Posts

Showing posts from 2012

LECTURE NOTES CPC USIM- POWERS OF PUBLIC PROSECUTOR

Image
https://www.dropbox.com/s/pkv8979a1vruzh5/CRIMINAL%20PROCEDURE%201-POWERS%20OF%20PP.ppt

DUNIA BELUM KIAMAT

Image
Salam, Dalam bulan Disember ini berlakunya dua peristiwa yang berkait dengan tajuk "dunia belum kiamat". Peristiwa pertama lebih tepat kalau kita panggil peristiwa yang tak kunjung tiba. Ramalan kiamat oleh puak Mayan yang dijangkakan akan tiba pada 21 Disember 2012 nampaknya seperti dijangka berlalu tanpa apa-apa pun. Nampak gaya kiamat pun boleh ditangguh seperti juga kes-kes AES di mahkamah. Peristiwa kedua sebenarnya lebih realistik dan dekat di hati berbanding ramalan karut puak Mayan itu. Seperti yang saya nyatakan dalam kuliah saya, saya tidak dapat resist the tempation untuk mengomen tindakan mahkamah majistret di Kuala Lumpur terhadap pelajar bernama Umar yang disabit salah dengan pertuduhan menghalang penjawat awam berkaitan kejadian occupy dataran. "Dunia belum kiamat" itulah juga kata keramat yang diucapkan oleh tahanan penjara Kajang ini untuk disampaikan kepada dunia melalui ibu-bapa beliau. Sebagai pengamal undang-undang, pencinta keadil...

LECTURE NOTES CPC USIM- BAIL

Image
https://www.dropbox.com/s/5hm1vps2xtgap88/CRIMINAL%20PROCEDURE%201-BAIL.ppt

LECTURE NOTES CPC USIM- POLICE INVESTIGATIONS

Image
https://www.dropbox.com/s/5v76k99pjbui8ej/CRIMINAL%20PROCEDURE%201-POLICE%20INVESTIGATIONS.ppt

LECTURE NOTES CPC USIM- CHARGE

Image
https://www.dropbox.com/s/iibmf07jrknie64/CRIMINAL%20PROCEDURE%201-CHARGE.ppt

HIJACK!

Image
Salam, Profesion peguam adalah profesion yang sangat unik. Peguam dilarang mengiklankan diri, mempromosi diri mahupun mempoligamkan diri. Hanya warna tertentu dan saiz tertentu dibenarkan untuk dijadikan signboard pejabat peguam contohnya yang jelas menampakkan jauhnya peguam ketinggalan berbanding profesion lain yang boleh menggunakan apa saja warna pelangi atau saiz signboard mereka. Di sebelah kekangan yang tidak masuk akal ini, tidaklah pula menjadi janggal mahupun termasuk dalam kategori mempromosi diri peguam yang masuk ke kaca tv, menjadi sponsor majlis-majlis mewah dan separa membazir dengan paksarela mahupun menjadi pengerusi majlis atau membaca doa dalam majlis perkahwinan. Sungguh ironi sekali seolah-olah menutup rapat-rapat paip agar tidak menitis air tapi dalam masa yang sama membenarkan paip utama pecah memancutkan air. Justru, para peguam mencari dan menggunakan pelbagai cara untuk mempromosi diri dan kepakaran masing-masing. Ada yang percaya dengan keboleha...

CERAH MASA DEPAN

Image
Salam, Arena perundangan jenayah digegarkan dengan keputusan dua mahkamah baru-baru ini yang melepaskan tertuduh dari tuduhan rogol dengan bon berkelakuan baik instead of menjatuhkan hukuman pemenjaraan yang diperuntukkan. Kes pertama melibatkan seorang pemain bowling harapan negara yang mengaku salah merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun manakala kes kedua di mahkamah sesyen Pulau Pinang pula melibatkan orang biasa sahaja yang didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Mari kita letak perkara pada perspektifnya (let us put things into perspective). Pertamanya adalah sangat bagus dan positif apabila masyarakat memandang serius apa-apa hukuman atau perintah yang diberikan oleh mahkamah. Sikap ambil peduli (tidak sikap bukannya berkait dengan anak-beranak aku pun) adalah terpuji dalam masyarakat sivil. Hari ini ia mungkin tidak melibatkan kita atau saudara kita; tapi hari esok tiada siapa yang tahu. Persetujuan (approval) atau kemarahan (outrage) ...

