LOYAR BURUK DETECTOR




Seorang pakar motivasi terkenal pernah mengutarakan (kenapa tidak mentimurkan?) satu soalan mengenai loyar; bulan berapa yang loyar kurang menipu? Jawapannya ialah di bulan Februari sebab Februari ada 28 hari saja! Nah, buruk dan jelik sekali persepsi masyarakat terhadap seorang loyar itu. Untuk lebih menerukkan lagi keadaan; tag team bagi loyar adalah perkataan "buruk" di saat doktor mendapat ismadi dan inspektor mendapat sahab.

Justru, loyar berjurus dalam usaha mengikis persepsi negatif ini menyenarai-pendekkan beberapa indikator (maknanya banyak lagi) seorang loyar buruk.

1) Melenggang ke mahkamah- Mahkamah bukanlah pasar malam atau kelas tuisyen. Sila bawa beg yang sesuai sebagai seorang loyar. Elakkan beg pengakap, beg ahli payung terjun mahupun beg plastik. Imej hendaklah dijaga. Kalau ini pun tidak mampu dibuat, maka bagaimana hendak menjaga profesionalisme sebagai loyar?

2.Amalan menyuruh anakguam MOB (mention on behalf)- Anak guam adalah anak guam walaupun beliau seorang loyar sekalipun. Sikap suka mengular (snaking) dari menghadiri mahkamah ini sangat buruk (kan dah buruk dah) dan memberi tanggapan samada loyar itu terlalu tamak, tidak bertanggungjawab ataupun selalu bangun lambat. Ayat standard bagi loyar begini yang keluar melalui mulut anak guam ialah; loyar bilang dia tak senang.

3.Tabiat suka berjanji palsu- Insaflah bahawa loyar bukanlah ahli politik yang boleh menjanjikan langit dan bumi kepada anakguam. Adalah normal bagi loyar ditanya adakah boleh menang kes. Saya selalu menjawab; selagi hakim tidak ketuk tukulnya selagi itulah kita belum tahu. Di sini, kelas sastera yang dipelajari semasa sekolah dulu amat berguna sekali. Jawablah dengan penuh prosa kata yang berbunga2 yang menunjukkan kita yakin boleh menang jika betul2 kita yakin, dan sebaliknya jika tidak yakin. Tak serik ke dengar cerita kereta loyar buruk kena simbah asid dengan anakguam?

4.Mengaku mengenali semua orang- Sangat mudah untuk mencekup loyar buruk jika beliau mewar2kan bahawa beliau kenal semua pihak yang terlibat dengan mahkamah. Daripada hakim kepada dpp kepada suami hakim kepada isteri dpp kepada orang bukit aman kepada datuk so and so. Loyar yang perlu berpaut di dahan rapuh dengan mengadaptasi kedudukan orang lain untuk mendapat sesuatu kes bukanlah loyar yang bagus mahupun berjurus.

5.Hobi suka mengugut tarik diri- Kelebihan loyar jenayah adalah proses menarik diri daripada mewakili anak guam adalah semudah menggunakan kad kredit untuk bershopping. Jadi, loyar2 begini selalunya gemar meminta bayaran muka (face payment?) yang tinggi dan kemudiannya mencari alasan untuk bergaduh dengan client sehingga client menjadi fed up dan senanglah untuk menarik diri. Teknik licik ini dikenali sebagai jurus membangkitkan marah dan mengghaibkan diri.

6.Mempunyai free akses- Jika kita melihat seorang loyar itu dengan mudah masuk ke dalam pejabat mahkamah, lokap polis dan mendapat privelege seperti seorang hakim, maka beware mungkin itu adalah umpama trojan horse. Selalunya mereka ini hendak menunjukkan kepada anak guam yang mereka ada direct link dengan pihak yang berautoriti. Kawan2 dalam service hati2lah jangan sampai mereka menjual nama kita sampai kering kontang kemarau sahara jadinya. Juga perhatikan semasa mahkamah bersidang loyar begini dengan sukacita boleh bergerak bebas daripada meja loyar ke meja jurubahasa ke kandang OKT sekalipun.

7.Mempunyai 1001 alasan nak pospon kes- Percaya atau tidak ada berpuluh2 alasan boleh dikemukakan oleh loyar untuk pospon kes mereka? Yang terkini dan legal pulak tu adalah dengan bersandarkan kepada Seksyen 51A CPC padahal sebelum ada seksyen ini pun tak pernah dibisingkan pun jika dokumen tidak diserahkan lebih awal. Loyar begini antaranya bolehlah dipanggil loyar sebutan, loyar reman atau non-bicara punya loyar. Bukannya tidak boleh kalau kita tidak ingin maju dan membataskan karier kita setakat peringkat pre-trial sahaja. Namun, janganlah berjanji berdegar2 kononya hebat seperi Karpal Singh atau Azizzul Shariman semasa hendak mendapatkan kes itu.

Jadi loyar2 sekalian serta bakal loyar, berhati2 di jalan raya. Elakkan sikap2 di atas dan jika perasan mana2 antara satu yang mula menyelinap ke dalam sanubari kenalan kita maka sekehlah dia sekali untuk mengembalikan dia ke jalan yang lurus. Wassalam.

Comments

  1. Ada satu lagi jenis loyar buruk ialah yg suka memnta fees extra dari anakguam kononnya untuk kos filing, bayar dokumen, kos despatch, transport dll sedangkan kes itu adalah kes jenayah!

    Lebih buruk lagi ada yg minta kos filing utk failkan rayuan walhal sudah terang lagi bersuluh seperti dahi yg sulah bahawa apa2 urusan kes jenayah di mahkamah tidak perlu bayaran dibuat kerana kes jenayah melibatkan kerajaan (sekarang dipegang oleh BN).

    Ketahuilah bahawa tiada despatch diperlukan oleh loyar jenayah, dokumen juga tidak perlu lagi dibayar sejak s.51A wujud. Sebelum ini pun kalau kena bayar pun dokumen hanyaa lebih kurang 20 riyal je. So, kenapa minta kos sampai beratus?

    ReplyDelete
  2. Encik anonymous komen anda benar 100%. Sebab itulah sebagai peguam jenayah dinasihatkan terus fixkan harga tanpa ada add on kelak kerana seperti kata saudara tiada disbursement dalam kes jenayah. Buatlah agreement ringkas dan surat perlantikan dan catitkan semua yang dipersetujui dan sitck to e agreement barulah jadi loyar berjurus.

    ReplyDelete
  3. Rif.. utk point 4 rasanya perkataan 'diadaptasikan' sesuai diganti dengan perkataan 'diekspliotasikan' sbb adaptasi ni mcm kita mengadaptasi novel atau karya seseorg kpd naskhah yg baru dpt kepada filem atau pentas teater..

    ReplyDelete
  4. ada lagi perangai loyar buruk lagi busuk seperti cagu di celah kaki. perangainya mudah. curi client orang lain dengan cara yang juga cukup busuk. nak tau caranya, anda boleh pergi ke KL dan PJ court. memang ramai pelakon-pelakon kat sana. hahaha..tengok lah sendiri dan lu pikirla sendiri... wa dah penat nak pikir

    ReplyDelete
  5. Tujuh pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk dua wanita, ditahan polis susulan perhimpunan membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.

    Empat pelajar lelaki ditahan 2.45 petang sewaktu menuju ke kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dari bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak untuk berdemonstrasi, kata sumber pelajar.

    Mereka, termasuk seorang pelajar bukan Islam, kini ditahan di ibu pejabat daerah Sentul, kata seorang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya (UM) Mohd Aizat Mohd Salleh.

    Polis daerah itu bagaimanapun menyatakan hanya tiga orang, termasuk seorang pelajar ditahan di situ, setakat jam 4 petang ini.

    Sementara empat yang lain ditahan jam 3.30 petang sewaktu kumpulan lebih kurang 100 aktivis pelajar bersurai di bangunan Tabung Haji selepas menyerahkan memorandum.

    Keempat-empatnya, termasuk dua wanita, dibawa di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk diambil kenyataan.

    Menurut Mohd Aizat, mereka dikenali sebagai Fauzan Maaruf, Farid Hamlud, Syamsul Mahida Abdul Malek dan Aisyah Jamilah Wan Ahmad.

    Sementara itu, peguam kumpulan tiga pelajar lagi, yang ditahan di IPD Sentul, Azizzul Shariman Mat Yusoff pula berkata, beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai polis di situ bahawa mereka tidak akan dibebaskan malam ini.

    Katanya, ini kerana polis perlu mengambil keterangan malam ini.

    Bagaimanapun, Azizzul berkata, mereka dijangka dibebaskan kira-kira jam 9 pagi esok.

    Sebelum ini, menurut Mohd Aizat, polis telah memberi amaran kepada kumpulan mahasiswa terbabit supaya bersurai kerana dikatakan mengganggu lalulintas.

    Bagaimanapun selepas berunding dengan pihak polis, mereka diberikan lima minit untuk berkumpul dan menyampaikan ucapan.

    Aizat mendakwa berlaku pergelutan apabila polis melarang mereka daripada penggunakan pembesar suara.

    Ekoran itu, tiga pelajar telah ditangkap manakala empat lagi ditahan selepas perhimpunan ketika mereka berada berhampiran bangunan Tabung Haji.

    ReplyDelete
  6. Anonymous 4.45 pm, sah anda telah berjumpa dengan loyar buruk begitu...lihat sendiri baru percaya kan

    ReplyDelete
  7. Loyargedebe; penahanan adik2 atas dasar kesedaran mereka hendak menunjukkan simpati kepada nasib umat Islam di selatan Thai amatlah dikesali..mari kita bersama membela adik2 kita yang sungguh bersemangat ini

    ReplyDelete
  8. Alif lam, terima kasih atas teguran itu walaupun saya memeang sengaja menggunakan perkataan adaptasi kerana loyar begini sangat kreatif dalam menggunakan nama orang lain persis adaptasi novel ke filem juga adanya

    ReplyDelete
  9. setuju sangat2 dengan Anonymous 4.45 pm.. sebab pernah mengalaminyer.. buat penat jerk datang dari mahkamah lain ke mahkamah KL.. terkejar2... pastu sampai ke sana client ngan muka seposen kata nk tukar loyer.. padahal sebelum tu poyo2 ajerk tiap2 minit call tanya kat mana... sabau ajerk la ngan org cam nih...

    utk item no. 6 (Mempunyai free akses).. macam ku kenal ajerk loyer2 nih...

    ReplyDelete
  10. Anonymous 1:01 pm, benar memang penat melayan kerenah anakguam yang termakan dengan pujuk rayu loyar buruk sebegini. Ini bermakna saya mungkin perlu tulis sesuatu mengenai anak guam yang loyar buruk juga. Loyar item no 6 itu hanya yang ahlinya saja yang tahu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MITIGASI KES SEKSYEN 39A(2) AKTA DADAH BERBAHAYA

ADA APA DENGAN REPRESENTASI

HUJAHAN RAYUAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA