KPI, STATISTIK DAN DOT DOT DOT


Salam,

Apabila naiknya CJ yang baru maka berlakulah perubahan2 pada sistem, perlaksanaan dan polisi. Salah satu perubahan radikal melibatkan arahan melupuskan (dispose) kes dalam masa yang agak segera dan juga penekanan kepada KPI. Para hakim diarahkan antara lain mempercepatkan senggang antara penangguhan, bertegas dalam soal penangguhan, menghabiskan kes2 part heard dan sebagainya.

Kesan daripada perlaksanaan baru ini dapat dirasai sekarang. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya. Angin perubahan dapat dilihat di hampir kebanyakan mahkamah. Tidak kedengaran lagi hakim atau majistret yang mempunyai waktu bersidang secara ISA (ikut suka aku) ataupun yang membenarkan penangguhan akhir sehingga berbelas kali atas alasan yang sama dan sebagainya.

Kebanyakan mahkamah sekarang berusaha untuk mula bersidang seawal jam 9 ataupun 9.30 pagi. Penangguhan atas alasan remeh atau sambil lewa oleh pihak pendakwaan seperti ketiadaan saksi, tersilap sapina saksi dsb juga tidak dilayan. Begitu juga ke atas loyar2 buruk yang tidak hadir atau menyuruh anakguam MOB dengan ayat yg standardnya; loyer tak senang...tidak juga dilayan.

Secara positifnya, kita melihat wujud kesungguhan pihak2 untuk menyelesaikan kes secepat mungkin. Pendakwaan lebih prihatin dengan persediaan bicara dan pembelaan juga lebih beringat sebelum mengambil kes terlalu banyak. Rate of disposal menjadi banyak dan tarikh selesai kes menjadi lebih cepat.

Bagi pihak peguam, peluang untuk mendapat kemenangan free melalui tendangan penalti DNAA juga nampaknya lebih senang dan hakim dengan senang hati akan memberi clue kepada peguam jika pihak pendakwa masih tidak bersedia pada tarikh bicara akhir.

Sebaliknya, penekanan yang melampau terhadap KPI dan statistik ini menyebabkan berlaku juga keadaan2 yang tidak wajar berlaku. Secara peribadi saya berpendapat statistik tidak sesuai dan tidak adil untuk dijadikan kayu ukur samada seorang pegawai itu bagus atau tidak. Ini kerana beban kerja dan workload tidak sama antara satu mahkamah dengan yang lain. Pressure dan kesusahan dalam mengendalikan kes juga vary antara daerah dan daerah juga antara level mahkamah yang berlainan.

Adakah adil untuk membandingkan presatsi seorang hakim atau dpp di mahkamah PJ atau Klang yang workloadnya hampir dengan Kuala Lumpur dengan mereka yang berada contohnya di Kuala selangor atau Shah Alam sekalipun? Adakah dengan rate of disposal yang banyak menunjukkan hakim itu profisyen atau dia itu seorang yang tidak bertimbang rasa dan DNAA kes sesuka hati? Adakah dpp yang kurang menang kes tidak bagus ataupun beliau asyik menerima kes yang sukar atau berhadapan dengan peguam yang hebat?

Jadi, statistik sepatutnya sebagai panduan sahaja dan bukanlah segala2nya seperti apa berlaku sekarang. Budaya takut mula menyelinap dalam sanubari mahkamah dan pendakwaan hingga hendak memohon penangguhan pun tidak berani kerana akan disemak, ditelefon, diemail dsb.

Selain itu, kesan negatif juga adalah wujudnya kurang timbangrasa di kalangan komponen di mahkamah. Hakim tidak akan memberikan penangguhan walaupun dpp atau peguam sakit, peguam dan dpp juga sudah kurang bertolak ansur dan sikap gentlemanship. Ada majistret dan hakim yang melanjutkan tempoh bicara sehingga 6.30 petang dan ada yg sanggup hingga ke night court! Sedarlah, ketakutan melampau ini tidak perlu. JIka seorang pegawai itu bagus, lambat laun prestasinya mesti dapat dihidu oleh orang atasan yang bertanggungjawab. After all, rezki kan di tangan Allah, usaha dan tawakkal, yang lain serahkan kepada-NYA.

Wassalam.

Comments

  1. Masihkah lagi wujud 'keadilan' sekiranya 'pengadil'asyik nak cepat, dpp tak menang tangan nak prepare kes yang akhirnya 'bulldoze' je dan peguam yang tak diberi peluang secukupnya untuk prepare defence yang terbaik untuk anakguamnya?..adakah keadilan itu boleh diukur berdasarkan sesuatu kes yang dapat di 'dispose' paling laju@cepat?

    ReplyDelete
  2. Bro, tepat telahan demo. Keadilan eskpres ala skynet atau pos laju ini mendatangkan lebih banyak keburukan. BTW, OKT reman pun tak prefer kes cepat sangat sebab risau kualiti pembelaan dikompromi.

    ReplyDelete
  3. tapi itulah wawasan CJ baru itu.. apa yg penting statistik..

    ReplyDelete
  4. loyar siuman, jika itulah prioritynya maka malanglah kerana hakim dan dpp telah bertukar menjadi statisticians

    ReplyDelete
  5. semuanya bersangkut paut dengan masalah iman di hati...sepatutnya tak perlu gila nak kejar statistik disebabkan nak dapat yang didunia. para hakim perlu lebih berfikir tentang kesan baik buruk yang bakal berlaku terhadap okt hasil daripada keputusan mereka sepanjang kes berjalan. Nasib OKT yang menjadi isu di mahkamah. bukan nasib hakim atau magistrate dapat naik pangkat atau gaji..insaflah..Allah maha melihat..Allah tahu anda layak atau tidak memegang tanggungjawab yang lebih besar atau tidak. Jika Dia kata YA...jgn risau pasti anda naik sekelip mata tanpa disangka-sangka..Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Anonymous, benarlah rezki di tangan Allah bukan di tangan manusia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA