain adalah kehebatan mengecam OKT yang satu2nya makhluk bernyawa di dalam dock setelah beberapa saat "cuba meninjau2" di dalam mahkamah, walaupun kes itu mungkin sudah berlaku lama dan tiada kawad cam dibuat. Penawar berkesan bagi saksi sebegini saya cadangkan antara jurus license to grill, jurus spinning gasing atau jurus sniper (penembak tepat atas batang hidung) .

7) Saksi main mata dengan dpp
-Inilah saksi yang paling hebat dan tersohor antara semua saksi2. Saksi jenis ini berkemahiran bermain kenyit mata dengan dpp sebelum menjawab soalan peguam. Masa sesaat diluangkan merenung mata dpp sebelum mulut dibuka untuk menjawab. Alternatifnya, saksi ini juga mahir bahasa isyarat seperti menggaru kepala yang tidak gatal, menggaru hidung yang tidak resdung dan lain2. Bak lirik nasyid Arqam yang popular; pandangan mata selalu menipu pandangan nafsu selalu melulu...jadi renung2kan dan selamat beramal.

Disclaimer; penceritaan perihal2 saksi dan pihak lain yang terlibat bukanlah bermaksud menghina mana2 pihak tetapi sebaliknya untuk membuka mata semua pihak bahawa inilah realiti yang wujud di dalam sistem kemahkamahan kita. Semoga gaya penceritaan yang santai dan berisi lawak2 separa masak ini mengurangan keterasaan pihak2 tertentu. Wassalam.

Tuesday, July 14, 2009

TRIAL BY AMBUSH




Salam,

Di dalam sistem keadilan kita yang bertunjangkan prinsip melawan (adversarial), banyak daripada kemenangan di mahkamah bergantung kepada strategi yang dipakai oleh pihak2 selain daripada faktor2 seperti pengalaman, skil, kekuatan kes sendiri dan kelemahan kes pihak lawan.

Saya terpanggil untuk menitipkan persoalan di atas kerana antara strategi yang terbaik yang biasa digunakan di dalam perbicaraan di mahkamah adalah penggunaan taktik "ambush" atau serang hendap. Sebenarnya bagi saya ada banyak lagi strategi2 lain yang saya tahu atau yang pernah saya gunakan seperti strategi2 yang dipanggil license to grill, memancing saksi (fishing), playsafe, sniper (penembak tepat), menangguk di air keruh, touch n go, taktik gasing (memeningkan saksi) dan banyak lagi istilahnya yang saya reka sendiri. Mungkin saya akan postkan di post2 akan datang jika berkesempatan.

Trial by ambush bermaksud pihak2 yang terlibat tidak menyatakan atau menzahirkan apakah strategi mereka kepada pihak lawan sehingga di saat2 akhir contohnya ketika hujahan. Tujuannya adalah untuk menangkap pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia (caught your opponent off guard). Sesetengah pihak menganggap taktik ini tidak gentleman dan seolah2 pihak itu hendak menang kes at all cost.

Contoh yang mudah adalah di pihak pendakwaan contohnya tidak memberitahu siapa saksi hendak dipanggil, apa dokumen hendak ditender dsb. Manakala di pihak pembelaan juga tidak mengemukakan pembelaan secara spesifik untuk mengelakkan dibaiki oleh dpp semasa re exam. Contoh yang lain adalah untuk tidak mencabar langsung keterangan pendakwaan yang cacat atau bercanggah tetapi semasa peringkat hujahan pula bammm! ketika itulah serang hendap dilakukan sehingga pihak lawan terduduk.

Tepuk dada tanya selera atau tanya iman. Terpulang pada masing2 samada gentleman atau tidak..wajar atau tidak dilakukan. Saya berpendapat strategi amat penting untuk memenangi sesuatu kes tetapi perlu ada batasnya, tidak perlulah sehingga masuk ke tahap misleading pihak lain. Pernah berlaku terhadap saya yang dimaklumkan saksi tidak dapat dikesan tetapi pada saat untuk menutup kes tiba2 bammm! saksi itu terpacul di mahkamah.

Pada saya juga, jika kita yakin kita ada kes yang kuat dan juga ada skil yang hebat; maka strategi trial by ambush ini tidaklah perlu. Dengan pengenalan Seskyen 51A CPC (pre-trial discovery) diharap kadar penggunaan taktik ini dapat diminimumkan melainkan anda sudah desperado. Peguam yang hebat adalah peguam yang dihormati lawan dan kawan bukan kerana kehebatan tetapi kerana kegentlemannya. Wassalam.

Sunday, July 12, 2009

MITIGASI TERPANJANG PERNAH DIHUJAHKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET


HUJAHAN MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN
PP v. Lim Tze Loong (83-1541-04)
Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960

• Hujahkan Mahkamah perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menjatuhkan satu hukuman yang adil, rayuan OKT sebagaimana berikut:-

1. Pengakuan Salah
• Pengakuan salah OKT bukan sahaja menjimatkan masa dan kos mahkamah tetapi juga masa dan kos pendakwaan dan saksi.
• Mahkamah bolehlah memberikan tumpuan kepada kes-kes yang lebih berat dan serius.
• PP v. Ravindran & Ors (1993) 1 MLJ 45 – diskaun atau kredit harus diberikan kepada pesalah yang telah mengaku salah kerana ia telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pihak pendakwaan.
• OKT sejak dulu lagi ingin mengaku salah tetapi kes pada hari ini berkait dengan kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam. OKT tiada niat untuk membuang masa mahkamah yang mulia ini dan terus mengaku salah dan bersedia dihukum sebaik sahaja kes di Mahkamah Shah Alam selesai pada 29 Mei 2009. Pada tarikh sebutan di mahkamah ini pada 3 Jun 2009, aku telah mengaku bersalah.

2. Latar Belakang OKT
• Semasa ditahan beliau berumur 27 tahun, sekarang berumur 32 tahun dan belum berkahwin.

3. Pesalah pertama (1st offender)
• Walaupun OKT mempunyai satu rekod lampau iaitu bagi kes 62-62-2004 dan 62-100-2004 di Mahkamah Shah Alam, fakta yang unik dalam kes ini wajar dipertimbangkan.
• Pertamanya kes di Shah Alam tersebut telah melalui perbicaraan penuh di mana di akhir kes pendakwaan, mahkamah telah meminda pertuduhan dari Seksyen 4 FIPA kepada Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman 7 ½ tahun dari tarikh tangkap. OKT juga terus mengaku salah di bawah pertuduhan satu lagi iaitu Seksyen 8 FIPA dan dihukum 8 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 6 sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan serentak. Kes ini selesai pada 29 Mei 2009.
• Manakala kes kita di sini adalah sebenarnya satu “follow up” daripada pihak polis ke atas tangkapan kes di Shah Alam itu. Pada hari kedua selepas tangkapan bagi kes di Shah Alam (hari kedua reman) iaitu pada 16 April 2004; pihak polis telah menjumpai 32 biji peluru hasil dari maklumat dari pihak OKT. Ini bermakna kes di sini sebenarnya adalah lanjutan (continuity) sahaja kepada tangkapan kes yang dibicarakan di Shah Alam, walaupun tidak dibicarakan bersama. Nature kesalahan bagi kes ini adalah perjumpaan barang salah dengan maklumat di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan (information leading to discovery).
• Keadaan adalah berbeza jika OKT ditangkap melakukan kesalahan di mahkamah ini selepas beliau selesai dihukum bagi kesalahan ini seperti yang lazimnya berlaku. Dalam keadaan ini, barulah boleh mahkamah mengambil berat akan kesalahan lampau dan memberikan hukuman yang berat kepada kesalahan yang selanjutnya. Ini kerana ia menunjukkan OKT yang sebegitu tidak insaf dan merupakan “repeated offenders”.
• Dari aspek yang lain pula, bolehlah dikatakan OKT telah menunjukkan keinsafan beliau sejak dari tempoh reman pada 2004 lagi dengan secara sukarela menunjukkan kepada pihak polis kepada 33 butir peluru lagi di premis beliau.
• Oleh itu adalah dihujahkan bahawa kedudukan rekod lampau OKT bukanlah factor pemberat yang perlu diambilkira oleh mahkamah yang mulia ini mengambilkira “facts and circumstances” yang khusus dalam kes ini. Justru, OKT masih boleh dianggap sebagai pesalah pertama dan wajar diberi peluang dengan tempoh penjara yang minimum bagi memberi peluang untuk beliau meneruskan hidup beliau.
• Kes PP v. Chew Chee Wah (1995) 4 MLJ 26 – pesalah pertama wajar dijauhkan dari hukuman penjara.

4. Tempoh tahanan reman
• OKT telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan.
• OKT telah menjalani tempoh reman selama lebih kurang 5 tahun 3 bulan iaitu beliau telah ditahan di penjara sejak 15 April 2004 (tangkapan bagi kes di Mahkamah Shah Alam).
• dihujahkan tempoh tahanan reman di penjara yang panjang tersebut telah menginsafkan OKT kerana banyak menempuhi kesengsaraan dan kepayahan hidup di penjara.
• OKT berharap agar mahkamah memberi peluang dengan menjatuhkan hukuman penjara yang rendah dan bermula dari tarikh beliau ditangkap kerana mahu segera pulang ke pangkuan keluarga untuk bina kehidupan baru.
• Keadaan adalah berbeza sekiranya OKT tidak ditahan reman sebegitu lama, maka barulah mahkamah yang mulia ini memberikan satu hukuman pemenjaraan yang lebih lama bagi member pengajaran kepada OKT.
• Rujuk kes Lian Kian Boon v. PP (1991) 1 MLJ 51 – jumlah tahanan reman hendaklah diambil kira sebagai salah satu faktor peringanan

5. Kepentingan awam
• Saya bersetuju kepentingan awam melampaui kepentingan peribadi OKT dan wajar diutamakan.
• Namun, kepentingan awam selain menuntut orang ramai dijaga dari bahaya jenayah juga menuntut satu peluang diberi kepada pesalah supaya diberi peluang memulakan hidup mereka selepas mereka dihukum setimpal dengan kesalahan.
• Tempoh yang telah dilalui oleh OKT selama ini iaitu 5 tahun dan 3 bulan adalah mencukupi bagi maksud menjaga kepentingan awam ini. Tambahan pula OKT juga telah disebat sebanyak 6 sebatan bagi kesalahan di Mahkamah Shah Alam tersebut.

6. Seksyen 292 CPC
• Sebelum mahkamah menjatuhkan sebarang hukuman terhadap OKT, saya ingin menarik perhatian pihak mahkamah kepada peruntukan di bawah S. 292 CPC.
• Dengan rendah diri kami berhujah bahawa Section 292 CPC ini tidak wajar dan tidak sesuai digunakan dalam “facts and circumstances” yang wujud dalam kes ini.
• Sebab-sebab mengapa Seksyen 292 tidak terpakai ialah:-
i. Secara literalnya, kami berhujah bahawa seksyen tersebut hanya terpakai untuk kes-kes di mana OKT melarikan diri dari penjara atau melakukan kesalahan semasa mereka sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan yang lain. Terma yang digunakan ialah (pohon dirujuk). Oleh kerana itulah seksyen ini menghadkan hukuman penjara dijatuhkan dari 2 tarikh sahaja; dari tarikh jatuh hukum atau dari tarikh tamatnya tempoh hukuman kes yang mana OKT itu telah dipenjarakan sebelumnya.
ii. Dengan kata lain Seksyen ini menjelaskan kategori pesalah yang tidak wajar hukuman penjaranya bermula dari tarikh tangkap yang merupakan amalan biasa dan diterimpakai oleh mahkamah. Ini bagi menghukum “escaped convict” dan juga orang yang tidak menunjukkan keinsafan dengan melakukan kesalahan lain semasa sedang menjalani hukuman yang terdahulu.
iii. Contohnya yang nyata adalah bagi OKT yang telah dijatuhkan hukuman bagi kesalahan yang lain dan didapati melakukan kesalahan lain pula di dalam penjara (is undergoing a sentence of imprisonment) seperti memiliki dadah, merusuh dan sebagainya. Dalam keadaan sebegitu wajarlah tempoh reman bagi kesalahan pertama tidak dikira kerana kesalahan kedua dilakukan semasa hukuman bagi kesalahan pertama masih berjalan.
iv. Persoalannya, adakah kes kita juga termasuk dalam kategori yang sama? Kami berhujah jawapannya adalah tidak. Kesalahan di mahkamah ini bukan dilakukan oleh OKT semasa beliau menjalani hukuman kes lain di penjara (is undergoing a sentence of imprisonment). Sebaliknya, kesalahan ini wujud semasa hari kedua reman kes Shah Alam lagi (16 April 2004). Hasil daripada maklumat yang diberikan oleh OKT membawa kepada perjumpaan barang kes bagi kes ini. Tambahan pula kesalahan ini melibatkan peluru dan sama”nature” dengan kes yang mana beliau ditangkap sehari sebelumnya iaitu melibatkan senjatapi dan juga peluru.
v. Bagaimana hendak dikatakan kesalahan ini adalah dalam kategori sama dengan kesalahan yang dilakukan di dalam penjara semasa sedang menjalani hukuman? Bagaimana pula keadaannya jika pihak polis menjumpai lebih dari satu barang salah pada hari-hari yang lain pula? Adakah OKT wajar dipenjara bagi kesalahan ke 3 itu selepas tamat hukuman yang kedua dan yang kedua itu selepas tamatnya yang pertama?
vi. Kami hujahkan tafsiran secara “rigid” ke atas peruntukan ini akan menyebabkan kategori OKT yang tidak terlibat, juga ditarik bersama (lump together) dengan kategori asal yang dimaksudkan. Adalah diakui secara teknikalnya OKT sekarang sedang menjalani hukuman bagi kes Shah Alam, tetapi hukuman tersebut baru sahaja dijatuhkan pada 29 Mei 2009 yang lalu dan OKT terus mengaku salah bagi kes di mahkamah ini beberapa hari kemudian. Jarak antara hukuman tersebut dengan hukuman kes ini lebih kurang 5 minggu sahaja itupun diakibatkan oleh 3 kali penangguhan yang tidak dapat dielakkan.
vii. Tambahan pula, sebelum tangkapan bagi kes di Shah Alam itu, OKT tiada tiada sebarang rekod jenayah yang lain. Dengan rendah diri kami berhujah adalah tidak adil sekiranya pihak mahkamah menggunakan Seksyen 292 CPC terhadap OKT dalam keadaan fakta yang unik yang sedia wujud. Ini adalah kerana hukuman bagi kes kita ini hanya akan bermula serta-merta (pada hari ini) atau selepas kes di Shah Alam selesai (lebih kurang 2 bulan lagi). Adalah lebih adil sekiranya pihak mahkamah menghukum beliau bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu pada 16 April 2004 kerana kesalahan ini wujud semasa tempoh reman lagi.
viii. Kami berhujah mahkamah yang mulia ini ada budi bicara untuk tidak menggunapakai peruntukan Seksyen 292 atas fakta yang khusus yang wujud dalam kes ini. Adakah kepentingan awam akan dikompromi sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman kepada OKT bagi kes ini bermula dari tarikh tangkap? Kami berhujah jawapannya adalah tidak kerana OKT tetap telah dan akan menghabiskan hukuman penjara 8 tahun yang dikenakan untuk kes di Shah Alam. Jika mahkamah mengenakan hukuman maksimum 7 tahun sekalipun (walaupun kami percaya kes ini bukanlah worst case scenario), jika ia dibuat dari tarikh tangkap, OKT akan dapat kembali ke pangkuan masyarakat dalam tempoh 2 bulan.
ix. Dengan memberikan hukuman dari tarikh tangkap, mahkamah telah melakukan keadilan kepada semua pihak. Keadilan kepada pihak pendakwaan dan masyarakat dengan menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal kepada OKT yang memiliki peluru. Keadilan juga kepada OKT yang mana kesalahan kedua ini bukanlah dilakukan dalam keadaan yang menunjukkan beliau tidak insaf dengan hukuman kes terdahulu. Tambahan pula, kesalahan bagi kes yang kedua ini lebih ringan daripada kesalahan kes pertama di Shah Alam. Jika kes hari ini lebih serius, barulah boleh dibangkitkan hukuman yang telah “overlap” menyebabkan hukuman yang kedua menjadi tidak setimpal.
x. Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 – penjara maksimum 7 tahun, dan ia bukanlah satu kesalahan yang terlalu serius kerana ‘simple posession’ sudah boleh dituduh.
xi. Pohon rujuk kes-kes PP v. Ooi Wang San [1998] 2 CLJ 270, Wong Yuk Ai v PP [1966]2 MLJ 51 dan Wan Azman Atan v. PP [2006] 7 CLJ 281.

7. Penutup
• Pohon hukuman dijalankan bermula dari tarikh beliau ditangkap iaitu pada 16.4.04. Jika mahkamah memberikan hukuman maksimum 7 tahun sekalipun, masih lagi lebih adil berbanding mahkamah memutuskan hukuman bermula dari tarikh hari ini atau tarikh tamat hukuman kes di Shah Alam.
• OKT bukanlah memohon sesuatu yang tidak munasabah mahupun sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan awam seperti tempoh hukuman yang terlalu pendek. Apatah lagi beliau telahpun dihukum sewajarnya sejak lebih 5 tahun yang lalu.
• Jika mahkamah meneliti “totality principle” di dalam menjatuhkan hukuman, maka hukuman yang berjalan dari tarikh hari ini atau selepas tamatnya hukuman di Shah Alam akan jelas menjadi “excessive”. Pohon rujuk kes Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134.
• Secara alternatif, sekiranya mahkamah tidak sependapat dengan hujahan kami atas isu pemakaian seksyen 292 CPC; maka kami memohon OKT dikenakan denda yang setimpal. Alasannya kerana peruntukan seksyen 8(a) Arms Act juga membenarkan hukuman denda sehingga RM 10,000, kesalahan juga hanyalah “simple possession” dan OKT juga menunjukkan kerjasama yang baik kepada polis malahan memberikan maklumat sehingga terjumpanya peluru tersebut. Dengan memberikan hukuman denda ini juga mahkamah memberi satu peluang kepada OKT untuk merubah diri beliau selepas dihukum sewajarnya terhadap kes di Shah Alam.
• Kami percaya dengan kebijaksanaan mahkamah yang mulia ini dalam menggunakan budi bicara dan menjalankan prinsip penghukuman akan memberikan keadilan kepada semua pihak.
• Terima kasih.


Peguam bagi OKT,



…………………………………………

10 Julai 2009.

Saturday, July 11, 2009

KPI, STATISTIK DAN DOT DOT DOT


Salam,

Apabila naiknya CJ yang baru maka berlakulah perubahan2 pada sistem, perlaksanaan dan polisi. Salah satu perubahan radikal melibatkan arahan melupuskan (dispose) kes dalam masa yang agak segera dan juga penekanan kepada KPI. Para hakim diarahkan antara lain mempercepatkan senggang antara penangguhan, bertegas dalam soal penangguhan, menghabiskan kes2 part heard dan sebagainya.

Kesan daripada perlaksanaan baru ini dapat dirasai sekarang. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya. Angin perubahan dapat dilihat di hampir kebanyakan mahkamah. Tidak kedengaran lagi hakim atau majistret yang mempunyai waktu bersidang secara ISA (ikut suka aku) ataupun yang membenarkan penangguhan akhir sehingga berbelas kali atas alasan yang sama dan sebagainya.

Kebanyakan mahkamah sekarang berusaha untuk mula bersidang seawal jam 9 ataupun 9.30 pagi. Penangguhan atas alasan remeh atau sambil lewa oleh pihak pendakwaan seperti ketiadaan saksi, tersilap sapina saksi dsb juga tidak dilayan. Begitu juga ke atas loyar2 buruk yang tidak hadir atau menyuruh anakguam MOB dengan ayat yg standardnya; loyer tak senang...tidak juga dilayan.

Secara positifnya, kita melihat wujud kesungguhan pihak2 untuk menyelesaikan kes secepat mungkin. Pendakwaan lebih prihatin dengan persediaan bicara dan pembelaan juga lebih beringat sebelum mengambil kes terlalu banyak. Rate of disposal menjadi banyak dan tarikh selesai kes menjadi lebih cepat.

Bagi pihak peguam, peluang untuk mendapat kemenangan free melalui tendangan penalti DNAA juga nampaknya lebih senang dan hakim dengan senang hati akan memberi clue kepada peguam jika pihak pendakwa masih tidak bersedia pada tarikh bicara akhir.

Sebaliknya, penekanan yang melampau terhadap KPI dan statistik ini menyebabkan berlaku juga keadaan2 yang tidak wajar berlaku. Secara peribadi saya berpendapat statistik tidak sesuai dan tidak adil untuk dijadikan kayu ukur samada seorang pegawai itu bagus atau tidak. Ini kerana beban kerja dan workload tidak sama antara satu mahkamah dengan yang lain. Pressure dan kesusahan dalam mengendalikan kes juga vary antara daerah dan daerah juga antara level mahkamah yang berlainan.

Adakah adil untuk membandingkan presatsi seorang hakim atau dpp di mahkamah PJ atau Klang yang workloadnya hampir dengan Kuala Lumpur dengan mereka yang berada contohnya di Kuala selangor atau Shah Alam sekalipun? Adakah dengan rate of disposal yang banyak menunjukkan hakim itu profisyen atau dia itu seorang yang tidak bertimbang rasa dan DNAA kes sesuka hati? Adakah dpp yang kurang menang kes tidak bagus ataupun beliau asyik menerima kes yang sukar atau berhadapan dengan peguam yang hebat?

Jadi, statistik sepatutnya sebagai panduan sahaja dan bukanlah segala2nya seperti apa berlaku sekarang. Budaya takut mula menyelinap dalam sanubari mahkamah dan pendakwaan hingga hendak memohon penangguhan pun tidak berani kerana akan disemak, ditelefon, diemail dsb.

Selain itu, kesan negatif juga adalah wujudnya kurang timbangrasa di kalangan komponen di mahkamah. Hakim tidak akan memberikan penangguhan walaupun dpp atau peguam sakit, peguam dan dpp juga sudah kurang bertolak ansur dan sikap gentlemanship. Ada majistret dan hakim yang melanjutkan tempoh bicara sehingga 6.30 petang dan ada yg sanggup hingga ke night court! Sedarlah, ketakutan melampau ini tidak perlu. JIka seorang pegawai itu bagus, lambat laun prestasinya mesti dapat dihidu oleh orang atasan yang bertanggungjawab. After all, rezki kan di tangan Allah, usaha dan tawakkal, yang lain serahkan kepada-NYA.

Wassalam.

DARI DPP KE LOYAR = DARI DARK SIDE KE JALAN YANG BENAR?



Salam,

Saya bersahaja (purposely) memilih untuk memposkan pos kali ini dalam bahasa Melayu untuk mengelakkan dari anggapan blog ini adalah berbahasa pengantar Bahasa mat salleh. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan menarik dari sahabat baik saya saudara asyraf mengenai persoalan di atas.

Jawapannya adalah ya dan juga tidak. Saya mengatakan ya kerana saya sendiri mengalami peralihan itu yakni daripada seorang DPP menjadi seorang loyar cabuk. Kelebihan pernah berada di 2 alam ini menjustifikasikan saya untuk mengesahkan persoalan di atas. Cuma, apakah yang dimaksudkan dengan "dark side" itu? Pada saya "dark side" itu bukan bermaksud pihak yang salah atau pihak yang jahat.

Saya lebih gemar memilih untuk mengatakan ia bermaksud kehidupan (life) yang terikat, tidak bebas, kurang diberi penghargaan, laju dihentam apabila melakukan kesilapan dan wujudnya budaya yang saya tidak gemari. Contohnya budaya anfusana anfusini, politik pejabat, tikam menikam serta budaya menurut perintah tanpa batasan (yang maha setia).

Sebab itulah saya bersetuju saya beralih dari "dark side" itu ke dunia lain yang lebih bebas, memuaskan hati, tenang, rewarding (kalau duit matlamat anda) walaupun lebih mencabar. Namun, saya amat-amat menghargai tenure saya sebagai dpp kerana zaman itulah yang transform saya sehingga menjadi saya yang sekarang. Tanpa melalui zaman tersebut, tak mungkin saya berada di tahap ini sekarang. Dan saya masih mengingati kenangan2 manis semasa menjadi DPP bersama kawan2 dan senior2 seperti Tuan Iskandar, Tuan Salim, Datin Nik Sarina, Tuan Sallehuddin, Tuan Kamaruzaman, Azar, Asyraf dan ramai lagi mereka2 yang hebat dan berdedikasi.

Di sebaliknya, saya juga tidak bersetuju dengan persoalan di atas yang selalu diungkitkan oleh peguam2 yang tidak pernah merasai jerit perih dan kepayahan hidup menjadi seorang DPP. Mereka dengan mudah saja menuturkan kata2 di atas tanpa mereka sedar mereka mengguris hati DPP yang benar2 berkhidmat dengan jujur dan gigih.

Pada saya, mereka bersifat prejudis terhadap DPP yang pada mereka selain menjalankan prosecution, turut menjalankan persecution. Benar atau tidak telahan mereka wallahua'lam. Mereka mungkin ada pengalaman buruk mereka sendiri yang menjustifikasikan anggapan mereka. Namun untuk generalize dan membakulsampahkan semua DPP adalah tidak wajar sama sekali dan tidak bertanggungjawab (saya pun terasa).

Sebagai penutup, dalam pihak mana pun kita berada, kita sebenarnya berenang dalam lautan sistem keadilan yang sama. Cuma peranan kita berbeza; ada yang menjadi kelasi, ada yang menjadi kapten jack sparrow dan ada yang menjadi mat kacau (loyar la tu). Enjoy with your work and treat it as an ibadah apart from seeking for a halal rezki; insyaallah you dont need to worry much. You'll be rewarded insyaallah. Wassalam.

Friday, July 10, 2009

THE ACCUSED; PRESUMED INNOCENT OR PRESUMED GUILTY?





One of the occupational hazard of becoming a criminal lawyer is you are associated with the so called crooks or criminals. When I was a deputy public prosecutor, it was always in my perception that 99.9% of those arrested and subsequently charged were the bad guys, the condemned or the unforgiven.

Nevertheless, throughout my career as a dpp, i did came across with OKTs who appered not to be crook alike. Once when I was in Sungai Buloh prison visiting client; I heard somebody shouting from the cells; "Tuan Ariff, sihat kaaa". It turn out to be one of the accused that I had succesfully prosecuted and dumped him to jail. Luckily he had no hard feelings toward me!

When I changed side (some say from the dark side-you decide) to be a private practitioner, I realised that there are actually so many categories of accused person. Being in "2 alam" realy helped me to appreciate these "crook's" background.

Firstly, there are definitely a category of really bad guys who are charged in court. For this type of accused; I concur with the general perception (or prejudice?) to them. They are more often than not already presumed guilty when they are charged. I consider them to represent 50 % of the people charged.

Nevertheless the other 50 % represents those type of accused normally unnoticed by public at large unless you are involved with representing them. One of it is those who actually commit the crime but it is not because they are bad. It is contributed to various factors from peer pressure, family breakdown, exposure to bad habits to inability of the government to provide for job and a better life for citizens.

There are also some people charged in court just because they were at the wrong place at the wrong time. Some are just following the real crooks to a certain place and caught together and some just happened to be close or related to the bad guy or was at the crime scene for a totally different reason yet charged together under the powerful binding section of 34 Penal Code (common intention) or worse by section 149 Penal Code (common object). It normally happends in cases involving raids such as drugs cases.

Also another category is a person who commit the actus reus but actually has no mens rea. Can't believe it? I once have a case whereby a housewife was charged for stealing in a hypermarket while she was sick (kena buatan orang) and cannot remember anything. that she has done . But hey, do people recognise all these "excuses"?. Some accused may also be tricked or persuaded to carry a contraband by others without having knowledge of its content, while the real culprit gets way from any prosecution.

There are also accused who are totally innocent and are charged in court just because they did not bother to make a police report while their opponent did so. This normally happens in case of rivalry in business, marriage and even politics (a lot i tell you).

The are also some accused who are charged in court for events that he did not pre-meditate it. A simple example is someone who is charged for causing death in an accident under Section 41(1) Road Transport Act.

Last but not least there are categories of accused who are made to be the" blacksheep" by a "victim" to cover somebody else's wrong. Normally it is rampant in sexual offences.

Hmmm looks like there are a lot of categories of accused and for me its simple; as we were not at the crime scene let's not judge the book from its cover. Even in Islamic law, it is better to acquit 9 bad guys than to convict one innocent guy.

THE ART OF CROSS-EXAMINATION (my snippet)



THE ART OF CROSS-EXAMINATION
By Ariff Azami bin Hussein, 9th July 2009-07-08
The article below is the personal view of the writer based from his own experience as well as association and observation of senior dpps and criminal lawyers throughout his "crime" career.

Cross examining a witness is a skill which is neither easy nor it's too difficult to embrace. To be a good criminal litigant you have to learn the curves the hard way. You may spend some time observing or assisting a senior counsel but at the end of the day you have to experience it yourself and try your best to brush up your cross examination skill if you are given the opportunity to do so.

As a comparison to the "civilians" whereby their work percentage might be 90% preparation and documentation while another 10% for court action. For us it is to the contrary; 10% preparation while the remaining 90% happens in the court. That makes criminal litigation enjoyable and alluring as it involves element of spontaneous, whit and to a certain extent, drama.

To begin with, I divide a criminal litigant's style in conducting a cross examination into 2 broad school of thought. First which I call it the "gentleman" style. In this approach normally the lawyer will try to make friend with witness, pacifying or praising him until finally he will agree to everything that is suggested to him. The second style I term it as "the nail on the coffin style". In this style the lawyer will grill the witness normally by way of confrontation and will try to corner the witness without giving chance even to the dpp to re exam the witness. More often than not, both styles are fused together depending on the witness' co-operation and how he answers a question.

Having attending Bersih's case for the past two days with fellow counsels, I noticed a few things that crop up during the proceedings that might have been done in a much better way. My 2 cents opinion here is by no way to teach any one much more to criticize fellow counsels who have been doing a great job not to mention personal sacrifices. It is more of a sharing my experience as well as my personal views on certain issues.

Firstly, there may be some confusion as to the term putting (katakan) and suggesting (cadangkan). Some lawyers might think that both terms give the same meaning and some even use both terms in one single question. In a simple explanation, we should only use the term putting when we are absolutely sure that we can bring the evidence put to the prosecution witness in the defense stage in the event defense is called. Normally it is used to put forward defense version in the prosecution stage. However, the term suggest is normally used to facts or contention that the defense is unable to bring forward the evidence or we are just trying to guess on the facts that may have happened.

Secondly, in the issue of raising objection. On the outset, I totally disagree that a lawyer raise an objection just for the sake of objecting. In other words just to stir up the water. An objection must be accompanied by a sound reason and with underlying principles of law that we strongly believe is in our favor. It shows that we are prepared, articulate and sound in our law. Sometimes, it may even be not worth it to object as the exhibit for instance which the prosecution tries to tender is favoring us. Furthermore, if we are up against a senior dpp like Tuan Anselm, we must be extra careful in making objection for the simple reason he might reply easily and show that we know nothing on what we are objecting.

Thirdly, the same goes to cross examining. We should not be asking questions just for the sake of asking. A case is not won by measuring how many lawyers who ask questions or how long your cross examination is. It depends on the quality of your questions. We should always try to produce what is termed as "loaded questions". It simply means a question where the witness is caught in between; whereby he will look stupid if he agrees or he will be considered as a lousy officer if he disagrees.

Fourthly, a criminal trial for me is like a war. Thus, it is essential to have a plan and to strategize your war plan. You can't just bulldoze or use the prebet adam's style here. The most important thing for a criminal lawyer for me is 3 things that he must master before he engaged himself in the war. Firstly, know your facts either facts from our client and also facts from the prosecution's side. Secondly, know the charge and its ingredients. Thirdly, do make a little effort to study the law that might be relevant to the case.

Last but not least, is the issue of to ask or not to ask a question. I fully agree that a good litigant must possess sufficient experience, skill and intelligence. But it doesn't mean that a newcomer can not perform as well. The trick is to think a moment before you ask a question. The most vital question to ponder is; what is the reason for me asking this question? Will the answer be favourable to the defense? Or will the answer be damaging to the defense in the event the witness disagrees with our contention? These are the questions need to be taken into account first. That is why we are puzzled why certain lawyers do not ask too many questions, for instance Karpal Singh and Gurubachan Singh. That is because they ask only pertinent questions and leave the rest for submission. After all we don't want to give too much clue for the dpp to rectify the evidence in the re examination. The trial might be less dramatic but hey, isn't our goal is to win the case?

With these five observations I rest my case and hope to get some feedback from fellow friends. Wassalam.
me with fellow counsels; zulqarnain, azizzul, hanipa maidin, zamri and 3 of OKTs who was supposed to be a threat to public order...