ANGGAPANMU

Image
Salam, Jenis perbicaraan adversarial yang dipraktikkan dalam sistem kemahkamahan kita mempunyai hubungkait yang erat dengan taktik-taktik atau jurus-jurus yang digunapakai oleh kedua-dua pihak yang bertentangan; pendakwaan dan pembelaan. Dalam masa 'trial by ambush' yang cuba dielakkan bagi menjamin pertarungan yang berlangsung di atas padang yang sama rata (same level playing field) seperti pengenalan Seksyen 51A Akta Keterangan; ini tidak bermakna strategi- strategi untuk memenangi kes sudah tidak relevan lagi. Waima pesat sekalipun usaha mensivilkan kes jenayah (seperti pengenalan witness statement), advocacy skill masih menjadi trait atau karakter penting bagi peguam kes jenayah. Jika disedari atau tidak, undang-undang yang digubal seringkali dimasukkan lebih awal beberapa senjata ampuh atau arsenals  kepada pihak pendakwaan yang membantu dalam proses pembuktian kes. Senjata ini dipanggil anggapan (presumption). Sesetengahnya memang diperlukan dan masuk akal bagi...

ANTARA WISEL DAN VUVUZELA

Image
Salam, Sebagai peminat tegar sukan bolasepak, ada beberapa perkara yang menyakitkan hati dan telinga saya apabila berkunjung ke stadium sebenar mahupun sekadar berlingkar di depan stadium astro. Antaranya adalah kualiti pengulasan pengulas yang syok sendiri, play-acting atau simulasi oleh pemain dan yang agak terkini adalah makhluk bernama vuvuzela. Alat ini muncul dan menjadi sensasi semasa piala dunia 2010 di Afrika Selatan. Bunyinya memang bingit, tidak berseni langsung seperti gendang atau rebana dan mengganggu fokus menyaksikan bola. Umpama vuvuzela juga saya terma-kan apa yang berlaku berkaitan penangkapan dan pertuduhan yang maha pantas terhadap saudara Rafizi dari PKR di bawah BAFIA. Tiba-tiba juga selluorouhh umat menyebut-nyebut istilah BAFIA, peniup wisel (whistle blower) melampaui populariti pergaduhan sensasi dan basi Neelofa v Anzalna (siapa dioarang ni, ada ku kesah?). Umpama vuvuzela yang saya maksudkan adalah impak yang muncul gara-gara pendedahan Ra...

THE ART OF POLIGAM

Image
Salam, One of the celebrated terms used by my fellow comrades in the legal fraternity and struggle is "Poligam". Don't confuse it with Poligami though Poligami is also one of the hot topics often discussed among men. Poligam is a combination of Politik and Gambar. Kind of similar to famous words created by Allahyarham P. Ramlee (I stand corrected) such as Pawagam (panggung+wayang+gambar) and Kugiran (kumpulan+gitar+rancak). Suddenly it escalates to "Polivid", "Polikhbar" and so on. Thus, Poligam simply means integrating the art of politics in pictures. Instead of looking dull, sombre, gloomy or unimportant in pictures, Poligam transforms a person to be photogenic, lively, dramatic and energetic in a picture. A Pak Pacak simply becomes a hero. A kepoh lawyer who did nothing in a case suddenly thrusted into the limelight. A session ended magnificently when it is wrapped up by a splendid photo session coupled with a touch of "Poligam...

GOODWILL

Image
Salam, Saya seringkali diajukan persoalan oleh rakan-rakan samada peguam-peguam baru mahupun rakan-rakan di dalam kerajaan yang senantiasa tertanya-tanya bagaimana formula terbaik untuk peguam memperolehi sesuatu kes. Adakah melalui kontek yang ramai? Atau 'kaki' yang ligat? Atau pun komisyen yang tinggi? Atau mungkin sessi memancing di mahkamah? Jawapan saya mudah sahaja. Rezeki memang sudah tersurat untuk setiap diri kita. Namun, dalam bidang yang serba mencabar, persaingan 'cah keting' yang kuat, jumlah pemburu yang mungkin melebihi buruan; maka tidak dapat tidak 2 perkara yang saya percaya boleh menjana sumber rezeki yang tidak berkesudahan; pertama 'goodwill' dan kedua 'attitude'. Hari ini saya berkesempatan berada di Mahkamah Rayuan menyaksikan seorang peguam yang agak berusia dibelasah right, left and center oleh korum hakim kerana gagal bersedia dan mewakili anak guam dengan sebaiknya. Kesilapan berbentuk 'mistakes' boleh d...

WINNABLE CASE

Image
Salam, 1) Actually the accused was charged under Section 304(b) Penal Code i.e culpable homicide not amounting to murder (2 nd limb) which carries maximum imprisonment of ten years. Compared to a murder case under Section 302 it carries the death sentence. Initially when we were appointed for any case, its always good to assess the chances of winning the case. By doing that we will know from the outset what the best options to the client are; be it to fight the case, ask for reduction or straight away plea guilty if the prosecution’s case is overwhelmingly strong and watertight. As for this particular case, I have confident that the outcome will be favorable to the defense . 2) Don’t be confused between the term ‘victim’ and ‘accused’. In a criminal trial, victim refers to the person who are assumed to be the one suffered, in this case is the man who died. As for the term accused it refers to the person preferred with the charge and directed to answer it. Section 3...

JUDICIAL REVIEW FOR DUMMIES

Image
Basics in judicial review; Under Order 53 ROHC, it must be made within 40 days from the date the decision was communicated. Its a public law remedy, similar to private law but under different terminology. For instance injunction v prohibition. Good reference; Administrative Law by MP Jain. Purpose to challenge decision by a public body. Who is public body? Refer case University Merdeka, must have some element of control. Who can file? A victim or aggrieved party with locus standi. (O.53 R.2 SR4) Leave to be applied first; When to apply? 40 days from decision date communicated, Filed in High Court, 1st to be filed is form 111A, 2nd is statement, 3rd is affidavit. 7. If leave granted (2nd stage) must fill form 111B (14 days after leave granted) and ensure include form 111A, statement and affidavit. To serve all respondents within 14 days. 8. Prayers; prerogative orders. Notes taken by amateur civillian in Bengkel Sivil Juham 1/2012 @ Bangi Golf Resort, 21 April 2012.

HUJAHAN PENUH KES BUNUH

Image
PEMBUKAAN 1) Orang kena tuduh pertama (OKT) dalam kes ini telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dikatakan telah melakukan satu pembunuhan iaitu menyebabkan kematian kepada si mati sepertimana dalam pertuduhan. 2) Seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180 (1) KAJ, pada penutup kes pendakwaan, Mahkamah perlu menimbangkan samada satu kes prima facie terhadap tertuduh telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. 3) Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperincikan dalam kes Balachandran v. P.P [2005] 1 CLJ 85 (m/s 87)[TAG 1]. PERTUDUHAN YANG DIKEMUKAKAN 1) Hujahkan pertuduhan yang dikemukakan adalah cacat dan defektif. Tarikh 31hb April 2011 bukanlah tarikh kejadian mahupun kematian yang dikemukakan melalui keterangan iaitu masing-masing pada 31 Mac 2011 dan 3 April 2011. Hujahkan kesilapan ini bukan semata-mata kesilapan menaip. Berdasarkan Seksyen 153 (1) Kanun Prosedur Jenay...